KUCHING, 8 Julai: Penyokong Kelab Manchester United Sarawak dengan kerjasama DAL HCM Sdn Bhd mengadakan program pengagihan bakul makanan kepada beberapa isi rumah yang memerlukan bantuan makanan asas di sekitar Kuching semalam.
Presidennya merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DAL HCM SDN BHD Datuk Dzulkarnaen Ahmad memberitahu program itu adalah salah satu aktiviti yang dijalankan bagi membantu kumpulan sasar yang sangat terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.
Katanya, ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban demi kelangsungan hidup mereka yang terjejas.
Beliau berkata demikian semasa penyerahan simbolik pengagihan bakul makanan tersebut kepada Pengurus Besar DAL HCM SDN BHD yang juga ahli exco Penyokong Kelab Manchester United Sarawak Sani Zamshuri.