CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan diselenggara, ditutup sementara

[Copy link]
Post time 13-9-2021 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan diselenggara, ditutup sementara[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


Perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera. FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL




Georgetown: Perkhidmatan funikular Bukit Bendera, di sini, akan ditutup sementara secara berperingkat bagi kerja penyelenggaraan yang diawalkan tahun ini selepas menjangkakan sektor pelancongan beransur pulih pada suku pertama tahun depan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan perkhidmatan itu akan ditutup pada 16 hingga 17 November, 23 hingga 24 November, 30 November hingga 1 Disember dan 7 hingga 8 Disember, iaitu pada setiap Selasa dan Rabu sahaja.

Berikutan itu, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Penduduk Bukit Bendera di pintu masuk Jalan Jip berdekatan Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan.

Kenyataan itu juga menyebut, penyelenggaraan funikular dwitahunan yang kebiasaannya dijalankan pada Januari dan Jun adalah aktiviti rutin yang perlu dilaksanakan seperti disyorkan oleh pihak pengeluar untuk memastikan sistem sentiasa berada dalam prestasi yang baik dan selamat digunakan.

"Berikut dengan penutupan sempadan negara akibat pandemik Covid-19, aktiviti-aktiviti yang memerlukan perkhidmatan jurutera pihak pengeluar, Garaventa AG dari Switzerland ditangguhkan.

"Oleh itu, penyelenggaraan akan dijalankan oleh kakitangan Bahagian Operasi Funikular PBBPP dengan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kawalan untuk meningkatkan bilangan penyelenggaraan dan bagi memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat," katanya.

Penyelenggaran itu juga diawalkan kerana pihak PBBPP menjangkakan sektor pelancongan akan beransur pulih selepas negara dijangka mencapai tahap imuniti kelompok pada suku keempat tahun ini berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Ia sekali gus memastikan peniaga-peniaga di kawasan Bukit Bendera dapat meneruskan kegiatan perniagaan dan ekonomi setelah menghadapi tempoh sukar sepanjang pandemik Covid-19.





Disiarkan pada: September 13, 2021 @ 8:04pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list