CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1997|Reply: 1

Doa buat skuad Piala Sudirman negara untuk mara ke akhir

[Copy link]
Post time 2-10-2021 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berharap perjuangan skuad negara tidak terhenti di peringkat separuh akhir Piala Sudirman apabila dijadual bertemu Jepun, malam ini.

Pertembungan itu adalah yang kedua buat kedua-dua pasukan dalam tempoh dua hari selepas aksi peringkat kumpulan yang menyaksikan Jepun menewaskan Malaysia 4-1.

Menurut, Choong Hann beliau percaya barisan pemain muda negara kali ini lebih bersedia terutama selepas mencipta kejutan menumbangkan pasukan pilihan Indonesia 3-2 dalam aksi suku akhir, awal pagi tadi.

"Saya harap ini bukan perlawanan terakhir kita (menentang Jepun). Saya percaya pemain akan memberikan persembahan yang lebih baik sekali gus memberi tentangan yang lebih sengit kali ini berbanding ketika aksi peringkat kumpulan," katanya.

Terdahulu, barisan pemain muda negara melakar kejutan dengan menewaskan Indonesia yang tampil sebagai pilihan untuk melangkah ke separuh akhir.

Beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See muncul wira skuad negara apabila menyumbang mata kemenangan untuk Malaysia menerusi kemenangan ke atas pasangan nombor empat dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 21-19, 9-21, 21-16.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata pertama apabila menumbangkan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-12, 21-15.

Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia pula menghadiahkan mata kedua negara selepas menang buat kali pertama ke atas Anthony Sinisuka Ginting 21-11, 21-16.

S Kisona yang menggalas tugas dalam acara perseorangan wanita mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tunduk di tangan Gregoria Mariska Tunjung 20-22, 21-18, 19-21 manakala beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah memberikan tentangan sengit kepada pemenang emas Olimpik Tokyo, Greysia Polii-Apriyani Rahayu sebelum tewas 20-22, 21-17, 18-21.

Mengulas mengenai aksi bertemu Indonesia, secara keseluruhannya Choong Hann berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan pemain muda negara yang mempamerkan semangat juang tinggi.

"Memang jurulatih kita bekerja keras untuk menyediakan pemain bagi menghadapi perlawanan ini (menentang Indonesia). Selepas mengharungi perlawanan awal, kita cuba secepat mungkin belajar daripada kesilapan masing-masing.

"Kita percaya pemain sudah tunjuk persembahan yang memberangsangkan dan mempamer semangat juang tinggi. Bagi saya ia adalah sesuatu yang cukup positif," katanya. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2021 08:27 PM | Show all posts

Pengarah Kejurulatihan BAM, Choong Hann. -FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.157557 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list