CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1861|Reply: 2

[Perlis] Wanita tak mengaku curi RM40 tabung masjid

[Copy link]
Post time 2-9-2021 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Wanita tak mengaku curi RM40 tabung masjid[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - September 2, 2021 @ 2:02pm[email protected]


Tertuduh, Nor Amira Roslan (bertudung hitam) yang juga tukang cuci sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan mencuri RM40 dalam tabung di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh pada bulan lalu. - Foto AIZAT SHARIF




KANGAR: Seorang tukang cuci sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan mencuri RM40 dalam tabung di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh pada bulan lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, hanya mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mencuri dalam bangunan dengan mencuri tabung Masjid Sirajuddin Padang Pauh dan wang bernilai RM40 yang terdapat dalam tabung masjid itu pada jam 8.54 malam 28 Ogos lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Nur Iman dalam hujahnya berkata, anak guamnya mengaku tidak bersalah disebabkan dia tidak mencuri wang sebanyak RM40 sebaliknya hanya RM28 sahaja.

Selain itu, Nur Iman memohon mahkamah meringankan jumlah jaminan disebabkan tertuduh mempunyai tanggungan seorang anak yang masih kecil berusia empat tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes selain memerintahkan tertuduh membayar sebanyak RM2,000 sebagai jaminan.

Tertuduh bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak membayar wang jaminan, dan ditahan sementara di Pusat Koreksional Perlis sementara menantikan tarikh sebutan semula kesnya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
X da yg kesian kaaa... Mngkin dia terdesak... Pak imam? Ajak masjid?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
28 bukan 40. tapi kesian gituh je ko ada rekod dik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.032402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list