View: 1171|Reply: 1
|
KRM pilih jurulatih baru Khamis ini
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Teka teki mengenai siapakah jurulatih pasukan ragbi 15 sebelah (15's) negara bakal terjawab pada Khamis ini.
Baru-baru ini, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya menyatakan perbincangan masih berjalan untuk mendapatkan khidmat Brad Mika dari New Zealand untuk memikul tugas berkenaan.
Katanya, KRM masih dalam perbincangan bersama Sandakan Eagle untuk meminjamkan Mika bagi membimbing skuad 15's yang dijadual menghadapi saingan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) bermula pada Januari 2022.
"Kita belum memuktamadkannya kerana kita sudah memberi maklum balas kepada Sandakan Eagle berhubungkait dengan terma dan syarat yang mereka mahukan bagi meminjamkan Brad Mika.
"Kita akan buat keputusan daripada maklum balas kita terima berhubung terma dan syarat dimahukan mereka bagi meminjamkan Brad Mika.
"Buat masa ini, Pengarah Kejurulatihan dan jawatankuasa akan berbincang dan memuktamadkan keputusan mengenai siapakah ketua jurulatih kita dalam masa terdekat ini," katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan pasukan 15's, Shahrul berkata, skuad 15's, tarikh Kejohanan Ragbi Asia ditetapkan pada 31 Januari 2022.
"Terpaksa melangkau ke tahun 2022 di mana kita akan bertemu Hong Kong dan 2 Februari berjumpa Korea Selatan. Kem latihan akan bermula pada November ini.
"Terdapat tiga peringkat kem latihan iaitu dua pada November dan bakinya dari 1 Disember sehinggalah kejohanan berlangsung pada penghujung Januari," katanya. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SHAHRUL Zaman menyatakan perbincangan masih berjalan untuk mendapatkan khidmat Mika dari New Zealand untuk memikul tugas berkenaan. FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|