CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1223|Reply: 4

OLIMPIK: Atlet kena 'panggang' di Tokyo

[Copy link]
Post time 22-7-2021 08:30 AM | Show all posts |Read mode
OLIMPIK: Atlet kena 'panggang' di Tokyo



TOKYO: Bukan setakat ketakutan terhadap coronavirus, namun atlet Olimpik di Tokyo turut perlu berdepan dengan bahang musim panas di Jepun.
Kehangatan dan kelembapan di ibu negara Jepun selepas musim hujan menjadi antara kebimbangan sejak mereka memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah temasya terbabit pada 2013.
Kebimbangan selepas Tokyo mendakwa cuaca 'sederhana' pada Julai dan Ogos akan memberikan suasana sukan paling ideal buat atlet ditekankan pada 2019 apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mendesak penganjur untuk melangsungkan acara maraton dan berjalan kaki ke tempat yang lebih sejuk iaitu di Sapporo, 800 kilometer daripada Tokyo.
Ketika pertama kali Tokyo menganjurkan Sukan Olimpik 1964, penganjur membuat keputusan melangsungkan Olimpik 'musim panas' pada musim luruh di mana suhu ketika itu lebih rendah.
Namun, atlet yang bertanding pada tahun ini berdepan Olimpik paling panas yang direkodkan dengan suhu yang tinggi serta kelembapan membuatkan sukan yang berlangsung di luar menjadi bertambah mencabar.
Meskipun penduduk Tokyo diingatkan supaya tidak bersenam di luar, pemain bola tampar pantai yang berlatih di taman Shiokaze mengadu yang pasir begitu panas untuk kaki mereka sehingga memaksa kakitangan membasahkan gelanggang ketika atlet berteduh.
Penganjur Olimpik memperkenalkan beberapa langkah untuk melindungi atlet daripada kesan buruk akibat panas termasuklah khemah penyejuk, kipas kabus dan aiskrim untuk sukarelawan.
Musim panas Jepun memberi kesan serius kepada kesihatan khususnya kepada orang berusia yang menjadi populasi besar di negara itu.
Pada 2019, lebih 71,000 kes kecemasan dilaporkan kerana strok haba dengan 118 kematian direkodkan sepanjang tempoh Jun hingga September.
Meskipun pandemik dan tidak ramai orang yang keluar dari rumah, masih terdapat 65,000 kes dan 112 kematian pada tahun lalu.
"Menganjurkan Olimpik pada Julai dan Ogos, ia adalah satu isu yang serius sebelum pandemik," kata Pengerusi Persatuan Perubatan Tokyo, Haruo Ozaki.
"Terdapat risiko yang tinggi untuk strok haba khususnya acara seperti berjalan kaki, triathlon dan bola tampar pantai," tambahnya. -Agensi
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/841897/olimpik-atlet-kena-panggang-di-tokyo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2021 08:30 AM | Show all posts
skang musim panas weh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 10:01 AM | Show all posts
Malaysia ni pun panas tak ingat la ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2021 10:27 AM | Show all posts
nazzse replied at 22-7-2021 10:01 AM
Malaysia ni pun panas tak ingat la ni

meme panas sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:36 PM | Show all posts
Semoga segala persiapan dapat disediakan sempena musim panas ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070518 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list