View: 1677|Reply: 1
|
Pacquiao akhirnya umum bersara
[Copy link]
|
|
Manila: Bintang dan calon Presiden Filipina, Manny Pacquiao mengumumkan bersara dari sukan tinju selepas melalui karier yang panjang sambil menganggap ia sebagai keputusan yang paling sukar dalam hidupnya.
"Sukar untuk saya menerima hakikat yang masa saya sebagai petinju sudah berakhir," kata Pacquiao, 42, yang bercadang untuk bertanding jawatan presiden pada pilihanraya 2022.
"Hari ini saya mengumumkan persaraan saya," katanya menerusi video yang dimuat naik di Twitter.
Juara dunia lapan divisyen dan wira Filipina itu melakukan pengumuman itu beberapa minggu selepas tewas perlawanan profesional terakhirnya bertemu petinju Cuba, Yordenis Ugas di Las Vegas.
Pacquiao yang menyertai politik pada 2010 sebagai anggota kongres sebelum dipilih menjadi anggota Dewan Negara, pada minggu lalu berkata dia mahu bertanding jawatan tertinggi di negara itu.
Pacquiao yang sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak, berterima kasih kepada jutaan penyokongnya di seluruh dunia.
Dia juga memberikan penghargaan khas kepada jurulatihnya, Freddie Roach yang dianggapnya seperti keluarganya sendiri, seorang abang dan rakan. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MANNY Pacquiao umum persaraannya. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|