CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1858|Reply: 5

Panduan Menghadapi Virus HFMD

[Copy link]
Post time 20-6-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Panduan Menghadapi Virus HFMD


Apa yang perlu dilakukan apabila anak-anak terkena jangkitan virus Hand Foot Mouth Disease (HFMD):

1. Segera ke klinik jika anak- anak mempunyai tanda-tanda demam dan ruam-ruam lepuh di kaki atau tangan.

2. Doktor akan memeriksa anak puan dan jika di sahkan terkena jangkitan doktor akan bagi nasihat penjagaan.

3. Doktor wajib melaporkan kes-kes HFMD kepada pejabat kesihatan untuk pemantauan dan kawalan.

4. Jangkitan virus ini tiada ubat khusus.

5. Rawatan adalah simptomatik. Jika anak demam akan diberi paracetamol. Doktor juga akan membekalkan losyen kalamin untuk melegakan kegatalan ruam lepuh. Bagi anak- anak yang ada ruam ulser di dalam mulut, doktor akan memberikan ‘oralaid’ sejenis ubat untuk mengurangkan sakit ulser. Ia memberi kesan kebas pada ulser untuk membolehkan anak-anak minum atau makan.

6. Jika terdapat tanda-tanda jangkitan bakteria, doktor akan memulakan rawatan ubatan antibiotik. Tidak semua anak- anak yang terkena jangkitan ini perlukan antibiotik. Kebanyakannya tidak perlu.

7. Utamakan kebersihan supaya tidak berjangkit pada anak-anak yang lain. Anak-anak berumur 12 tahun ke bawah terutama bayi bawah 2 tahun amat mudah terkena jangkitan. Pastikan basuh tangan dengan sabun. Jika ada ‘hand sanitiser antiseptic’ boleh lah di gunakan.

8. Basuh semua peralatan yang di gunakan oleh anak-anak yang terkena jangkitan.

9. Kuarantin anak-anak di rumah. Ibu bapa layak mengambil cuti kuarantin jika anak terkena jangkitan HFMD. Jangan sesekali menghantar anak ke rumah jagaan semasa tempoh minggu pertama terkena jangkitan.

10. Jangan bawa anak-anak ke tempat awam seperti pasaraya, pasar, masjid, surau atau rumah-rumah ibadah yang lain, kenduri atau tempat berhimpun ramai orang. Tambah lagi jika perlu berkongsi kerusi atau troli barangan.

11. Selalunya anak-anak akan sembuh dalam masa 3-7 hari. Jika berlarutan perlu di bawa ke klinik lagi sekali. Jika demam tidak berkurang atau makin tinggi perlu segera ke klinik @ hospital. HFMD boleh membawa maut jika ada komplikasi jangkitan ke paru-paru, jantung, selaput otak dan otak.

Sama- sama kita mengawal dan mencegah dari penularan HFMD. Satu tanggungjawab komuniti yang perlu kita tunaikan .

Di tulis oleh Dr. Wan Martina Wan Yusoff.
Berpengalaman selama 20 tahun dalam primary care dan sekarang bertugas sebagai Pegawai perubatan swasta . Beliau aktif dalam NGO kemasyarakatan.

ikuti page beliau :https://www.facebook.com/DrMartina-265784260580009/
Sumber:http://wanitakelantan.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hfmd adalah salah satu jangkitan virus yang cepat menular,  tahun 2017/2018 kes hfmd kat malaysia agak teruk,  ramai ibubapa tak faham kuarantin,  bawa anak g shopping dan akibatkan anak2 lain terjangkit sebab memegang troli yang dah tercemar dengan virus HFMD.

Pada tahun ni,  cuaca di Malaysia agak panas,  dan penularan pada ketika itu kebetulan pada musim kemarau.

Di tempat saya sendiri sehebat2 Tadika jenis francais pun terkesan akibat jangkitan ini,  ada d arahkan tutup.  Jika terdapat kes melebihi 5murid,  tadika/pusat jagaan akan disuruh tutup (tak ingat seminggu atau dua minggu), nyahkuman akan dilakukan,selain premis,   semua peralatan termasuk mainan dinyahkuman.

Jika lihat point 5, sini menunjukkan jangkitan virus sebiasa2 virus menyebabkan selesma, batuk dan demam hingga virus terkini C19, tiada ubat untuk merawatnya,  hanya dirawat berdasarkan simptom.  Itu sebabnya kita digalkkan mengambil supliment yang dapat membantu boost up antibodi,  kerana antibodi sahaja dapat melawan Virus dalam badan kita.

Agak terkilan kerana ramai yang mempertikaikan kenapa mereka hanya d beri ubat demam,  selesma sepanjang dijangkiti C19, dan disuruh balik. Hakikatnya mereka bernasib baik kerana kekuatan antibodi dalam badan mereka. Jika tidak mungkin terpaksa bertarung d wad ICU,  minta dijauhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CatMiow at 21-6-2021 05:58 AM

GEORGE TOWN (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK) - A hand, foot and mouth disease (HFMD) outbreak in Penang has gone "beyond the danger level", said state Health Committee chairman Afif Bahardin.

On Wednesday (July 18), a further 88 children had contracted the disease, with an earlier 127 cases reported on Tuesday.

From January to July 18, a total of 2,170 cases have been reported compared with 1,084 in the same period last year.

"We are beyond the danger level now," said Dr Afif.

There are now 97 HFMD infection clusters in Penang compared with only eight during the same period last year.

"Do not bring your children out if they have HFMD symptoms. Schools must conduct daily gate screenings and not allow pupils with HFMD symptoms to attend classes.

At home, practise handwashing with soap and water frequently, and sanitise all frequently touched areas with bleach diluted as per instructions on the label. The best way to stop HFMD from spreading is to practise a high level of cleanliness," he stressed.

Dr Afif also gave his assurance that HFMD was not life-threatening, adding that children who contracted it will recover, although "they will have a miserable time".

He explained that parents may need to take time off from work to care for them or even hospitalise the children if their symptoms worsened.

He also shot down a WhatsApp message that has been circulating, which falsely claimed that HFMD has caused one death in Penang.

"HFMD causes a loss of manpower hours and difficulty for families. That is why the state is taking this seriously," he said


Sumber : https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/hfmd-outbreak-in-penang-beyond-the-danger-level-warns-official

Bila cikgu2 buat screenings,  kadang2 ibubapa tidak faham kenapa,  terutama bila anak2 diminta balik sebab ada simptom, harap2 bila sekolah dah biasa,  dan jadi outbrake ni (dijangka setiap 3 tahun akan jadi outbreak) minta ibubapa lebih cakna mengenai kaedah kita atasi masalah berkaitan HFMD.

saya ingat lagi tahun ni baner mengenai kesedaran HFMD di letakkan depan Setiap tadika / taska atas arahan KKM.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 20-6-2021 10:07 PM
hfmd adalah salah satu jangkitan virus yang cepat menular,  tahun 2017/2018 kes hfmd kat malaysia ag ...

Moga2 dgn pandemik kobid nihh, makpak paham istilah kuarantin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 20-6-2021 11:09 PM
Moga2 dgn pandemik kobid nihh, makpak paham istilah kuarantin..

Semoga kesedaran makin meningkat,  maklumla, manusia mudah lupa.

Bila diberi nikmat,  lupa balik kesengsaraan sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 21-6-2021 06:02 AM
Semoga kesedaran makin meningkat,  maklumla, manusia mudah lupa.

Bila diberi nikmat,  lupa bali ...

Aminnn..   
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074556 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list