CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 1

Pemberian ganjaran pada atlet penting, wajar diteruskan

[Copy link]
Post time 16-9-2021 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pemberian ganjaran kepada atlet yang meraih kejayaan sangat penting sebagai habuan atas penat lelah serta pengorbanan mereka dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata ketiadaan skim insurans untuk atlet menyaksikan ganjaran seperti RM1 juta kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan Paralimpik dapat menjadi 'penyelamat' sekiranya mereka ditimpa musibah.

"Setidak-tidaknya ganjaran itu mampu dijadikan simpanan di samping ganjaran-ganjaran lain yang diterima kerana atlet bila mengalami kecederaan sehingga menamatkan karier, itu adalah risiko kepada mereka.

"Ganjaran adalah motivasi untuk semua atlet dan saya setuju pihak kerajaan bagi dan benda ini (ganjaran) harus berlarutan. Selagi dalam sukan kita mesti memberi ganjaran supaya dapat memupuk semangat mereka untuk capai lebih banyak kejayaan," kata Megat D Shahriman yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam Webinar Edisi Khas Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Universiti Teknologi Mara (UiTM): Inspirasi Perjuangan Dari Bumi Tokyo anjuran Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, hari ini.

Turut menyertai webinar itu adalah jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang mencipta sejarah menjadi atlet berbasikal trek pertama negara merangkul pingat perak di temasya Olimpik di Tokyo, bulan lalu.

Sementara itu, Mohd Azizulhasni, 33, berkata atlet wajar mendapat ganjaran besar di kejohanan besar, namun pada masa sama mereka tidak seharusnya menjadikannya sebagai keutamaan memandangkan ganjaran merupakan sebahagian daripada motivasi ekstrinsik yang bersifat jangka masa pendek.

Beliau mengakui beberapa rakan atlet mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang sukan disebabkan merasai ganjaran yang diterima tidak setimpal.

"Kalau kita bertanding sebab nak menang wang ringgit dan kita berjaya, tetapi yang diterima tidak setimpal, kita akan kecewa dan berputus asa. Tetapi, kalau kita bersukan sebab nak jadi juara Asia dan Dunia, penumpuan lebih kepada itu.

"Apabila kita menang akan ada pihak yang datang memberikan insentif, sikit atau banyak kita akan rasa bersyukur sebab itu (ganjaran) pada kita macam satu bentuk motivasi tambahan," jelasnya.

Di bawah insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), mana-mana atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima ganjaran berjumlah RM1 juta dan pencen bulanan sepanjang hayat sebanyak RM5,000. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 10:56 AM | Show all posts

Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037551 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list