View: 1769|Reply: 2
|
Pang Ron-Yee See berdepan tugas berat di Finland
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Dua beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei berdepan tugas berat untuk menyumbang mata buat skuad Piala Sudirman negara di Vantaa, Finland.
Diundi bersama-sama England, Jepun selain Mesir dalam Kumpulan D, salah satu daripada kedua-dua pasangan negara itu bakal berdepan lawan yang sukar.
Pang Ron-Yee See yang menduduki ranking ke-27 dunia hampir pasti menggalas tugas selaku pasangan utama beregu campuran negara.
Kedua-dua pemain itu dijangka berdepan dua pasangan dalam kelompok 10 terbaik dunia iaitu Marcus Ellis-Lauren Smith (England) dan Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun).
Namun ketua jurulatih beregu campuran negara, Paulus Firman percaya barisan pemain bimbingannya mampu menyerap segala tekanan walaupun bakal berdepan lawan yang memiliki reputasi hebat.
"Saya yakin mereka sudah ada pengalaman dan semakin matang. Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi ketika latihan dan ini adalah peluang terbaik untuk mereka belajar sekali gus meningkatkan lagi prestasi," katanya.
Meskipun ia adalah penampilan kali pertama kedua-dua pasangan bimbingannya itu di saingan Piala Sudirman, Paulus tetap menaruh keyakinan tinggi terhadap mereka.
Jelas Paulus, kejohanan berpasukan akan menjadikan kedua-dua pasangan negara itu lebih bertanggungjawab dan pastinya cuba memungut mata untuk skuad negara.
Skuad negara yang diketuai jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan membuka tirai bertemu England dalam aksi pertama Kumpulan D, Isnin ini. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat yg terbaik.kalau menang tu bonus |
|
|
|
|
|
|
| |
|