Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle dikecam netizen kerana memberikan nama Lilibet yang merupakan panggilan mesra Ratu Elizabeth II buat anak kedua mereka.
Nama Lilibet adalah penggilan peribadi yang hanya digunakan oleh mendiang suami baginda iaitu Putera Philip.
Kredit foto: The Australian
Pasangan yang juga dikenali sebagai Duke and Duchess of Sussex mengumumkan kelahiran puteri mereka semalam menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial.
Puteri yang juga anak kedua mereka dinamakan Lilibet ‘Lili’ Diana Mountbatten-Winsdor dan dilahirkan pada 4 Jun lalu di Santa Barbarra College Hospital, California.
Kredit foto: Vogue
“Kenapa namakan anak sempena individu yang kononnya merosakkan kehidupan mereka?,” soal seorang netizen di laman Instagram akhbar Daily Mail.
“Pasangan ini menghentam keluarga diraja tapi akhirnya menamakan anak sempena nama baginda? Sangat mengelirukan,” komen seorang lagi.
Ada juga yang menyindir pemilihan nama Lilibet sebagai salah satu cara pasangan ini untuk kembali memenangi hati Ratu Elizabeth selepas isu pendedahan tentang keluarga diraja Britain menerusi temubual bersama Oprah Winfrey baru-baru ini.
Tangkap layar komen di Daily Mail
Harry dan Meghan yang berkahwin pada 2018 turut memiliki seorang lagi putera bernama Archie Harrison Mountbatten-Winsdor yang berusia dua tahun. – Agensi
Sumber: Kosmo |