CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2151|Reply: 4

Abdul Latif dapat RM150,000

[Copy link]
Post time 29-9-2021 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Kangar: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bagi acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) iaitu Abdul Latif Ramly hari ini menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaannya.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata penghargaan itu diberikan kerana Abdul Latif, 24, berjaya mengharumkan nama negara seterusnya Perlis melalui pingat yang disumbang kepada tanah air.

"Seluruh rakyat Perlis hari ini menumpang kejayaan yang diberikan oleh Abdul Latif, yang juga anak jati negeri ini. Jadi, kerajaan negeri buat keputusan untuk memberikan insentif kepada beliau hari ini," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan insentif itu kepada Abdul Latif, yang hadir bersama-sama ibu bapanya iaitu Salmah Yatim dan Romly Mat, di Pejabat Menteri Besar.

Azlan turut memaklumkan Perlis akan mewujudkan dua anugerah iaitu olahragawan dan olahragawati mulai tahun depan untuk memberikan penghargaan kepada atlet yang mengharumkan nama negeri itu.

"Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di bawah Majlis Sukan Negeri (MSN) bagi menilai kriteria atlet yang layak diberikan anugerah itu," katanya.

Sementara itu, Abdul Latif ketika ditemui berkata dia kini 'berehat' di rumahnya di Beseri selama sebulan hingga akhir Oktober ini sebelum kembali ke MSN Bukit Jalil bagi meneruskan sesi latihan.

"Buat masa ini, jurulatih (Shahrul Amri Suhaimi) bagi saya balik sini rehat dulu, nanti balik ke sana saya akan sambung semula latihan sebagai persediaan menyertai kejohanan di luar negara," katanya.

Dia akan menyertai Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun serta Sukan Para Asean di China dan Vietnam tahun depan.

Untuk rekod, Abdul Latif memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio pada 2016 bagi acara sama. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2021 07:10 AM | Show all posts

AZLAN Man (kiri) menyampaikan replika cek kepada Abdul Latif. FOTO Aizat Sharif
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung betul sapa2 main sukan ni kalo depa betul2 perform...mcm2 insentif buleh dpt... Berbaloi lah segala tenaga dan masa dicurahkan utk dpt habuan cemggini...segala penat lelah dah x terasa...happy for him
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jugak ada coach nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051123 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list