CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naz

ANEKA MASAKAN MAMAK & INDIA

[Copy link]
Post time 12-9-2008 04:12 PM | Show all posts
ummi tak tahan mkn kari kari ni.. tapi sedapp....
perut memulas.. kalau dari kedah mkn singgah kat nasi kandar penang... dlm perjalanan balik kL mmg membuang je la keje ummi.. perut tak sedapp...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2008 01:38 PM | Show all posts
suka sgt mkn kari mamak ni.. tp slalunye mkn kt kedai jelah.. nk buat tu pyh skit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 06:32 PM | Show all posts

bhunna gosht

walaupun bahan2 banyak dan leceh sikit nak buatnya, tapi mmg
berbaloi, sebab sedap sgt2!
resepi dari Mumtaj Begum, dari cookbook Mami Asmah Laili

sori, gmbr x brp clear.



BHUNNA GOSHT
Bahan A
5 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
3 helai daun bay (x ade, so sy x masuk)
1/4 cawan minyak canola/zaitun (sy guna minyak biasa je)

Bahan B
5 kuntum bg cengkih
10 biji lada hitam

Bahan C
3 bwg besar, dihiris

Bahan D
1kg daging kambing tidak bertulang, didadu
1 1/2 sudu makan pes halia/bwg putih
5 biji cili hijau, dicincang
1sd teh garam

Bahan E
3 sd teh serbuk ketumbar
1 sd teh lada serbuk (sy guna cili mesin)
1 sd teh garam masala (homemade-ikut resepi niceghost)
1 sd teh serbuk kunyit

Bahan F
3 tomato dikupas kulit dikisar halus (sy buh 1 1/2 biji je, hb x suka masam2 sgt)

Bahan G
1/2 cawan tairu-dipukul sebentar
3 sd makan santan pekat
1/2 cawan air

Bahan H
2 tangkai daun ketumbar, dihiris

Cara
Panas 1/4 cawan minyak dalam kuali, tumis semua bahan A hingga meletup2.
Masukkan B, tumis lagi selama 2 minit. Masukkan C, goreng hingga bawang garing sikit.

Masukkan D, goreng 15 minit, kacau selalu. Masukkan E, goreng selama 15 minit.
Masukkan F (tomato yg dikisarhalus). Gaul dan balik2kan.
Masukkan G , gaul rata, biarkan masak, sentiasa kacau, balik2kan hingga daging  empuk
dan lembut, kuah jadi pekat.Apabika hidangan hampir siap, taburkan H.

Daging kambing yang dimasak ini harus dibiarkan masak dalam jusnya sendiri.
Itu sebab air yg digunakan tidak begitu banyak, hanya ditambah jika perlu.
Seeloknya dimasak guna non-stick pan.



[ Last edited by  eastbourne13 at 30-5-2009 18:47 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 12:06 AM | Show all posts
nak share resepi skit...

Ikan Goreng Indian Style

bahan2:

ikan apa pun boleh, paling sedap tenggiri
cili boh/cili mesin
serbuk lada hitam
garam/kunyit
limau kasturi/limau nipis
daun kari

cara2:

-lumur ikan dengan garam n kunyit, cili mesin, serbuk lada hitam, dengan limau kasturi/nipis.
-perap ikan sejam atau setengah jam sebelum goreng.
-dah perap boleh la goreng deep fry.
-dekat2 ikan tu nak masak, tabur daub kari dalam minyak.
-dah siap leh angkat ikan, n minyak tu leh tapis sbb rempah yg jatuh dalam minyak tu sedap dimakan ngan nasi putih bersama kari. yummy wa cakap lu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 12:08 AM | Show all posts

Balas #303 emma_rafie\ catat

saya ada resepi rasam from my mom, my mom pandai buat rasam, nanti i tepek k...

rasam ni sedap makan kalau ada ikan kering...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 12:11 AM | Show all posts

Balas #309 ipah\ catat

payasam sangat senang nak buat, kalau u pi kedai india yg jual rempah tu depa ada jual payasam dalam paket, u balik masak skit tambah susu ngan gula jer... kat paket tu pun ada tulis cara nak buat... payasam is one of my fav indian desert.. mom ada jugak buat few times..

nak lagi sedap u tambah kismis n cherry(cherry merah ni u potong dadu halus2)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2009 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by Kacip_Fatimah at 12-8-2006 18:54
Bahan2:-

1 ekor ikan jenahak/merah/bijik nangka dsb - potong kecil
3 sdm rempah kari ikan - penuh bumbun
9 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 sdm halba campur
1 sdm  ...


ok sesapa yg nak sgt resepi kari mamak..
ni lah resepinya..
saya dh try..1st time bt menjadi..bila rasa.
Lidah ni kata..inilah resepi kari yg saya cari selama ni..
Tp saya x letak santan tau..
Yg lain tu tiru sebijik resepi ni..
Lpas tu, klu bt kari msti bt style ni jek..

Tambahan pula, sy baru kawen, 1st time masak kt rumah metua
Mak metua, suami, adik ipar ckp..kari saya mcm kt kedai
Bapak metua ckp kt ank dia..lain kali klu nk bt kari, bt style ni la sedap...

masa tu saya ni tersenyum sorang2 bangga..
esok tu adik ipar tanya resepi

[ Last edited by  ji_ji at 1-6-2009 12:29 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 11:50 PM | Show all posts
CORIANDER CHICKEN


   
sumber
http://www.youtube.com/watch?v=kvJIMn8xI68

Bahan2:
750gm ayam
10 biji gajus-disangai, dikisar.
secekak daun ketumbar
3 tangkai daun kari
1sd makan ketumbar biji-ditumbuk kasar/dikisar halus
1sd makan jintan putih-ditumbuk kasar/dikisar halus (ikut suka)
1 cawan tairu
2sd makan pes halia+bwg putih
4 cili hijau
sedikit serbuk kunyit
3sd makan minyak masak
garam secukup rasa

Kisar cili hijau,daun ketumbar dan daun kari.

Panas minyak. Masuk ketumbar biji dan jintan putih.

Masuk pes halia+bwg putih dan gajus yang dikisar tadi.

Masuk serbuk kunyit dan pes coriander.

Masuk garam. Masak hingga terbit minyak.

Masuk ayam dan tairu.

Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

[ Last edited by  eastbourne13 at 15-6-2009 07:35 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2009 05:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by eastbourne13 at 29-6-2009 14:05

Chicken Jalfrezi (Pakistani recipe)
dari : http://www.bbcgoodfood.com/recipes/5852/chicken-jalfrezi


Bahan2 sos:
1/2 biji bwg besar, dicincang kasar
2 biji bwg putih, dicincang
1 biji cili hijau, dicincang
1 tin plum tomato (sy guna 2 biji fresh tomato,belah 4, bakar atas non-stick pan)
1 cwn air
1sdm serbuk ketumbar
1sdm serbuk jintan putih
1sdt serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan2 lain:
2@3 keping dada ayam, didadu (sy x folo ni, just buh ikut suka)
1 biji cili merah, dicincang
1/2 biji bwg besar, dimayang
2 biji cili merah, dibelah 2 (optional)
1sdt serbuk jintan putih
1sdt serbuk ketumbar
1sdt serbuk kunyit
2sdt garam masala
secekak daun ketumbar, dicincang
secubit garam

Cara2:
1.Ayam digaul dengan dengan garam,jintan,serbuk ketumbar dan kunyit, perap dalam peti ais.

2.Buat sos. Goreng bwg besar, bwg putih dan cili hijau hingga kekuningan. Masuk air, biar 20min.
Pastu tutup api. Ketepikan.

3.Sementara itu, masuk plum tomato dlm fp @ blender, kisar halus.
Panaskan kuali, buh minyak, tumis serbuk ketumbar, jintan dan kunyit, lebih kurang 1min.
Masuk tomato yang dikisar tadi (utk jadikan sos). Biar 10min.

4. Kisar bwg2 dan cili hijau yang digoreng tadi. Kemudian, campurkan ke dalam sos tomato. Kacau2, masak selama 20min.

5. Goreng ayam yang diperap tadi, guna 3sdm minyak masak. Kacau2, masukkan bawang cincang dan cili merah.
Masak hingga ayam betul2 masak.

6. Masukkan sos tadi, kacau rata 10-20min. Sebelum angkat, tabur ngan garam masala dan daun ketumbar. Sedap dimakan dgn nasi putih, nasi minyak atau roti nan.




mmg sedap! tak rugi mencubanya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 01:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by eastbourne13 at 29-6-2009 14:12

CREAMY MASALA CHICKEN
dari http://www.bbcgoodfood.com/recipes/1884/creamy-masala-chicken.jsp

  
Ingredients:
4boneless, skinless chicken breasts,cubed
3cm piece fresh root ginger, peeled and chopped
2 garlic clove, chopped
1 tsp mild chilli powder- nak pedas, buh ikut suka ya
2 tbsp fresh coriander , chopped
juice of 1 lime
2 tbsp vegetable oil
1 onion,chopped  
1 red chilli,chopped
1 tsp ground  turmeric
284ml carton double cream
juice of ½ lemon
garam secukup rasa
basmati rice and naan bread, to serve

  • Put the chicken, ginger, garlic, chilli powder, coriander, lime juice and 1 tbsp of oil in a bowl. Stir, and set aside. Chop the onion, and seed and chop the chilli.
  • Heat a large shallow pan. Tip in the chicken and marinade and fry for about 6-8 minutes, stirring occasionally.
  • Meanwhile, heat the remaining oil in a pan and fry the onion and chilli for 3-4 minutes until just soft. Add the turmeric and stir fry for 1 minute. Lower the heat, pour in the cream and simmer for 2-3 minutes.
  • Add the chicken and simmer for 5 minutes, or until cooked. Season and stir in the lemon juice. Serve with rice and naan bread.

lauk ni klu pedas baru sedap, sy titik 5-6 biji cili api bagi pedas sikit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:48 AM | Show all posts
KARI IKAN UTARA
Bahan2:-

1 ekor ikan jenahak/merah/bijik nangka dsb - potong kecil
3 sdm rempah kari ikan - penu ...
Kacip_Fatimah Post at 12-8-2006 06:54 PM


Ikut resepi Kacip ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:55 AM | Show all posts
Ikut resepi Kacip ni...
maisya Post at 19-4-2010 10:48

skrg plak saya wat mcm nie..

tumbuk jintan manis dan jintan putih sampai hancur pastu masuk skali bawang merah dan bawang putih then tumbuk sampai lumat..campur ke dlm mangkuk yg berisi rempah ikan yg dituang air panas. Dalam mangkuk rempah ikan tu saya tambah cili mesin utk bagi pedas. kacau-kacau dan biar sekejap..[Rempah ikan tu kalau campur Babas dan Alagappas pun sedap, sekarang saya guna lebih kurang 3-4 camca makan rempah]
dulu saya hiris bawang utk tumis kan, sekarang saya main tumbuk ja bawang merah dan bawang putih setakat pecah-pecah gitu then tumis dgn halba campur dan daun kari..
dulu guna sekotak santan, sekarang 1/2 kotak ja..
tapi yg penting air asam jawa kena byk..
takyah bubuh perisa ikan bilis dsb..sekadar garam dah mencukupi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 11:00 AM | Show all posts
skrg plak saya wat mcm nie..

tumbuk jintan manis dan jintan putih sampai hancur pastu masuk ska ...
Kacip_Fatimah Post at 19-4-2010 10:55 AM



Saya tak letak pun perasa ikan bilis tu...tapi ni la first time rasanya saya buat kari ikan yg betul-betul 'kick'...selalu tu serba tak kena je
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 11:03 AM | Show all posts
Saya tak letak pun perasa ikan bilis tu...tapi ni la first time rasanya saya buat kari ikan yg ...
maisya Post at 19-4-2010 11:00

Kalau ikan dah habis, jgn buang kuah dia tau maisya..
perangat sampai 3-4 hari pun takpa..time tu lah kuah dia mahai..hahahaha
time tu lah nk kena cari roti benggali ka, roti nyoq ka..perghh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 01:30 AM | Show all posts
kari mamak ni bubuh santan ke?
abuna Post at 10-9-2008 17:26


saya baru beli buku resepi masakan india... chefnya yg tulis buku ni datang dari india...
resepi karinya ada jer yang letak santan.... hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 11:03 AM | Show all posts
nak minta resepi tosei, kalau ada share lah ye
inaz Post at 4-6-2010 21:12


Kebetulan pulak..
Last month saya ada bertanyakan kepada seorang kawan india resepi tosai ni..
dia bagi secara takdak sukatan tepat lah..lagipun saya pun tak bercadang nk buat..
cuma bersembang bertanyakan resepi sahaja..
Katanya beras dan dall putih direndam semalaman, kemudian esoknya dikisar halus..
masukkan yis dan sedikit garam..perapkan di dalam peti ais..
lepas 2-3 jam boleh la digunakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 12:05 AM | Show all posts

NASI DAUN PISANG  
kari ikan dan cili hijau
ayam goreng bawang dan cabai kering
bendi celur
papadam
sayur kacang panjang goreng rempah
sambal kelapa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 11:36 PM | Show all posts


nasi daun pisang
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 11:39 PM | Show all posts


banana leaf rice
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.071958 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list