CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 0

[Sarawak] Surat kelulusan untuk melalui SJR di Sarawak akan dikeluarkan oleh kementerian y

[Copy link]
Post time 8-6-2021 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Surat pengesahan dari kementerian berkaitan di Sarawak memadai untuk melalui sekatan jalan raya - Uggah
KUCHING: Pekerja di Sarawak hanya perlu mendapatkan surat dari kementerian yang berkaitan di negeri ini bagi melalui sekatan jalan raya (SJR) untuk pergi serta pulang dari tempat kerja.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah hari ini mengatakan para pekerja tidak perlu mendapatkan kelulusan dari Kuala Lumpur.
“Semua surat kelulusan untuk melalui SJR di negeri ini akan dikeluarkan oleh kementerian yang berkaitan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang menyatakan bermula esok (8 Jun), Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menerima pakai surat pengesahan daripada kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja semasa SJR.

Uggah dalam pada itu menyenaraikan lima kementerian negeri tersebut iaitu Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah; Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; Kementerian Pengangkutan; dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan.
Tambah beliau, mereka yang memerlukan kelulusan boleh mendapatkan surat-surat tersebut secara khusus mengikut ruang lingkup atau sifat pekerjaan mereka.
Senarai sektor yang dibenarkan beroperasi juga katanya, dapat dilihat dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negeri bertarikh 29 Mei (dikemas kini 31 Mei), 2021.
"Namun, JPBNS mengambil pendirian bahawa orang ramai harus duduk di rumah kecuali mereka mempunyai alasan yang sangat kuat untuk keluar," tegasnya.
Beliau menambah dengan melakukan demikian, ia akan membantu mengekang penyebaran wabak COVID-19 dalam komuniti.
"Orang ramai hanya dibenarkan keluar untuk melaksanakan tugas rasmi, menjalankan perkhidmatan penting atau melakukan pekerjaan berkaitan dengan perkhidmatan perlu.
“Namun, mereka perlu mendapatkan permit polis atau surat dari majikan,” katanya.
Uggah berkata, mereka yang perlu membeli makanan, keperluan harian, ubat-ubatan dan makanan, hanya dibenarkan keluar dalam jarak 10 kilometer dari kediaman mereka.
"Sementara itu, polis akan membenarkan individu menghadiri temu janji membabitkan kesihatan atau vaksinasi COVID-19,” katanya.


sumber : utusan borneo 2021-06-07T17:28:09+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.036389 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list