Filem Kanibalisme Yang Anda Pasti Tidak Mahu Menonton Semula
Filem sub-genre seram mengenai kanibalisme merupakan elemen gelap yang penonton tidak dapat bayangkan. Menonton aksi manusia makan daging sesama manusia adalah fenomena yang mengerikan dan menjijikan pada umumnya.
Namun, sesetengah penonton yang gemar dengan elemen gelap akan tertarik untuk menonton filem yang berkaitan dengan kanibalisme.
Berikut adalah senarai filem kanibalisme yang anda pasti tidak mahu menonton semula.
1. Raw (2016)
Pengarah: Julia Ducournau
Barisan Pelakon: Gacance Marillier, Ella Rumpf & Rabah Nait Oufella
Seorang wanita muda yang belajar untuk menjadi doktor haiwan, mula mempunyai keinginan memakan daging manusia.
2. Sin City (2005)
Pengarah: Frank Miller, Quentin Tarantino & Robert Rodriguez
Barisan Pelakon: Mickey Rourke, Clive Owen & Bruce Willis
Empat individu bertemu apabila mereka cuba menyelesaikan masalah peribadi mereka dan melawan keganasan dan rasuah di Basin City, Washington.
3. Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2007)
Pengarah: Tim Burton
Barisan Pelakon: Johnny Depp, Helena Bonham & Carter Alan Rickman
Benjamin bersumpah untuk membalas dendam terhadap hakim yang memerangkapnya ke atas jenayah yang dia tidak dilakukan. Oleh itu, dia membuka semula kedai gunting rambut dan mula membunuh pelanggannya dengan pisau cukur.
4. The Silence Of The Lambs (1991)
Pengarah: Jonathan Demme
Barisan Pelakon: Jodie Foster, Anthony Hopkins & Lawrence A. Bonney
Clarice Starling, seorang agen FBI, meminta bantuan dari Hannibal Lecter, seorang pembunuh bersiri psikopat dan bekas psikiatri untuk menangkap seorang lagi pembunuh bersiri yang telah membunuh dan membuang kulit wanita.
5. Delicatessen (1991)
Pengarah: Marc Caro & Jean-Pierre Jeunet
Barisan Pelakon: Marie-Laure Dougnac, Dominique Pinon & Pascal Benezech
Seorang tukang daging yang memiliki bangunan apartmen di Perancis menyediakan makanan istimewa untuk penyewanya.