View: 766|Reply: 0
|
Pemain bola tampar pantai Czech positif Covid-19
[Copy link]
|
|
Pemain bola tampar pantai Czech positif Covid-19
PERUSIC (kiri) antara atlet terbaru disahkan positif Covid-19 di Perkampungan Olimpik Tokyo. FOTO Agensi
Prague: Pemain bola tampar pantai Republik Czech, Ondrej Perusic disahkan positif Covid-19 di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo.
Perkara berkenaan disahkan oleh penganjur selepas dua pemain bola sepak Afrika Selatan dan penganalisis video disahkan dijangkiti di kompleks berkenaan.
Perusic menyerahkan sampel positif ketika ujian harian di Perkampungan Sukan Ahad lalu.
"Dia tidak mempunyai sebarang simptom. Kami berurusan dengan semua butiran dan ... secara semula jadi langkah-langkah antiwabak dalam pasukan," kata ketua kontinjen Czech, Martin Doktor dalam satu kenyataan.
Sabtu lalu, Jawatankuasa Olimpik Czech melaporkan seorang staf mereka diuji positif Covid-19 sebaik mendarat di Tokyo.
Kes membabitkan Perusic adalah yang keempat di Perkampungan Sukan selepas dua pemain bola sepak Afrika Selatan dan penganalisis video disahkan positif Ahad lalu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|