View: 1428|Reply: 1
|
Osaka beri bayangan kembali
[Copy link]
|
|
Osaka beri bayangan kembali
UARA tenis empat kali Grand Slam, Naomi Osaka, memberi bayangan akan kembali semula beraksi dalam sukan kegemarannya tersebut.
Osaka selepas tewas di Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menyatakan bahawa dia akan berehat awal bulan ini bagi memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah kesihatan mental selepas tewas kepada Leylah Fernandez di pusingan ketiga.
Bekas pemain nombor satu dunia, yang menarik diri dari Terbuka BNP Paribas di Indian Wells bulan depan, sebelum ini bergelut untuk meningkatkan kembali prestasinya sejak dia menarik diri dari Terbuka Perancis pada Mei selepas memboikot media kejohanan tersebut.
Namun pemain Jepun berusia 23 tahun itu menyatakan dalam satu program bahawa dia masih menyukai sukan tersebut dan dalam kembali ke gelanggang.
"Saya tahu saya akan kembali beraksi, mungkin tidak lama lagi tetapi tidak akan menjadi masalah jika saya menang atau kalah. Saya percaya kegembiraan akan diperolehi dengan cara kembali ke gelanggang," katanya.
Pemain yang kini berada di kedudukan ketujuh ranking dunia mendakwa kepadatan jadual telah mempengaruhi prestasinya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat sementara.
"Saya dulu suka menyertai pelbagai kejuaraan kerana di situ medan untuk menjadi kompetitif. Malah saya lebih bermotivasi sekiranya menyertai kejuaraan bersifat jangka panjang.
"Cumanya baru-baru ini saya mula merasa tertekan, itulah yang menyebabkan saya mahu berehat sementara bagi memulihkan semula keadaan saya," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ri-bayangan-kembali
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Naomi Osaka - Foto AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|