View: 3081|Reply: 9
|
[Lain-Lain]
SABDA KASIH (ASTRO FIRST)[WAWA ZAINAL, AERIL ZAFREL]
[Copy link]
|
|
Edited by annehuda at 20-10-2021 08:54 AM
Ada babak mesra, peluk dan berguling-guling? Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah bersedia menerima kecaman penonton.
Difahamkan, dalam filem Sabda Kekasih yang mula ditayangkan di saluran Astro First 480, hari ini, ada babak di mana Bukhari Muslim (Aeril) memeluk kekasihnya, Kasih Murni (Wawa) yang bertudung labuh.
Kredit foto: IG/Harian Metro
"Saya tahu dalam filem Sabda Kekasih ini ada babak bersentuhan dan peluk walaupun belum berkahwin. Realitinya, kami memang suami isteri dan semua orang tahu.
"Hakikatnya, ada segelintir orang memang begitu walaupun belum berkahwin, tetapi ia tak perlulah jadi ikutan (tidak menjaga batas).
"Bagi saya, waktu inilah iaitu ketika dalam penggambaran saya boleh pegang perempuan. Ini kerana saya tidak pegang atau bersentuhan dengan pelakon perempuan lain dalam mana-mana drama sebelum ini. Jadi, apabila berlakon dengan isteri sendiri, ia lebih mudah dan selesa," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita mengenai pengalaman berlakon dengan isterinya, Aeril tetap mengkritik lakonan Wawa hingga berlaku pergaduhan di lokasi penggambaran.
"Dari segi pergerakan badan, ia agak mudah kerana kami suami isteri. Namun, saya melihat lakonan Wawa dari sudut pandangan seorang penonton. Dia pun sudah lama tak berlakon.
"Jadi, biasanya kami bergaduh juga di lokasi penggambaran tapi tak adalah sampai bawa ke rumah. Memang perangai saya suka cari salah dia dalam kerja kerana mahukan yang terbaik. Mujur Wawa jenis mudah faham dan tahu kehendak saya," katanya.
Menurut laporan, filem sulung pasangan suami isteri di bawah syarikat produksi mereka, Respected Citizen Production Sdn Bhd itu menelan belanja mencecah RM1 juta.
Boleh meletup ke filem ini sebab tengok ruangan komen, ada yang kata Sabda Kekasih sebagai filem syok sendiri? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Woi lilrose, nak gosipkan apa ni??? Kau jgn buat tugasan asal boleh. Minggu lepas dah banyak kali dah benang pasal dorang. Tak kau, sepol, tak sepol, mro apa ke nama dia. Cm kim*k korang buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ni dok dedicate dengan specific retis, dapat habuan kah? Depa dua ni fail segala sudut kot. Berlakon si Airel ok la sikit kot |
|
|
|
|
|
|
|
drama syok sendiri ke ni. Tak puas lagi ke syok sendiri kat instagram dgn twitter |
|
|
|
|
|
|
|
Konon2 sedih la tgk tu.
Sedeh la tgk korang.
Mmg sedeh gile.
Aku tgk tajuk thread pun dah sedeh.
Ini kan pulak Lilrose yang penat2 kene selongkar IG ko sbb nk tgk ko bersedih dengan ahli keluarga.
Sedeh aku dgn gosip ni |
|
|
|
|
|
|
|
x berkenan aku drama acah2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikatnya, ada segelintir orang memang begitu walaupun belum berkahwin, tetapi ia tak perlulah jadi ikutan (tidak menjaga batas).
Dahtu, kenapa buat babak camtu? Tunjuk dan normalize peluk dgn hijabista sebelum kahwin?
|
|
|
|
|
|
|
|
Again ceduk dari ig retis tapi gosipnya apa??? Lagik lagik crita pasal telenovela ke drama ke apa yg laki bini nie bikin |
|
|
|
|
|
|
| |
|