|
wah... nak kena beli ribena la pasni. anak aku every 2 weeks musti kena selsema... sejak antar nursery ni makin teruk... kejap2 selsema... |
|
|
|
|
|
|
|
diharap infor nih beri manafaat:
Anak Yang Demam
S1 : Apakah Demam?
Demam bermakna kenaikan suhu badan rectal > 38 C (100 4F). Ia merupakan gejala yang paling kerap dihadapi dikalangan kanak-kanak; kebanyakannya berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan (respiratory tract infections) oleh kuman virus atau bakteria. Sebahagian besar jangkitan ini akan sembuh dalam beberapa hari. Demam yang berpanjangan perlu dirujuk untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.
PUO (Pyrexia of unknown origin) |
|
|
|
|
|
|
|
diharap juga infor nih berguna pada semua.
S1 : Apakah bronkiolitis akut?
Bronkiolitis akut ialah jangkitan sistem respiratori yang melibatkan bronkiol-bronkiol kecil. Biasanya penyakit ini menyerang kanak-kanak di bawah umur 6 bulan tetapi terdapat kes-kes yang berumur hingga 2 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih kerap diserang penyakit ini daripada perempuan.
S2 : Apakah organisma yang menyebabkan bronkiolitis akut?
Dalam kebanyakan kes (70-80%) organisma penyebab ialah Respiratory Syncytial Virus (RSV). Lain-lain virus ialah parainfluenza 1, 2, 3; influenza, rhinovirus dan adenovirus.
S3 : Apakah patofisiologi penyakit ini?
Epithelium bronkiol yang ada silia diserang oleh RSV yang akan membiak (replicate). Akibatnya epithelium bersilia mengalami nekrosis dan diikuti dengan proliferasi sel-sel kuboidal tidak bersilia yang akan menggantikan sel-sel epithelium. Tisu tisu peribronkial juga dipenuhi dengan limfosit, sel plasma dan makrofaj yang menyebabkan radangan bronkiol. Lendir mucus juga banyak dikeluarkan. Semua faktor-faktor di atas menyumbatkan saluran udara bronkiol. Akibatnya terdapat hyperinflasi paru-paru dan atelektasis.
S4 :Apakah ciri-ciri/gejala klinikal?
Penyakit ini bermula dengan selsema-selsema satu atau dua hari. Ini diikuti oleh batuk yang kering dan demam yang rendah (biasanya kurang daripada 38C). Selepas itu pernafasan menjadi sesak dan kadarnya meningkat. Bunyi wheeze juga kedengaran. Oleh kerana susah bernafas, penyusuan adalah susah dan berkurangan.
Dada pesakit akan nampak hiperinflasi. Pernafasan cepat dengan resesi interkostal dan subkostal. Dengan auskultasi terdengar lebih banyak bunyi "crackles"daripada bunyi wheeze. Bunyi "crackles" boleh didengar diseluruh paru-paru di kedua-dua belah. Oleh sebab hiperinflasi paru-paru, hati (hepar) ditekan ke bawah dan dapat dirasa di bawah pinggir kostal kanan.
Jika keadaan menjadi tenat, pesakit akan kelihatan letih dan bibir menjadi biru (sianosis). Satu peratus daripada kes-kes bronkiolitis akut memerlukan rawatan ventilasi di unit rawatan rapi.
S5 : Apakah diagnosis perbezaan?
(a) Asma
- Biasanya pesakit ada sejarah serangan lelah atau wheeze yang berulang
- Dalam auskultasi bunyi wheeze lebih dari "crackles"
(b) Pneumonia (radang paru-paru)
- Pesakit pneumonia biasanya ada suhu demam yang lebih tinggi daripada 38C
- Kebanyakannya tiada bunyi wheeze atau hiperinflasi paru-paru
- Dalam auskultasi "crepitations" lebih didengar dan kadang-kala "crepitations" ini adalah fokal, iaitu didengar pada satu bahagian paru-paru sahaja
(c) Kegagalan jantung
- Bunyi "murmur" jantung mungkin didengar dalam auskultasi
- Hati dapat dirasa oleh sebab hati sebenarnya membesar dan bukan ditekan ke bawah
S6 : Apakah ciri-ciri x-ray dalam penyakit ini?
(a) Hiperinflasi paru-paru (paru-paru menekan diafragma lebih rendah daripada biasa)
(b) Atelektasis paru-paru
(c) Tisu-tisu peribronkial menjadi tebal
(d) Kadang-kala terdapat tompok-tompok konsolidasi
S7 : Apakah lain-lain ujian yang harus dibuat?
(a) Serologi untuk virus-virus RSV, adenovirus, parainfluenza, influenza dan rhinovirus
(b) Full blood picture/count: Bilangan leukosit dan limfosit boleh menunjukkan infeksi dengan virus
(c) Arterial blood gas jika keadan pesakit tenat
(d) Kultur dan sensitviti darah (Blood culture and sensitivity) jika disyaki pesakit ada pneumonia dan antibiotik akan dimulakan.
S8 : Bagaimana merawat bronkiolitis akut?
(a) Penjagaan kejururawatan yang baik ialah aspek yang penting sekali
(b) Elakkan gangguan pada pesakit kecuali prosedur yang penting
(c) Terapi oksigen jika pernafasan sangat susah atau pesakit nampak letih atau bibirnya biru. Oksigen mesti dilembapkan dengan alat pelembap dan boleh diberi melalui kotak kepala (headbox) atau prong hidung (nasal hidung)
(d) Jika pesakit tidak boleh atau tidak mahu menyusu, drip intravena diperlukan
(e) Antibiotik mungkin dimulakan jika tanda-tanda yang pesakit ada pneumonia dan bronkiolitis akut pada masa yang sama
(f) Jika terdapat banyak bunyi wheeze, ubat "bronchodilator" seperti salbutamol (ventolin) atau ipratropium (atrovent) boleh diberi dengan menggunakan nebuliser
(g) Jika terdapat pulse oximeter dalam wad, alat ini boleh digunakan untuk monitor keadaan pesakit dan berapa banyak oksigen diperlukan.
(h) Rawatan ventilasi di unit rawatan rapi diperlukan jika pesakit mengalami kegagalan respiratori
S9 : Apakah prognosis bronkiolitis akut?
Kebanyakan pesakit bronkiolitis akut sembuh tanpa masalah. Sebilangan kecil pesakit iaitu 1% memerlukan rawatan ventilasi.
Adalah dijangka 40-50% pesakit bronkiolitis akut mendapat serangan wheeze yang berulang pada masa depan mereka seakan-akan penyakit asma.
Rujukan
1. The Diagnosis and Management of Paediatric Respiratory Disease. Robert Dinwiddie. Churchill Livingstone 1990
2. Respiratory Illness in Children. Olinsky, Phelan, Landau. Churchill Livingstone
DR. DENG CHENG TEIK - Persatuan Paediatric Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
dan ini juga.
S1 : Apakah asma (lelah)?
Asma atau lelah adalah sejenis penyakit pernafasan. Ia berpunca daripada kesempitan saluran pernafasan (bronkus dan bronkiol) yang berada di dalam paru-paru. Ini disebabkan oleh pengecutan otot-otot licin bronkiol, pembengkakan (radangan) mukosa dan pengeluaran kahak kental yang berlebihan dan mengakibatkan pesakit menunjukan tanda-tanda dan gejala asma.
S2 : Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala asma?
Semasa serangan asma seseorang pesakit kelihatan sesak nafas, kadar pernafasan tinggi dan mungkin diiringi "wheezing" dan batuk-batuk. Kadang-kadang pesakit demam dengan suhu badan 37-38 C. Selalunya serangan disebabkan oleh selsema dan pesakit tidak menyusu atau minum dengan sempurna.
Sekiranya serangan tidak dirawati, tanda-tanda asma akan menjadi lebih teruk. Pesakit kelihatan letih, menunjukan kebiruan bibir (sianosis), tidak berdaya bercakap atau menangis. Dadanya nampak seperti ditarik kedalam semasa bernafas ("recession").
S3 : Apakah factor-faktor yang menyebabkan asma?
Faktor-faktor yang menyebabkan asma boleh dibahagikan kepada faktor alahan (alergi) dan jangkitan virus. Diantara alahan yang penting ialah bulu binatang peliharaan seperti kucing dan anjing, habuk rokok dan kutu tilam/permaidani/selimut ("house dust mite"). Jangkitan virus seperti selsema seing mengakibatkan serangan asma dikalangan kanak-kanak.
S4 : Siapakah di antara pesakit asma yang harus dimasukkan ke hospital?
Pesakit-pesakit yang ada tanda-tanda gejala didalam lingkungan "moderate" atau "severe" harus dimasukkan ke hospital. Seorang pesakit yang keadaannya bertambah teruk dibandingkan dengan 12 jam sebelumnya ataupun yang pernah mengalami satu serangan yang teruk juga harus dimasukkan ke hospital. Asma adalah sejenis penyakit di mana keadaan pesakit boleh merosot dengan cepat dan lebih elok jika pesakit dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian daripada membiarkannya menjadi teruk di rumah.
S5 : Apakah rawatan untuk asma?
Rawatan yang dipilih oleh doctor tertakluk kepada keadaan dan umur seseorang pesakit. Ibubapa pesakit dinasihatkan menjauhi anak mereka daripada bahan-bahan alahan. Ubat yang baik sekali ialah ubat yang boleh disedut. Kanak-kanak yang muda tidak pandai menyedut dan mereka perlu menggunakan "spacer" atau "nebuliser" ataupun diberi ubat makan. Kanak-kanak yang lebih tua boleh gunakan "rotahaler", "diskhaler" dan "spinhaler". Mereka yang cekap boleh menggunakan inhaler secara langsung.
Garis Panduan Asma Persatuan Pediatrik Malaysia 1993
Rawatan asma berterusan
Langkah 1 : B2-agonist bila perlu sahaja (seperti salbutamol)
Langkah 2 : Tambah sodium cromoglycate *
Langkah 3 : Gantikan sodium cromoglycate dengan ubat steroid yang disedut
Langkah 4 : Tambahkan dos ubat steroid * (seperti beclomethasone)
Langkah 5 : Tambah xanthine atau B2-agonist yang berkesan lama atau ipratropiumbromide.*
Langkah 6 : Tambah ubat steroid yang dimakan selang sehari (seperti prednisolone)
Langkah 2 : boleh juga digunakan ketotifen, xanthine ataupun ubat steroid yang disedut
Langkah 4 & 5: langkah ini boleh ditukar satu sama lain
S6 : Bagaimanakah ubat-ubat asma berfungsi?
Ubat-ubat asma mengembangkan saluran pernafasan dengan beberapa cara.
1. Salbutamol (Ventolin) bertindak ke atas otot licin bronkial supaya ketegangannya surut dan bronkial tidak kejang.
2. Ipratropium bromide (Atrovent) bertindak ke atas bronkial melalui sistem parasimpatetik dan ini akan menyebabkan kurangnya ketegangan saluran pernafasan.
3. Aminophylline bertindak seperti di atas tetapi ia mempunyai kesan sampingan seperti muntah-muntah dan mempercepatkan kadar nadi. Ia digunakan untuk serangan tenat.
4. Steroid seperti hydrocortisone dan prednisolone mengurangkan radangan dan kebengkakan saluran pernafasan dan kahak. Dos yang selalu digunakan untuk asma adalah tidak merbahaya.
5. Sodium cromoglycate (Intal) bertindak sebagai "mast cell stabilizer". Ia menghalang sel daripada mengeluarkan bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kesempitan bronkiol.
S7 : Apakah penyelidikan yang perlu untuk pesakit asma?
Ramai pesakit tidak memerlukan penyelidikan langsung. Sekiranya pesakit itu kena serangan teruk x-ray paru-paru dan "arterial blood gas" dibuat.
S8 : Apakah tugas seorang jururawat apabila menjaga pesakit asma?
Pemerhatian keadaan keseluruhan pesakit itu mustahak termasuk hidrasi, warna dan tahap mental. Adakah kadar pernafasan dan kadar nadi berpatutan? Adakah pesakit semakin pulih atau tidak? Jika tidak, doctor harus diberitahu.
S9 : Apakah keterangan yang boleh diberi oleh seorang jururawat kepada ibubapa pesakit?
Terangkan kepada ibubapa berkenaan asma (S1). Ceritakan seberapa yang boleh tentang keadaan pesakit dan cara yang digunakan untuk mengubatinya. Ibubapa harus bertenang supaya pesakit tidak takut kerana ini boleh menjadikan keadaannya bertambah buruk. Selalunya doctor akan memberi keterangan yang lebih lanjut.
S10 : Apakah peranan klinik pesakit luar?
Semua pesakit yang dimasukkan ke hospital harus datang semula ke klinik pesakit luar. Ibubapa boleh tanya tentang asma dan masa depan anak mereka. Kebanyakan pesakit akan kena serangan berulang kali. Ibubapa mesti diberitahu tentang tanda-tanda asma yang harus diambil berat seperti "wheeze", batuk disebelah malam dan selepas senaman. Kesemua tanda-tanda ini adalah tanda asma.
Ramai ibubapa akan tanya tentang makanan. Selalunya semua lauk boleh di makan kecuali makanan yang selalu membawa serangan kepada seseorang pesakit. Makanan ini mungkin berlainan diantara seseorang.
Kadang-kadang ibubapa tidak faham tentang bagaimana dan bila ubat mesti diberi dan ini harus diterangkan berulangkali.
Masalah alahan sungguh mustahak. Ibubapa yang merokok harus berhenti ataupun hisap jauh daripada halaman rumah. Selimut, kain tilam dan bantal patut dibersihkan selalu. Pesakit mesti menjauhkan dirinya daripada binatang dan habuk ubat nyamuk.
Ubat asma harus disambung selagi pesakit masih ada tanda-tanda asma. Ini lebih mustahak sekiranya serangan asma yang terdahulunya didalam kategori teruk. Cara pengubatan akan berbeza mengikut doctor. Namun begitu ibubapa harus mengikut satu cara sahaja dan tidak bertukar-tukar ubat. Ubat-ubat asma adalah selamat jika digunakan mengikut arahan doctor.
Kesemua keterangan di atas harus diberi kepada pesakit asma. Ini akan membaiki pengawalan serangan dan meninggikan mutu kehidupan seseorang pesakit.
RAWATAN ASMA UNTUK PESAKIT DI DALAM KEADAAN SERIUS
1 : "Bronchodilator" diberi melalui nebuliser
2 : Oksigen diberi melalui "face mask"
3 : Akses intravena diperolehi
4 : Suntikan hydrocortisone dimulakan
5 : Infusi Aminophyline dimulakan dengan perlahan
6 : + / - antibiotik untuk jangkitan kuman
DR. J de BRUYNE
DR. IEAN HAMZAH-SENDUT
- Persatuan Paediatric Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi Bee pulak, doc suggest bg SevenSea nyer Multivitamin. Pastu bg minum air kosong byk byk ( doc suggest Distilled water) supaya boleh flush out benda benda yg tak sepatutnya,Sbb Bee tempat tinggal Bee ni byk Kilang.
Pastu Bee tak bg anak mkn gula gula/ biskut, air minuman kotak atau bergas,tp sekali sekala ada gak lah. Sbb benda yg manis mudah menghasilkan kahak. Bee bg je roti , cornflakes/cereal yg tak manis, bubur. Oh ye, anak Bee ni mkn byk Broccoli.
Sekarang mmg dah boleh nampak hasil, jarang jarang sakit. Kalau ada pun, tak lah berpanjangan. |
|
|
|
|
|
|
|
anak honey baghu kuar wad.kena pneumonia...byk tul germs musim skang ek..sb ramai yg senasib dgn dia kat wad...4-5hari dia kat wad..sampai dia pun naik boring...yg honey perasan dia kena tuh...dia batuk...but simptom selsema tak ketara sgt..dmm dia mak aih..hangatnyer..1st day dlm wad demam ketar n semput,sampai honey pun terkejut..sib baik nurse relaks..kasik sedut gas..kasik ubat demam...tak lena tido mlm tuh..adeh...
tp betul le..honey termiss beb hari scotts tuh..terus dia dpt...nampaknyer kena rajin kasik hari2 le... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 14-10-2005 08:51 AM
anak honey baghu kuar wad.kena pneumonia...byk tul germs musim skang ek..sb ramai yg senasib dgn dia kat wad...4-5hari dia kat wad..sampai dia pun naik boring...yg honey perasan dia kena tuh...dia ...
kesiankan tengok budak-budak kecik sakit. anak mag dah ok dah takde lagi demam dan selsema. |
|
|
|
|
|
|
|
Try vitamin dari Lifecode
Cholostrum Chewable
zati makan tue alhamdulillah
jarang kene selsema ngan batuk |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba bagi madu sawda... ader anak budak opis kena asthma sejak makan madu sawda dah okasthmanya...baby owen lak batuk kat sebulan dah jumpa Paed siap kena neubeliser ngan physio lagi ubat dah berbotol abis tak baik gak.malam2 batuk cam nak kuar anak tekak...lastnya owen tawakal je bagi minum madu sawda ni..Alhamdullillah dalam masa seminggu dia dah ok.. malam dah tidur lena...so sekarang terus je bagi e/day ..masuk dalam air suam... madu sawda ni madu + ngan habbatus sawda (jintan hitam) |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah, si kakak dan si adik dah hampir 7 bulan tak kena demam/selsema/batuk... even lepas suntikan imunisasi atau pun org2 disekeliling dia batuk/selsema... kira tak mudah berjangkit laa...... i bagi diorang colustrum from LIFECODE untuk meningkatkan sist. imun badan yang ada perisa chocolate/berry/orange... semuanya my kids suke... and satu lagi i bagi scott emulsion... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by owencute at 14-10-2005 04:55 PM
Cuba bagi madu sawda... ader anak budak opis kena asthma sejak makan madu sawda dah okasthmanya...baby owen lak batuk kat sebulan dah jumpa Paed siap kena neubeliser ngan physio lagi ubat dah berbo ...
owen..leh tau aper brandnyer?teringin nak cuba madu lak ler...nih nak abiskan ubat2 dia dulu....owen..baby ada buat physio yg tepuk dada n blakang n sedut wap panas tuh tak?honey br tau,rupernyer kalo ksik wap tuh,kahak cair,so kena kuarkan kahak tuh..tak kira ler..batuk ke..ikut idung ker...ms kat wad selamber jek dia wat ngan akak physio tuh..biler honey buat kat umah..menjerit2 lak dia...adeh..anakku... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takat physio wap panas tu ok lagi ni dah kena sedut masuk tiub halus kat hidung ngan mulut.. owen tak tengok tak sampai hati husband yg bawak 4 hari kena suction..pastu bagi ubat dah berbotol abis tak baik gak bila pegi balik kena neubeliser ngan suction lagi tapi esoknya kitorang tak datang sebab hubby tak sanggup tengok anak kalau takat neubeliser tu leh tahan lagi... so terpaksa cari ikhtiar lain.. madu tu brand MASAD.. memang pekat sangat sebab campur ngan habbatus sawda.. harge 49++ tapi owen dapat 45 sebab minta tolong kawan belikan.. try la honey..tapi bagi masa seminggu tuk tengok perubahan... anak honey admit kat maner..sebab..tak pernah plak dengar physio wap panas ni kat SMC tu memanjang jer lah nak sedut..
[ Last edited by owencute at 19-10-2005 07:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ic...mana nak dpt madu tuh?honey pun amal mkn sawda biasa..Alhamdulillah...org lain dlm umah tuh seme batuk selsema tp honey maintain lagik.kira mujarab gak le..kira kalo ada madu n sawda skali lagik power le kan..senang skit nak kasik.ari tuh anak admit sjmc..memula nebulize jek..then dr suh physio tuh..but not sure ah..panas ke sejuk..tau2 berasap jek..hehe..penah skali ms dia 4-5bulan kena suction...depan mater..rs nak sekeh jek paler HA tuh...honey luper terbaca kat mana ntah..kalo bdk kena pneumonia mmg kena tepuk2 gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tepuk tu bukan tuk pneumonia jer dah lupa lah kenapa dlm babycentre ader baca ari tu..tak tahulah honey nak dapat kat mana..sebab owen opismate yg suggest..dier beli ngan kawan dier..aah memang senang nak bagi..darwisy tiap2 pagi owen bagi masuk dalam air suam.suku sudu jer dah cukup...owen ader no. tepon kakak yg jual tu..try la call kalau2 dier ader agen kat area serdang ..no. tepon 019-3306943 (ma****a) |
|
|
|
|
|
|
|
Rawatan asma berterusan
Langkah 1 : B2-agonist bila perlu sahaja (seperti salbutamol)
Langkah 2 : Tambah sodium cromoglycate *
Langkah 3 : Gantikan sodium cromoglycate dengan ubat steroid yang disedut
Langkah 4 : Tambahkan dos ubat steroid * (seperti beclomethasone)
Langkah 5 : Tambah xanthine atau B2-agonist yang berkesan lama atau ipratropiumbromide.*
Langkah 6 : Tambah ubat steroid yang dimakan selang sehari (seperti prednisolone)
Langkah 2 : boleh juga digunakan ketotifen, xanthine ataupun ubat steroid yang disedut
Langkah 4 & 5: langkah ini boleh ditukar satu sama lain
...............
nak tanya ler...especially kak blackmore n sesaper yg tahu...biler biasanyer dr start treatment ngan preventers?sb ari tuh cousin honey tanya,anak honey lom start ngan inflammide ker?dia pun nurse n anak dia pun ada episode asthma gak..dia ckp kalo tak start awal nanti kena pakai ubat yg lagik kuat..betul ker? |
|
|
|
|
|
|
| |
|