|
Originally posted by fleurzsa at 10-8-2005 02:53 AM
2. Ucapan Kinayah
Ucapan yg tidak jelas maksudnya, mungkin ucapan itu bermaksud lain. Talak ini memerlukan niat.
a) Pulang engkau kpd ibubapa engkau
b) Kahwinlah engkau dgn org lain
c) Saya sudah tidak ada hajat lagi kpd kamu.
kalo niat utk mengugut agar pergaduhan berakhir , mcm mana pulak?
kira nk berdamai setelah x bercakap beberapa ari |
|
|
|
|
|
|
|
tak baik ugut-mengugut. cubalah cara penyelesaian tanpa ugutan atau kekerasan. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana pulak tentang suami yang dengan jelas dan nyata melafazkan talak kepada isterinya 'aku ceraikan kau dengan talak satu'
lepas tu sisuami mengaku x waras semasa melafazkan talak (sisuami melafazkan talak setelah berlaku pertengkaran dengan isterinya) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 harumanisz's post
untuk mensabitkan sah atau tidak lafaz talak berkenaan, hendaklah dengan segera pergi buat lapuran di Pejabat Pendaftar Nikah Cerai (atau Pejabat Kadi/mahkamah syariah). Boleh juga minta khidmat nasihat Penolong Pendaftar Nukah Cerai (Naib Khadi). Tapi keputusan sah atau tidak, akan dibuat oleh Mahkamah Syariah.
Sementara waktu ini, suami isteri hendaklah memisahkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
thanx buruj dan ibnur...
dah dapat pengesahan dari JAKIM... talak tu tetap jatuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 20-10-2007 11:39 AM
Talak kena dilafazkan dihadapan isteri samada dalam bentuk percakapan ataupun tulisan ataupun isyarat (orang bisu & pekak) yang boleh difahami oleh isteri. Jika isteri tidak tahu yg ia telah dita ...
soo... maksudnya... klu sorg suami, bercerita dengan org lain yang dia duda dan dah ceraikan isterinya dengan talak 3, talak xjatuh ler... sbb si isteri tidak tahu mengenai peel si suami mcm nie... walaupun, si suami bercerita dengan penuh yakin tuk meyakinkan org lain mengenai status dan penceraian dia??
Boleh ker, mcm nie?? sbb, klu mcm tu, lelaki leh ckp kat sapa2 sajer yg dia dah bercerai padahal dia masih bersama isteri, oleh sebab si isteri tidak tahu mengenai perbuatan si suami??
Sy nak pastikan perkara ini jer, sbb ianya benar2 terjadi... klu betui xjatuh talak xper laa... tapi klu jatuh talak, xker mereka melakukan dosa?? |
|
|
|
|
|
|
|
hi forummer,
baru2 ni saya ade bergaduh lalu bermessage SMS dengan isteri saya seperti ini "x payah , ko tak nak aku ,anggaplah xde ikatan , isteri ape camni " , saya mahu tanye betul kepada forummer yang pakar, jatuhkah talak ?
tq kerana membalas. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #68 ultraline\ catat
ini macam lafaz kinayah. saya tak berani nak bagi jawapan sebab ini sangat bergantung kepada suasana dan niat semasa ber SMS tersebut.
lebih baik rujuk kepada pakar.
Lafaz talak terbahagi kepada dua:
Talak Sharih
Talak Kinayah.
Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".
Contoh lafaz yang Sharih:
Aku ceraikan kau dengan talak satu
Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
Hari ini aku ceraikan kau
Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.
Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi
Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syamim8 at 10-8-2005 02:12 AM
Bukan dia nak kawin lailn but what is the purpose of nikah tapi tak tau nak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua rumahtangga. bagi Mim dlm marriage there must be trust, respect, comm ...
tumpang lalu sat...
sementara menanti respon dari porumer kesuma nak share ngan mim manalah tau sekurang2nya terubat rasa sakit ati tu. kesuma slalu bawa kemana2 sbg ingatan utk diri sendiri. Bila rasa susah,sedih dan buntu kesuma baca ni....at least, I hv somethin to remind me....
Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawab nya-
Kita bertanya : Kenapa aku di uji?
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan saja mengatakan, " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yg benar, dan sesungguhnya Dia mengatahui org2 berdusta "Surah AL-Ankabut, ayat 2-3.
Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bole jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui kamu tidak mengetahui." Surah AL-Baqarah, ayat 216
Kita bertanya : Kanapa ujian seberat ini?
Quran menjawab: " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Surah AL-Baqarah, ayat 286.
Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab : "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. Surah Ali Imran, ayat 139.
Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab : " Dan mintalah pertolongan kpd ALLAH dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orangorang yg khusyuk" Surah AL-Baqarah, ayat 45.
Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab : " Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal " surah At-Taubat
, ayat 129
Kita bertanya : Apa yg aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab : " Sesungguhnya ALLAH telah membeli drpd orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka." Surah At Taubat, Ayat 111.
Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab : "...dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yg kafir " Surah Yusuf, ayat 12.
Kita bertanya : Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab : " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. " Surah Al-Insyirah, ayat 5-6.salam..
|
|
|
|
|
|
|
|
akum ,ade lagi soalan ,katekan si polan tu melafazkan kata cerai kepada isteri , tetapi bukan di depan Pendaftar Nikah Cerai atau kadi atau mahkamah, bagaimana ? adekah sisuami akan diDENDA??? tolong jelaskan tok guru forumer....tkasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
akum, xade respond dari mana tok guru forum? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #72 ultraline\ catat
memang dah akan kena denda kalau buat repot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|