View: 1343|Reply: 1
|
Kisah hidup Khabib jadi motivasi di UK
[Copy link]
|
|
London: Bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov bakal terbabit dengan dua ceramah motivasi di United Kingdom bulan depan.
Khabib yang dianggap antara jaguh terhebat oktagon bersara daripada sukan seni bela diri campuran selepas menewaskan Justin Gaethje pada Oktober tahun lalu.
Sejak persaraannya, Khabib terus melibatkan diri dengan kerjaya baharu dan yang terkini dia mengumumkan dua acara membabitkan jaguh Rusia itu di UK dan berkongsi maklumat lanjut mengenainya di Instagram.
'Siap sedia UK! Saya hantar lokasi acara pada 2 Oktober London 3 0ktober Harrogate. Saya bekerjasama dengan @class.a.events untuk dua acara eksklusif bagi membantu @skt_welfare, meningkatkan kesedaran dan meraih dana untuk anak yatim di serata dunia. Anda boleh dapatkan tiket di www.sktwelfare.org/khabib sebelum kehabisan.'
Bekerjasama dengan Class A Events, Khabib akan terbabit dengan dua sesi ceramah bagi membantu dan menghulurkan sokongan kepada anak yatim di seluruh dunia.
Selepas sesi pertama tamat di London pada 2 Oktober, sesi kedua berlangsung di Harrogate pada 3 Oktober.
Class A Events dalam Instagramnya pula memberi penerangan ringkas mengenai acara itu dan tujuan penganjuran.
'Sertai kami bersama Khabib Nurmagomedov dan dengar sendiri apa yang menjadi motivasinya, karakter dan visinya dalam kehidupan. Menerusi 'The Legacy Continues', kami berharap dapat mendapatkan dana bagi membantu anak yatim di seluruh dunia dengan @skt_welfare.
Berdasarkan kejayaannya di MMA termasuk rekod 29-0, pastinya Khabib mempunyai banyak cerita untuk dikongsi bersama hadirin selain menjadi motivasi paling berkesan dalam kehidupan. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KHABIB pegang rekod 29-0 sebelum bersara. |
|
|
|
|
|
|
| |
|