MERBOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa hampir sejam meninjau tempat tragedi kepala air dan banjir lumpur, di Tupah, hari ini.
Ismail Sabri yang tiba jam 12.15 tengah hari tadi, diiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.
Sejurus tiba, Ismai Sabri meninjau Jambatan Tupah yang rosak akibat dihentam balak hanyut Rabu lalu, dan diberi penerangan berkaitan bencana kepala air di kawasan Kuala Muda.
Beliau kemudian meluangkan masa menziarah beberapa penduduk Taman Lembah Merbok yang terjejas akibat bencana itu dan memberikan sumbangan.
Perdana Menteri kemudian meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Tupah dan dijadual ke kawasan bencana di Yan.
I
ni lawatan rasmi beliau yang pertama selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kelmarin.
Perdana Menteri (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa, Ranyzul Ramli, 42, di Taman Lembah Merbok, Sungai Petani, hari ini. - NSTP/Danial Saad
Ismail Sabri melihat maklumat kejadian bencana limpahan kepala air ketika hadir di Taman Lembah Merbok sempena lawatan bencana ke Merbok dan Yan. - NSTP/Danial Saad
Ismail Sabri meninjau kerosakan di Taman Lembah Merbok. - NSTP/Danial Saad