CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1067|Reply: 1

[Kedah] Mayat lelaki bot langgar boya ditemui

[Copy link]
Post time 23-8-2021 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Mayat lelaki bot langgar boya ditemui[size=0.8]Hamzah Osman - Ogos 23, 2021 @ 10:38pm[email protected]



Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengusung mayat Muhammad Ewandi Husnan, 22, yang ditemui tersangkut pada pokok bakau di Kuala Temonyong, Langkawi, petang tadi. NSTP/IHSAN PEMBACA





LANGKAWI: Mangsa yang hilang dalam kejadian bot gentian kaca terlanggar boya di perairan Pulau Lalang semalam, ditemukan mati di kawasan pokok bakau di Kuala Temonyong, di sini, hari ini.

Mayat Muhammad Ewandi Husnan, 22, ditemui orang awam tersangkut pada pokok bakau tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan hilang, pada jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata ketika ditemui mayat mangsa tidak berbaju dan berseluar trek panjang.
"Mayat terbabit dicamkan oleh abang mangsa dan dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, di sini, untuk bedah siasat.

"Dengan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 6.20 petang selepas digerakkan pagi semalam," katanya.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Semalam, media melaporkan seorang lelaki hilang, manakala tiga rakannya terselamat selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terlanggar boya pada kedudukan 0.5 batu nautika Selatan Pulau Lalang, pada 10 pagi.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia di antara 18 dan 53 tahun dilaporkan tercampak ke laut akibat impak perlanggaran yang kuat.

Seorang mangsa yang terselamat patah hidung, manakala dua lagi masing-masing cedera ringan dan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan.

Sementara bot yang dinaiki mereka dilaporkan telah bergerak tanpa pengemudi sebelum ditemui tersadai dalam belukar di Pulau Lalang pada jam 12.20 tengah hari semalam.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.111588 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list