CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 1

Shah Firdaus mungkin berlumba dalam keadaan rusuk patah

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:13 AM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dipercayai berlumba dalam keadaan tulang rusuknya patah ketika saingan repecharge acara keirin di Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Dalam keadaan kesakitan itu, Shah Firdaus terus berjuang di Velodrom Izu dan menduduki tempat kedua reperchage di belakang Browne Kwesi dari Trinidad and Tobago, sekali gus mengiringi Datuk Azizulhasni Awang layak ke suku akhir, esok.

Pengurus pasukan negara, Datuk Amarjit Singh dalam satu hantaran di laman Facebook, memaklumkan Shah Firdaus terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tamatnya saingan repecharge itu.

"Shah disyaki berlumba di repecharge dalam keadaan tulang rusuk patah.

"Dia begitu bertekad. Semoga dia dapat segera pulih dan sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut," katanya. Amarjit berkata, Shah kelihatan sangat kecewa, namun apa yang penting adalah kesihatan dan keselamatan dirinya.

"Kami lihat dia begitu bersemangat. Biarpun dalam keadaan kesakitan itu dia masih lagi mahu berada di atas basikalnya untuk 'cool down' selepas perlumbaan repecharge tamat.

"Tapi saya bersama Tan Sri Norza Zakaria (Presiden Majlis Olimpik Malaysia) memaklumkan kepadanya bahawa apa yang penting ketika ini adalah tahap kesihatannya. Saya akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," katanya.

Shah Firdaus, 25, disyaki mengalami kecederaan itu selepas terbabit dengan kemalangan ketika saringan kedua apabila pelumba Britain, Jack Carlin cuba menghimpitnya menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh dan terseret hingga ke tepi trek.

Dia dan seorang lagi pelumba yang terbabit dalam kemalangan tidak bermula apabila perlumbaan saringan kedua itu diadakan semula.

Dia memutuskan untuk kembali berlumba biarpun pada permulaannya pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara (ISN) tidak menggalakkan dia meneruskan aksi.

sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2021 07:16 AM | Show all posts

PELUMBA basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dikejarkan ke hospital selepas tamat perlumbaan repecharge acara keirin di Tokyo 2020, hari ini. FOTO Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.075829 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list