View: 2143|Reply: 8
|
[Sarawak]
Covid-19 13/06/2021
[Copy link]
|
|
544 kes COVID-19, lima kematian di Sarawak
KUCHING: Sebanyak 544 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini dengan 304 daripada jumlah kes dikesan di lima buah daerah iaitu Kuching, Bintulu, Sibu, Miri dan Saratok.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Kuching merekodkan 85 kes diikuti Bintulu (77), Sibu (63), Miri (46), Saratok (33), Mukah (29), Sri Aman (27), Dalat (26), Sarikei (25), Song (19) dan Kanowit (16). Lain-lain kes dikesan di Kapit (15), Bukit Mabong (14), Subis (12), Bau (10), Tatau (9), Asajaya (9), Serian (7), Lundu (5), Marudi (3), Samarahan (2), Telang Usan (2), Sebauh (2), Tebedu (2) dan masing-masing satu di Pakan, Tanjung Manis, Beluru, Lubok Antu,Selangau dan Matu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kini adalah sebanyak meningkat kepada 55,443 dengan 351 kematian.
“Daripada 544 kes baharu yang dilaporkan, 343 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19, 85 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada dan 69 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan.
“Manakala 44 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 2 kes melibatkan individu yang balik dari Indonesia dan satu kes melibatkan kes import B,” katanya. Mengenai lima lagi kes kematian yang dilaporkan, ia membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berumur antara 31 hingga 80 tahun. Satu daripada kematian direkodkan di Hospital Sarikei dan masing-masing dua kematian di Hospital Miri dan Kapit. Dalam pada itu terdapat 871 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 45,591 orang. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,385 orang. Manakala, 544 PUI baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
kredit : utusan borneo 2021-06-13T17:19:55+08:00
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 13-6-2021 09:53 AM
Pesakit positif COVID-19 larikan diri ditemui semula
KUCHING: Seorang lelaki yang merupakan pesakit positif COVID-19 yang dilaporkan melarikan diri dari wad Hospital Umum Sarawak (HUS) berjaya dikesan dan ditangkap semula di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki, 28, terbabit dilaporkan melarikan diri dari HUS sekitar jam 9.30 pagi. "Sejurus menerima makluman daripada petugas HUS, Ketua Polis Daerah Kuching telah menubuhkan Pasukan Khas diketuai Pegawai Risikan Operasi JSJ ASP Baharuddin Sabang dan dibantu oleh balai-balai polis. Pesakit positif COVID-19 yang dilaporkan melarikan diri dari wad Hospital Umum Sarawak ditemukan semula di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok. "Pada jam 1.55 tengah hari, berdasarkan kepada maklumat, pesakit terbabit telah berjaya dikesan dan ditangkap oleh pasukan khas bersama pasukan dari Balai Polis Bintawa di tepi Jalan Patinggi Ali, Satok," katanya menerusi WhatsApp hari ini. Jelas Ahsmon, dipercayai akibat tertekan menjadi punca pesakit terbabit melarikan diri dari HUS. "Kejayaan ini juga hasil kerjasama erat dengan pihak HUS," ujarnya lagi. Tambahnya, lelaki terbabit diserah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk urusan selanjutnya. Terdahulu, polis menerima panggilan dari jururawat lelaki yang bertugas di wad tingkat 6 HUS yang memaklumkan seorang pesakit COVID-19 telah tiada di katil pesakit pada jam 8.15 pagi. Jururawat tersebut telah menghubungi pesakit berkenaan namun panggilan tidak dijawab. Berikutan itu, Op Kesan Khas dilancarkan IPD Kuching dan berjaya menemukan semula pesakit terbabit. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 13-6-2021 09:55 AM
Tujuh individu berada di tempat awam selepas jam 8 malam antara dikompaun di Bintulu
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]Anggota polis semasa menguatkuasa pematuhan SOP PKP ke atas seorang individu.
BINTULU: Seramai 13 individu dikenakan kompaun susulan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara jam 12.01 tengah malam hingga 3 petang di premis perniagaan dan tempat awam di sekitar bandar Bintulu pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, kesemua 13 orang berkenaan dikompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. Katanya, pasukan pematuhan SOP PKP dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah membuat pemantauan dan rondaan ke atas premis perniagaan dan orang awam di kawasan sekitar bandar Bintulu telah mendapati tujuh lelaki dan enam wanita berumur antara 18 hingga 47 tahun gagal mematuhi SOP sedia ada.
Polis pasukan pematuhan mengeluarkan kompaun ke atas beberapa individu yang dikesan melanggar SOP PKP.
"Antara kesalahan yang dikesan secara berasingan adalah tujuh orang berada di kawasan awam melebihi jam 8 malam tanpa alasan munasabah, tiga orang tidak memakai pelitup muka dan tiga orang berkumpul melebihi jumlah yang dibenarkan serta gagal mengamalkan penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru Zulkipli berkata, pasukan-pasukan pemantau sentiasa memantau akiviti masyarakat untuk memastikan masyarakat berterusan mematuhi SOP PKP dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 demi kesejahteraan semua rakyat Bintulu.
"Saya menyeru semua agar mengambil rasa tanggungjawab bersama untuk kita memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan," tegasnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiada kluster baharu di Sarawak, 82 masih aktif
KUCHING: Tiada kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytihar di Sarawak hari ini dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 82 kluster.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata 10 daripada kluster aktif merekodkan penambahan 85 kes baharu manakala 72 lagi kluster tidak merekodkan penambahan kes.
“Penambahan kes baharu ini melibatkan Kluster Gerigat, Kabong (33), Kluster Sungai Parik, Sri Aman (14), Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri, Bintulu (5) dan Kluster Muara Tabuan, Kuching (2).
“Turut merekodkan penambahan kes Kluster Banting, Sri Aman (10), Kluster Jalan Masket, Sebauh (1), Kluster Pekan Tatau Baru, Tatau (5), Kluster Kampung Sebandi Hilir, Lundu (5), Kluster Melatai, Kapit (9) dan Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching (1),” katanya.
JPBNS turut memaklumkan daerah Saratok telah bertukar ke status merah daripada status kuning hari ini setelah merekodkan sebanyak 45 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 30 daerah.
Manakala, dua daerah iaitu Lundu dan Simunjan kekal berstatus jingga dengan masing-masing merekodkan 34 dan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.
Lapan daerah iaitu Matu, Pusa, Julau, Belaga, Lawas, Daro, Tebedu dan Limbang kekal kuning dan tiada daerah berstatus hijau. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datang terlalu awal punca PPV sesak - Lee
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]Lee (berdiri) meninjau PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya hari ini.
MIRI: Penerima vaksin datang terlalu awal dari masa janji temu yang ditetapkan menyebabkan pusat pemberian vaksin (PPV) di sini sesak.
Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) Datuk Lee Kim Shin berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kesesakan PPV di sini. “Pemantauan kita pada pagi ini mendapati ada penerima datang ke PPV ini pukul 8 pagi ke 9 pagi sedangkan janji temu mereka antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari. “Ini menyebabkan kesesakan, justeru saya nasihatkan penerima vaksin jangan datang terlalu awal. Sila ikut masa janji temu yang ditetapkan dan hanya datang ke PPV 15 hingga 30 minit lebih awal sudah mencukupi,” katanya dalam kenyataan selepas meninjau PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya hari ini.
PPV ini merupakan antara PPV yang menampung kapasiti penerima vaksin yang besar selepas PPV Dewan Eastwood yang mempunyai kapasiti 1,400 orang iaitu sehingga 1,000 orang sehari.
Tinjauan itu dibuat susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung kesesakan di PPV tersebut di samping kekeliruan mengenai janji temu yang ditetapkan sehingga mengakibatkan kawasan luar PPV itu sesak dengan orang ramai dan kenderaan. Sehubungan itu beliau mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Miri berbincang dengan pihak pengurusan aplikasi MySejahtera untuk mengurangkan kesesakan pada masa akan datang. Lee yang juga Menteri Pengangkutan turut berbincang dengan pihak KKM untuk menambah baik keadaan di PPV tersebut. Selain itu Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta menambah beberapa kemudahan lain seperti khemah, kerusi, meja, kipas, papan tanda serta penghadang laluan bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai. Hadir sama Pengerusi JPBBM merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya Dr. Hiew Sing Yee, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Tudan Dr. Maurice Steve Utap dan Jurutera JKR Bahagian Miri Calvin Dawil.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menyusahkan orang betul...
sapa yang takde rasa tertekan dengan keadaan sekarang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai datang dari jauh ....
atau takde yang dapat nak tolong hantar ngam2 dengan waktu temu janji...
|
|
|
|
|
|
|
|
itu yang +ve
yang baru nak disaring pun ada lari
mcm kes PKPD di Sg Plan Bintulu
terpaksa polis guna drone
ada gak yang tak mau disaring
mcm2 perangai orang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuching, Bintulu, Sibu terus catat kes tinggi
KUCHING: Sarawak merekodkan 544 kes baharu positif Covid-19 dengan lima kematian, hari ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 55,443. “Setakat hari ini, daerah Kuching kembali mencatatkan kes dengan jumlah tertinggi (85), diikuti Bintulu (77), Sibu (63), Miri (46), Saratok (33), Mukah (29), Sri Aman (27), Dalat (26), Sarikei (25), Song (19), Kanowit
(16), Kapit (15), Bukit Mabong (14), Subis (12). “Manakala, Bau (10), Tatau (9), Asajaya (9), Serian (7), Lundu (5), Marudi (3), Samarahan (2), Telang Usan (2), Sebauh (2), Tebedu (2) Pakan (1), Tanjung Manis
(1), Beluru (1), Lubok Antu (1), Selangau (1) dan Matu (1),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini. Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daripada lima kes kematian baharu yang direkodkan hari ini masing-masing dua kes dilaporkan di Hospital Miri dan Hospital Kapit manakala satu kes di Hospital Sarikei. “Kesemua mangsa tersebut berusia antara 31 hingga 80 tahun yang melibatkan warga Sarawak. “Susulan penambahan kes kematian akibat Covid-19 itu, ia menjadikan jumlah kes telah meningkat kepada seramai 351 orang,” ujarnya. Menjelas lanjut, JPBN menyatakan setakat hari ini juga terdapat 871 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan sebanyak 45,591
orang atau 82.23 peratus individu sudah sembuh di negeri ini.
sarawakvoice June 13, 2021
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|