CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'SPRM perlu siasat pencerobohan hutan simpan di Kedah'

[Copy link]
Post time 13-9-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode
'SPRM perlu siasat pencerobohan hutan simpan di Kedah'[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 13, 2021 @ 1:35pm[email protected]


Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader



GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Kedah dan Jabatan Perhutanan negeri mengambil tindakan tegas mengatasi masalah pencerobohan hutan simpan di negeri itu yang berlaku dengan serius ketika ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata keadaan itu menimbulkan kebimbangan kerana ia bukan saja memusnahkan biodiversiti kawasan hutan terbabit, tetapi boleh mencetuskan bencana alam dan menjejaskan keselamatan penduduk.

Beliau berkata, pihaknya turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera mengenai pencerobohan itu.

"Siasatan itu bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat unsur rasuah dalam isu berkenaan.

"Ini kerana, kita hairan bagaimana aktiviti itu boleh berlaku dalam tempoh begitu lama membabitkan kawasan hutan simpan yang luas tanpa tindakan segera dan berkesan diambil mana-mana pihak berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan kenyataan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Muhamad Abdullah mengenai kira-kira 3,500 hektar hutan simpan di negeri diteroka secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak 10 tahun lalu.

Penerokaan haram itu kebanyakannya dilakukan bagi tujuan pertanian termasuk bagi tanaman durian, getah dan kelapa sawit.

Susulan itu, Mohideen berkata, CAP meminta pihak berkuasa menguatkuasakan Akta Perhutanan Negeri 1984 dengan tegas tanpa memberi sebarang pertimbangan kepada mereka yang disabitkan melakukan perbuatan berkenaan.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.225351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list