View: 2575|Reply: 0
|
Tips pilih movie yang best untuk anak-anak
[Copy link]
|
|
Tips pilih movie yang best untuk anak-anak
Assalamualaikum WBT. Hai semua.
Topik kita kali ini sangat menarik berkisar mengenai Siri Tarbiyatul Aulad: Pendidikan anak-anak dan filem.
Kenapa topik kali ini adalah filem?
Sumber: Google
Anak-anak kita pada hari ini sangat rapat dengan TV dan filem. Namun begitu, kita sebagai ibu bapa tahu tak apa filem yang sepatutnya ditonton oleh anak-anak? Para ibu kebanyakannya sukakan cerita berbentuk drama. Tambah pula sekarang banyak drama yang diadaptasi dari novel. Tapi, anak-anak kita pula tengok apa agaknya?
Kita mungkin perlu peruntukkan masa 1 hari contohnya untuk tengok bersama anak-anak. Kita perlu fokus pada isu ini antaranya kerana media sosial memang menguasai anak-anak. Kalau dulu anak-anak kita hanya terdedah kepada radio terutama pada zaman 80-an. Tapi sekarang biasanya 24 jam siaran TV dan semakin canggih dengan adanya Netflix, Astro dan sebagainya.
Sumber: Google
Ia adalah salah satu bentuk ejen penjajahahan minda yang sangat baik untuk anak-anak kita. Kalau dulu hanya 3F (Film, Food and Fun). Sekarang ada 7F yang kita perlu berhati-hati. 7F di sini terutama berkaitan dengan pendidikan dan akidah anak-anak yang kita perlu berhati-hati masa kini (Fashion, Film, Food, Free Sex, Free thinking, Friction dan Fun).
- Fashion – Sekarang ini menjadi kegilaan masyarakat. Kita berusaha untuk selalu menunjukkan gaya pemakaian yang baik untuk ditiru oleh anak-anak. Namun, media memaparkan yang sebaliknya. Anak-anak bila dia tertarik, dia akan meniru terutama dari segi warna, design, aksesori dan sebagainya. Mutakhir ini fesyen Gothick menjadi perhatian. Ini sangat merbahaya kerana ia turut sama membawa ideologi supaya ditiru oleh anak-anak remaja kita. Mereka mewujudkan budaya fesyen tidak menutup aurat adalah biasa. Tidak hairan daripada tudung labuh, diperkenalkan tudung lilit leher pula terutama dalam drama sekarang.
- Food – pula bagi orang islam, daging kita terbina atas dasar halal atau haram. Ia akan mengganggu perhubungan, pemikiran dan akidah kita. Ia juga boleh di create dengan unsur-unsur menarik tanpa mengambil kira kesihatan si pemakannya.
- Film – Filem membentuk pola berfikir masyarakat terutama minda bawah sedar. Sangat merbahaya kerana boleh merubah akidah dan syariat anak-anak kerana terbawa-bawa adegan filem dalam fikiran itu. Meskipun kartun yang kita sangka tidak merbahaya itu sebenarnya mempunyai ideologi tersendiri.
- Free Thinking – Jalan cerita yang tidak menunjukkan kehidupan bertuhan. Sebagai contoh, Sister in Islam (SIS) terang-terang terpesong akidah, tetapi ramai orang islam yang mengikutinya. Semua benda nak guna akal, eksperimen, logik dan sains.
- Fund – Lifestyle yang mengandungi unsur hedonisma.
- Free Sex – Menampakkan sesuatu yang haram nampak halal. Budaya ini daripada bunga zina menjadi normal. Seperti mempunyai kekasih.
- Friction – Agenda yang bertujuan untuk merosakkan sesebuah perhubungan umat islam. Dulu, melayu nusantara ini besar, tetapi setelah dipecahkan, menjadilah Malaysia, Indonesia, Brunei dan banyak lagi. Zaman sekarang, unsur friction untuk mewujudkan perpecahan dan jarum-jarum melalui media sosial.
Sumber : Telegram Mega Street Dakwah Siber
Sebab itu sangat penting untuk kita sentiasa cakna setiap apa yang anak-anak kita lihat dan dengar kerana ini adalah proses pendidikan yang sangat baik. Ia juga menjadi senjata yang sangat ampuh untuk merosakkan akidah dan minda anak-anak kita.
Kalau dulu salah satu kaedah nak meruntuhkan akidah islam, Tamadun Acheh bertahan selama 500 tahun apabila Belanda cuba nak menawan Acheh. Mereka tidak dapat menyerang secara berdepan kerana orang islam sukakan jihad dan mati syahid. Jadi musuh terpaksa menyerang daripada laut lebih 500 tahun dan tidak boleh menebusi sistem pertahanan Acheh.
Kemudiannya menggunakan musuh daripada dalam sama seperti kaedah mereka gunakan untuk menawan Melaka dan menyebabkan mereka mula boleh masuk ke darat dan menyerang. Maka, Aceh mula diserang di darat selama 300 tahun dengan askar Belanda. Akhirnya jatuh Acheh di tangan Belanda.
Khalifah Uthmaniyyah juga tidak berjaya dikalahkan musuh dengan kaedah darat. Akhirnya, mereka menggunakan kaedah memasukkan arak, menggalakkan gaya hidup mewah, yang menjerumuskan ke arah pinjaman secara riba. Akhirnya, Khalifah Uthmaniyyah boleh dijatuhkan asbab terikat dengan hutang riba dengan pemodal-pemodal asing Yahudi oleh kerajaan islam.
Ditambah mula masyarakat ketika itu pun terpengaruh dengan budaya yang dibawa sedikit sebanyak telah menjejaskan semangat jihad untuk melawan kuasa asing.
Sumber: Google
Sultan akhirnya dipaksa untuk turun takhta dan diambil alih oleh Mustafa Kamal Al-Tartuk. Mustafa Kamal Al-Tartuk ini memang senjata yahudi yang telah di latih oleh orang yahudi sejak daripada kecil. Yahudi telah memilih budak yang cerdikdan dilatih daripada kecil. Selepas itu, dia dilantik sebagai pimpinan.
Gambar Mustafa Kamal Al-Tartuk
Pada peringkat awal, Mustafa Kamal Al-Tartuk ini konon-kononnya bersimpati kepada pejuang-pejuang Islam. Tetapi, setelah dia menaiki takhta, banyak perkara keji yang telah dia buat. Antaranya, menukarkan azan bahasa Arab kepada bahasa Turki, di sekolah subjek bahasa arab juga ditukar ke dalam bahasa Turki. Kemudian, memupuk semangat kebangsaan antaranya Turki adalah Turki dan Jordan adalah Jordan.
Oleh sebab itu, bila runtuhnya Khalifah Uthmaniyyah 1941, Palestin diambil alih dan dijajah pada tahun 1947, tidak ada negara umat Islam lain yang menghulurkan pertolongan. Arab Saudi, Mesir dan Jordan berdiam diri. Turki yang dipandang hebat sebagai pemimpin bagi seluruh umat Islam juga bersikap tidak campur tangan kerana masing-masing disuntik dengan semangat bangsa-bangsa dan bukan lagi semangat islam.
Inilah kesan mudarat yang berlaku kepada dunia islam setelah Mustafa Kamal Al-Tartuk memerintah. Selain itu, mereka menukar pakaian dari menutup aurat kepada tidak menutup aurat seperti pakaian sekolah dan tempat kita pun juga turut ke arah perubahan yang sama kerana kita tanah melayu juga di bawah pemerintahan khalifah Uthmaniyyah. Turki boleh dianggap campuran Eropah dan Arab. Kita berdoa supaya umat silam kembali sedar agar zaman kegemilangan khalifah uthmaniyyah muncul kembali.
Filem Turki telah mula mendapat perhatian warga penduduk dunia. Termasuklah filem dari Indonesia yang sudah ada unsur-unsur islamik. Semga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa kongsikan.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com.
Artikel asal boleh tonton video penuh di FB Page Ustazah Asmak Husin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|