CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 1

Memahami proses ivf

[Copy link]
Post time 11-8-2021 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Memahami proses ivf


IVF membabitkan banyak prosedur yang mengambil masa dan usaha.

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu memiliki zuriat sendiri.

Namun, ada yang ditakdirkan mengalami masalah kesuburan hingga menyukarkan peluang mereka mendapatkan cahaya mata.

Masalah kesuburan yang dihadapi setiap pasangan adalah berbeza dan perjalanan untuk mengatasinya juga tidak sama.

Ada sesetengah pasangan memilih menjalani rawatan kesuburan dan ramai juga yang perlu menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) demi mendapatkan zuriat pengerat kasih sayang.

Alternatif itu terpaksa dilakukan apabila kaedah lain tidak berupaya untuk menghasilkan zuriat yang diinginkan.

Antara faktor mengapa pasangan memilih untuk mendapatkan rawatan IVF adalah kerana mengalami masalah kesuburan yang tidak dapat dijelaskan, di mana tidak ada sebarang sebab yang nyata dalam pesakit terbabit.

Ia boleh disebabkan tiub fallopio (kiri dan kanan) yang tersumbat, sekali gus menghalang sperma daripada bertemu ovum.

Selain itu, ada juga yang mengalami masalah nyahfungsi ovulatori dan mempunyai masalah kecacatan dalam kualiti serta kuantiti sperma.

Begitupun, ramai yang keliru mengenai perjalanan sebenar proses IVF lantaran lambakan maklumat di media sosial, media cetak dan televisyen.

Jadi, sempena dengan Hari IVF Sedunia tahun ini, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Ashley Chung Soo Bee tampil memberi penjelasan terperinci mengenai perjalanan IVF.

Dr Ashley berkata, kadar kejayaan IVF sebenarnya bergantung pada umur seseorang pesakit.

Katanya, apabila umur seseorang semakin meningkat, rezab ovari individu berkenaan juga akan berkurangan.

"Keadaan itu mengakibatkan kemerosotan dalam kualiti dan kuantiti telur yang dihasilkan. Oleh itu, kadar kejayaan IVF juga akan menurun," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ashley berkata, khidmat rundingan perubatan adalah penting bagi seseorang pesakit untuk menentukan sama ada keadaan kesihatan mereka sesuai untuk rawatan IVF.

Ia perlu dilakukan sebelum pesakit membuat keputusan sama ada menjadikan rawatan IVF sebagai satu pilihan.

Kata Dr Ashley, adalah kurang tepat mengenai dakwaan bahawa tidak perlu bimbang mengenai masalah kesuburan jika sudah mempunyai seorang anak.

Ini kerana masalah kesuburan sekunder boleh berlaku kepada pesakit yang pernah hamil dan mungkin menyebabkan mereka bergelut untuk mengandung lagi.

"Kehamilan sebelumnya mungkin menyebabkan masalah kesuburan yang baharu akibat daripada pembedahan yang dilakukan.

"Komplikasi pembedahan atau jangkitan yang berlaku berikutan kelahiran anak sebelum ini misalnya mungkin menyebabkan parut.

"Ia boleh membawa kepada masalah kesuburan," katanya.

Dalam pada itu, ada juga dakwaan kononnya wanita yang pernah mengalami keguguran tidak boleh menjalani IVF.

Masalah keguguran adalah tragedi menyedihkan dari segi emosi kepada pasangan dan mungkin menjadi cabaran untuk mencuba kehamilan sekali lagi.

Mereka risau dan takut sekiranya terpaksa mengharungi pengalaman pahit itu sekali lagi.

Memberi penjelasan lanjut mengenai keadaan itu, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, SMCV Dr Farah Leong Rahman berkata, rawatan IVF boleh menjadi satu pilihan bagi pasangan yang pernah mengalami keguguran.


MASALAH keguguran adalah tragedi menyedihkan dari segi emosi kepada pasangan.

Kata Dr Farah, antara salah satu penyebab utama keguguran adalah bayi yang abnormal, di mana badan pesakit akan menghalangnya daripada implan dalam rahim atau menyebabkan kegagalan kehamilan.

Katanya, risiko kandungan boleh dikurangkan jika kesihatan bayi dan kandungan dipastikan selamat.

"Selepas menghasilkan embrio melalui IVF, doktor boleh menjalankan ujian genetik ke atas bayi dalam kandungan untuk memeriksa sama ada sihat atau sebaliknya.

"Dengan itu, pasangan berkenaan boleh mendapat ketenangan fikiran selepas mengetahui bahawa embrio yang sihat akan dipindahkan dalam rahim," katanya.

Menurut Dr Farah lagi, dakwaan sesetengah pihak kononnya rawatan IVF di negara ini adalah mahal dan tidak mampu ditanggung orang ramai juga tidak benar.

Ini kerana kata beliau, rawatan IVF di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih murah berbanding negara lain.

"Kos IVF adalah lebih tinggi kerana ia memerlukan banyak prosedur berperingkat iaitu dari merangsang telur dalam ovari melalui suntikan, mengeluarkan telur itu sebaik sahaja sudah mencapai tahap optimal dari segi saiz, hingga pelbagai prosedur lain dalam makmal yang hanya boleh dijalankan kakitangan berkemahiran (embriologi) menggunakan peralatan khas.

"Peralatan khas itu juga berkos tinggi untuk dibeli, diselenggara dan dioperasi bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.

"Namun, ramai pasangan hari ini bernasib baik kerana boleh bergantung kepada beberapa pilihan pembiayaan seperti daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan termasuk IVF bagi mengatasi masalah kesuburan yang mereka hadapi," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada proses rawatan IVF boleh menyebabkan wanita mengalami menopaus awal, Dr Farah pantas menyangkal dakwaan itu.

Kata Dr Farah, walaupun tidak terdapat sebarang angka mutlak, namun dakwaan bahawa IVF boleh menyebabkan menopaus awal adalah tidak benar.

Katanya, ketika proses IVF, ia membabitkan telur yang ada dalam bulan terbabit sahaja kerana jika tidak digunakan, ia akan kehabisan sebelum telur yang baharu digunakan pada bulan berikutnya.

"Jika kitaran pertama tidak berjaya, perunding akan mengimbas kembali pada kitaran pertama pesakit berkenaan dan melihat sekiranya ada sebarang perkara yang boleh dilakukan secara berbeza untuk mendapatkan hasil lebih baik pada kali kedua dan seterusnya.

"Ramai pasangan sedar mengenai kewujudan IVF, tetapi lebih banyak yang perlu dilakukan dari segi meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesuburan," katanya.

Menurut Dr Farah lagi, sememangnya tidak mudah bagi pasangan melangkah ke hadapan untuk mendapatkan bantuan dan meluahkan cabaran yang mereka hadapi demi mendapatkan zuriat yang dinantikan selama ini.

Tetapi, pesan Dr Farah, adalah penting untuk tidak melambatkan atau melewatkan saringan dan dapatkan rawatan segera memandangkan masa adalah agak kritikal bagi mereka.

"Apapun, sentiasa ingat bahawa anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini kerana di SMCV contohnya, kami sentiasa sedia membantu," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nice sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041284 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list