CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22722|Reply: 9

Beberapa kemusykilan dlm pengurusan jenazah

[Copy link]
Post time 8-10-2005 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum
Saya ada beberapa soalan/kemusykilan yg berkaitan dgn pengurusan jenazah. Di harap kawan2 di sini dpt membantu terutama ustaz2 / ustazah2 yg ramai di sini. Dan amat berharap sekali jika disediakan dgn dalil hadis/Al-Quran dsb.
1.Bagaimanakah kedudukan/posisi yg terbaik utk kita letakkan jenazah iaitu sebelum ia dikebumikan? Maksud saya ketika di dlm rumah, sementara menunggu selesai saudara-mara menziarahi dan memberi penghormatan buat kali terakhir. Dan bagaimana pula ketika jenazah hendak dikapankan/dimandikan? Ada yg mengatakan tidak elok kita meletakkan kakinya ke arah kiblat. Sebaliknya ada yg mengatakan perlu diletakkan ke arah kiblat krn dada mestilah menghadap kiblat memandangkan jenazah dlm keadaan menelentang. Hujahnya sekiranya kita meletakkan kepala jenazah ke arah kiblat, seolah2 kita tlh membelakangkan kiblat.
2. Bagaimana posisi jenazah sewaktu hendak disembahyangkan?
3. Adakah wanita dibenarkan sembahyang jenazah bersama2 (berjemaah) sekali dgn lelaki? Jika boleh, bagaimanakah cara kedudukan/posisinya?
4.Apakah wanita dibenarkan mengiringi jenazah hingga ke kuburan dan turut serta menimbuskan tanah (misalnya mengambil beberapa butir tanah atau batu2 kecil dan mencampakkannya ke dlm liang lahad)?
5. Adakah benar ketika memandikan jenazah kita dilarang mengalirkan air mata sama sekali krn dikhuatiri terkena jenazah?
6.Apakah Islam memang menggalakkan kita mengadakan kenduri arwah sebaik2 sahaja berlakunya kematian yg biasa diamalkan di Malaysia ini? Biasanya pihak keluarga simati akan mengadakan majlis tahlil di sebelah mlmnya. Dan ada yg mengadakan kenduri tersebut selama 3 hari berturut2. Kemudian pd hari ke 100, sekali lagi kenduri aruah diadakan. Apakah ini merupakan satu sunnah atau bidaah, atau pun hukumnya harus?
7.Jika amalan kenduri aruah dibenarkan oleh agama dan ia merupakan suatu tuntutan (digalakkan) di manakah ianya lebih baik dilakukan? Di rumah atau di masjid?
8.Adakah benar jika seseorang meninggal dunia pd hari Jumaat, dan dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat akan mendapat kelebihan terlepas dr pertanyaan munkar dan nakir/ terlepas dr siksa kubur
9.Adakah benar, sesiapa yg meninggal dunia dlm bulan ramadhan akan terlepas seksa kubur di sepanjang bulan tersebut atau adakah ia dgn RahmatNya terus dimasukkan ke dlm syurga?

Terima Kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2005 11:05 AM | Show all posts
1.Bagaimanakah kedudukan/posisi yg terbaik utk kita letakkan jenazah iaitu sebelum ia dikebumikan? Maksud saya ketika di dlm rumah, sementara menunggu selesai saudara-mara menziarahi dan memberi penghormatan buat kali terakhir. Dan bagaimana pula ketika jenazah hendak dikapankan/dimandikan? Ada yg mengatakan tidak elok kita meletakkan kakinya ke arah kiblat. Sebaliknya ada yg mengatakan perlu diletakkan ke arah kiblat krn dada mestilah menghadap kiblat memandangkan jenazah dlm keadaan menelentang. Hujahnya sekiranya kita meletakkan kepala jenazah ke arah kiblat, seolah2 kita tlh membelakangkan kiblat.

J :  Tak kisah arah mana pun.
2. Bagaimana posisi jenazah sewaktu hendak disembahyangkan?

J : Tak kisah macam mana pun .itu semuanya sunat...yg wajib jenazah hendaklah berada dihadapan .

3. Adakah wanita dibenarkan sembahyang jenazah bersama2 (berjemaah) sekali dgn lelaki? Jika boleh, bagaimanakah cara kedudukan/posisinya?

J : Boleh..dibelakang lelaki

4.Apakah wanita dibenarkan mengiringi jenazah hingga ke kuburan dan turut serta menimbuskan tanah (misalnya mengambil beberapa butir tanah atau batu2 kecil dan mencampakkannya ke dlm liang lahad)?

J: Makhruh...jika tidak dapat dipelihara spt bercampur lelaki dan perempuan,terbuka aurat dan sebaginya..iaiatu Haram.

5.Adakah benar ketika memandikan jenazah kita dilarang mengalirkan air mata sama sekali krn dikhuatiri terkena jenazah?

J :Tidak benar

6.Apakah Islam memang menggalakkan kita mengadakan kenduri arwah sebaik2 sahaja berlakunya kematian yg biasa diamalkan di Malaysia ini? Biasanya pihak keluarga simati akan mengadakan majlis tahlil di sebelah mlmnya. Dan ada yg mengadakan kenduri tersebut selama 3 hari berturut2. Kemudian pd hari ke 100, sekali lagi kenduri aruah diadakan. Apakah ini merupakan satu sunnah atau bidaah, atau pun hukumnya harus?

J: Harus...
7.Jika amalan kenduri aruah dibenarkan oleh agama dan ia merupakan suatu tuntutan (digalakkan) di manakah ianya lebih baik dilakukan? Di rumah atau di masjid?

J: Harus dimasjid..

8.Adakah benar jika seseorang meninggal dunia pd hari Jumaat, dan dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat akan mendapat kelebihan terlepas dr pertanyaan munkar dan nakir/ terlepas dr siksa kubur

J: Benar9.Adakah benar, sesiapa yg meninggal dunia dlm bulan ramadhan akan terlepas seksa kubur di sepanjang bulan tersebut atau adakah ia dgn RahmatNya terus dimasukkan ke dlm syurga?

J: Benar..

Wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2005 11:16 AM | Show all posts
Assalamualaikum. Terima Kasih krn sudi menjawab. Kalau boleh, tolong berikan sumber yg sahih terutamanya bg solan 8 dan 9.

9.Adakah benar, sesiapa yg meninggal dunia dlm bulan ramadhan akan terlepas seksa kubur di sepanjang bulan tersebut atau adakah ia dgn RahmatNya terus dimasukkan ke dlm syurga?

J: Benar..

Nak tanya skit. Benar bg yg mana satu? terlepas seksa kubur di sepanjang bulan ramadhan ATAU terus dimasukkan ke dlm syurga?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 01:37 PM | Show all posts
8.Adakah benar jika seseorang meninggal dunia pd hari Jumaat, dan dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat akan mendapat kelebihan terlepas dr pertanyaan munkar dan nakir/ terlepas dr siksa kubur



عن ابن عمرو رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : ما من مسلم يموت يوم الجمعة أو ليلة الجمعة، إلا وقاه الله تعالى فتنة القبر
رواه أحمد والترمذي وصححه الألباني


Dari Ibnu Amru r.anhuma berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada seorang muslim pun yg meninggal hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Ta'ala melindunginya dari fitnah kubur.
- hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam al-Tirmizi, dan ditashihkan oleh Syeikh al-Albani rahimahumullah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2005 03:15 PM | Show all posts
Assalamualaikum.
.... Tiada seorang muslim pun yg meninggal hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Ta'ala melindunginya dari fitnah kubur

Ustaz, hadith berkenaan menyatakan meninggal pd mlm Jumaat atau hari Jumaat. Maknanya tak kiralah samada jenazah dikebumikan samada sebelum / selepas sembahyang Jumaat, maka kelebihannya tetap sama?

Ok. Merujuk kpd soalan saya no 6, terbaca hujah berikut di satu forum:

Al-Quran: Maksudnya:
"Dan bahawasanya tiada bagi manusia itu melainkan apa yang telah ia usahakan ." Surah al-Najm, 53:39


Berdasarkan ayat ini, al-Imam al-Shafi'iy rahimahulLah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2005 11:19 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by HOTlips at 12-10-2005 03:15 PM
Assalamualaikum.

Saudara/i UFWL mengatakannya harus. Boleh tak berikan sumber dan hujahnya?

Saya tidak mempertikaikan amalan tersebut tetapi keliru dan benar2 ingin tahu kedudukan amalan tersebut dlm Islam.
Berdasarkan hadith berikut: Maksudnya:
1. “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

2.  “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dlm satu hadith diriwayatkan bahawa nabi s.a.w. melatakkan sepelepah daun tamar diatas satu kubur yg baginda lalui bersama sahabat. Ketika ditanya akan perlakuannya, maka jawab baginda tasbih dari pelepah tamar itu akan membantu meringankan siksaan ahli kubur itu..(lebih kurang maksudnya) Jadi jika tasbih dari pelepah tamar pun menafaaat kpd simati..apatah lagi doa org yg hidup.

Jika anak yg salih yg berbuat tahlil maka sabitlah hadis yg disebutkan..

Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2007 09:35 PM | Show all posts

Reply #6 UFWL's post

sebenarnya doa kepadsa simati memang tidak ada khilaf  tentang sampainya dan beri manafaat kepada simati. Yang khilafnya bertahlil dan baca al quran , ada ulama yang kata tidak sampai terutamanya Imam Shafi`e sendiri dan inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Shafi`e, manakala pendapat yang tidak masyhur dalam mazhab Shafi`e ialah pahalanya sampai. Imam Nawawi bersetuju dengan pendapat ini sebagaimana disebutnya dalam kitab Al Azkar.

Ada pun menjamu makan orang di malam kematian selepas mayat dikebumikan ramai ulama yang mencegahnya, ada yang kata haram dan ada yang kata makruh mendekati kepada haram . Untuk lebih lanjut sila lihat kitab-kitab berikut:

Al Umm, Mughnil Muhtaj, An Nihayah karangan Sheikh Shihabur Ramli , Fathul Wahhab oleh Sheikh Zakaria Al Ansari, Bijairimi `alal Khatib , Fathul Mu`in , Nihayatuz zain dan lain-lain lagi. Manakala kitab jawi pula sila lihat :

Sabilul Muhtadin dan kitab Fiqh karangan Sheikh Daud AL Fatani.

Wallaahu`aa`lam,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 01:13 PM | Show all posts
aku dah buka topik ni..taktau plak ada sini..sorry mod..terlepas jari nak gi belakang2 thread ni..
1. Aku terlalu ingin nak mengetahui..bolehkah kita mewasiatkan kain kapan tuk diri kita sendiri?
2. Penah juga terbaca yg suami wajib untuk menggunakan hartanya utk mengurus jenazah isterinya yg telah meninggal dunia biarpun isterinya itu seorang yg kaya raya.
3. Soalan yg tak masuk2 kat thread ni..;)..Sunat ke utk berdiri diperkuburan semasa menghantar jenazah sehingga jenazah masuk ke liang lahad?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 10:49 AM | Show all posts
Saudara Hanafie, saya tertarik dgn soalan yg ke dua tu.. Boleh bagi maklumat lanjut tak... buku apa ? dsb... sbb yang menjadi kebiasaannya ialah gunakan harta si mati... kalau tak ada baru drp suami @ ahli keluarga sbb sblm harta pusaka diagihkan kpd ahli waris yg berhak mestilah diutamakan dulu hal pengurusan jenazah, hutang piutang si mati, nazar, gadaian dan wasiat... kalau dah clear baru agihkan kpd ahli waris yg selebihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 08:15 PM | Show all posts

Reply #9 bayi's post

insyaallah minggu depan aku cari buku tu..coz aku penah terbaca kat rumah parents aku..kira minggu depan baru aku ni berbuka kat rumah  pak aku. dh dpt nanti aku pm k.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.245304 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list