|
mendap ke apa page nih?
:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Hubungan artis, wartawan kena profesional
Keakraban yang keterlaluan akhirnya pasti cetus masalah apabila masing-masing saling menyalahi terutama apabila rahsia didedah media
ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya tertarik mengupas perhubungan antara pihak media atau wartawan dengan artis. Seingat saya, saya pernah menulis isu sama sebelum ini. Kali ini bukan recycle atau ulangan, tapi saya melihat ke arah keakraban yang semakin dingin antara orang seni dan wartawan. Bagi saya, dulu antara mereka sering menghormati, tapi hari ini sudah renggang, sebaliknya menghala ke arah lain.
Mungkin disebabkan darah muda.
Apabila kita melihat artis seperti Rosyam Nor dan Maya Karin yang begitu peka dan profesional dalam konteks artis dan wartawan, saya mewakili orang seni seharusnya memahami kerjaya seorang wartawan.
Kita sebagai artis jangan sesekali membabitkan soal peribadi dengan wartawan.
Contohnya, kita tak perlu 憁emplastikkan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut apa bang ramli cakap,
kolum dia minggu nih, yang last sekali
peh nih dia tak tulis kolum dah |
|
|
|
|
|
|
|
Cara 'wartawan lama' bekerja profesional
ASSALAMUALAIKUM. Ramai beranggapan saya seorang serius, garang dan bengis apabila melihat karektor saya dalam TV mahupun ketika saya berkerja.
Sebenarnya mereka tak faham, bagi saya apabila bekerja no-nonsense!
Namun, apabila tiba masa rehat, makan, bersuka ria dan sebagainya, akan saya lupakan soal kerja. Saya juga tak suka mencampuradukkan hal kerja dengan peribadi. Kalau bekerja, selesaikan satu persatu.
Namun, minggu ini saya ingin bercerita mengenai kenalan saya di kalangan wartawan hiburan dari zaman Bahyah Mahmood, Juwie, Huzz hinggalah ke generasi baru hari ini. Bagi saya, Kak Bahyah seorang yang lemah-lembut dan sungguh feminin. Ada juga wartawan seperti Juwie, pun lembut juga. Juwie juga seorang yang soft spoken. Dari zaman Datuk Ahmad Nawab, saya dan Juwie sama-sama bekerja dalam studio.
Juwie memang terkenal dalam bab fesyen. Kalau saya bertemu dengannya, diamesti tampil dengan cermin matanya yang unik. Seperkara lagi dia suka mengenakan pakaian tebal, seolah-olah negara kita ni ada salji! Hello Juwie... Tapi, semua itu adalah fesyen unik daripada Juwie.
Begitu juga Huzz, dia seorang lemah-lembut budi bahasanya. Saya memang cukup senang dengan telatah Huzz dan Juwie. Tidak lupa Saodah Ismail, seorang yang kecil molek, tapi mulutnya macam bertih goreng! Apabila Saodah bercakap, sungguh comel.
Sehinggalah kepada wartawan generasi hari ini seperti Shaharuddin Mustapha. Dia kalau dengan saya, kalau tak bergaduh, tak sah! Saya dan dirinya ibarat minyak dan air.
Pendapat kami berbeza dan akan bertekak. Kalau saya perempuan, dia perempuan, kami pasti tarik rambut! Itulah Sharuddin. Namun, kami bukannya bermusuh, tapi itulah akrabnya apabila saya berkawan dengannya. Hal sama berlaku ke atas Tengku Khalidah atau Along.
Pun begitu, ada juga segelintir wartawan yang saya seharusnya formal apabila bersama mereka. Seorang lagi wartawan yang rapat dengan saya ialah Maliah Surip. Keakraban kami kadang-kala menimbulkan gosip. Bagi saya, antara saya dan Maliah, kami seperti anak beranak.
Ringkasnya, keakraban wartawan hiburan yang saya nyatakan tadi, sungguh dekat dengan saya.
Maksud keakraban kami, ia sesuatu yang sihat, kita tidak pernah mengambil kesempatan antara satu sama lain. Sikap mereka juga sungguh profesional.
Ada kalanya mereka menghentam saya menerusi tulisan di akhbar dan majalah, tapi saya menjawab kritikan mereka secara profesional juga. Tapi, apabila buka nota wartawan dan pena ditutup, kami mula main tarik-tarik rambut lagi! Dari situ, anda boleh melihat, sungguh terbukanya sikap kami apabila bekerja dan di luar waktu kerja.
Tidak ketinggalan saya ingin bercakap mengenai wartawan majalah hiburan seperti Haniff, Wirda Adnan dan ramai lagi. Mereka juga sungguh sporting. Bagi saya, orang seperti merekalah yang seharusnya memanjangkan riwayat kerja mereka lebih lama lagi dalam dunia hiburan.
Mereka profesional.
Sekiranya artis generasi baru ambil hati dengan mana-mana wartawan tadi, fikirlah dua kali. Mereka amat fasih dalam hal kerja dunia kewartawanan. Jika tidak, mana mungkin berpuluh tahun mereka berkecimpung dalam kerjaya kewartawanan hiburan masing-masing.
Nama seperti Juwie dan Huzz masih aktif dalam kerja mereka sehinggalah hari ini. Mereka ini wartawan hiburan veteran! Wartawan banyak membantu dalam industri hiburan negara. Antara artis dan wartawan, perlu menghormati kerjaya masing-masing.
Dalam pada itu, saya tidak lupa kepada wartawan hiburan dalam kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB). Daripada bos nombor satu mereka, Datuk Syed Faisal Albar, Datuk Hishamuddin Aun, Datuk Manja Ismail sehinggalah kepada editor hiburan dan wartawannya. Editor Bintang Popular sejak zaman Roslen Fadzil sehinggalah hari ini, Akmal Abdullah mereka semua kawan baik saya. Tidak dilupakan Hanizam Abdullah, orang kuat Anugerah Bintang Popular Berita Haria (ABPBH).
Mereka banyak membantu saya dalam hal sebagai kawan. Lebih kepada kawan berbanding kerja. Bagi saya dan mereka, hal-hal kerja mungkin 20 peratus saja, sebaliknya 80 peratus lebih kepada persahabatan akrab disebabkan sikap mempercayai antara satu sama lain. Mereka tahu saya seorang yang profesional dan sebaliknya. Justeru, kami tidak pernah bertelagah mengenai hal-hal kerja, jauh sekali ambil hati.
Bercakap mengenai Hanizam, dia agak serius dalam apa jua perkara yang hendak dilakukannya. Bagi saya, ini adalah satu sikap kesempurnaan, memang bagus, kekalkan begitu.
Tidak saya lupakan kepada teman akrab saya, Zubir Mohd Yunus yang saya marah jika dia buat silap. Tapi, apabila kami bergurau hingga ke tahap maksimum, namun tak pernah ambil hati. Zubir seorang yang sungguh patuh dengan saya. Saya selalu memberikannya nasihat. Antara saya dan Zubir dah macam adik beradik.
Terus-terang saya katakan di sini, kenapa saya boleh berkawan dengan Zubir? Kadang-kadang kami tak buat kerja, kami melepak bersama. Anda mungkin melihat ruangan gosipnya, Zubir Intip sesuatu yang �jahat�, tapi apa yang dilakukannya atas urusan kerja. Dia sekadar menjalankan tanggung jawabnya. Zubir menulis gosip dengan fakta dan bukti. Dia juga tak pernah ambil kesempatan, sebab itulah sampai hari ini kami masih berkawan rapat.
Artis kena lihat fikirlah sendiri, berpuluh tahun wartawan yang saya nyatakan tadi masih berdiri di arus perdana. Kepada artis, faham-fahamlah keadaan kerja mereka.
Sekiranya mereka tidak profesional, maka tidak ada lagi nama mereka di arus perdana hari ini. Setakat ini saja untuk minggu ini, mudah-mudahan kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Quote RMS: Tidak saya lupakan kepada teman akrab saya, Zubir Mohd Yunus yang saya marah jika dia buat silap.Saya selalu memberikannya nasihat. Antara saya dan Zubir dah macam adik beradik.
eeeeiii..tsentuh nyaaa......... jelesss arrr....... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih sokongan pembaca
Bersama Ramli MS
[email protected]
Faizal Tahir dan Maya Karin
Saya minta maaf jika ada pihak tersinggung selama tiga tahun di ruangan Aspirasi
ASSALAMUALAIKUM. Hari ini adalah hari terakhir saya menulis menerusi ruangan Aspirasi Ramli MS selepas genap tiga tahun saya menjadi penulis tamu Bintang Popular, akhbar sisipan Berita Minggu. Tulisan saya yang pertama diterbitkan pada keluaran 19 Jun 2005 dengan judul 'Tidak ada insan seni sehebat Ahmad Nawab'. Ketika itu Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) ialah Datuk Hishamuddin Aun. Kini, beliau memegang jawatan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.
Sehingga hari ini, saya sudah menulis hampir 130 artikel. Terima kasih kepada Pengarang Kumpulan BHSB sekarang, Datuk Manja Ismail kerana terus memberi saya ruang bergelar penulis tamu. Peluang yang saya ini adalah pertama kali saya peroleh selama berkecimpung dalam dunia muzik. Bagi saya, ini satu kepercayaan kepada saya dan amat saya sanjungi.
Bagi tulisan terakhir ini, saya ingin menjelaskan mengenai inti pati Aspirasi Ramli MS. Menerusi ruangan ini, sekiranya anda pernah mengikuti tulisan saya, ada banyak perkara atau isu diperkatakan, termasuklah pengalaman peribadi, bekerja dengan artis, ilmiah mengenai seni, tokoh muzik dan individu yang menjadi rujukan serta insan yang pernah saya nyatakan mengenai pencapaian mereka.
Kenapa antara mereka ada yang dipilih dan sebaliknya? Ada nama mereka saya sebut dalam ruangan ini dan sesetengahnya pula tidak ada. Ada juga gambar mereka menjadi hiasan di ruangan ini dan sebaliknya. Bagi saya, saya melihat pencapaian individu berkenaan dari dulu hingga hari ini masih survive.
Maksud saya, berpuluh tahun karya mereka, baik seorang penyanyi, pencipta lagu atau apa saja yang dilakukannya dalam seni, mereka masih berada dalam arus perdana. Justeru, individu seperti inilah akan menjadi pilihan saya. Setakat pencapaian lima peratus saja, maksudnya hanya popular menerusi satu, dua lagu suatu ketika dulu, hari ini sudah tidak aktif, saya tidak akan menyebut nama mereka dalam ruangan saya.
Aspirasi saya bertujuan untuk mengangkat individu yang masih 慴ernafas |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tinggal bung ramli... suka baca idea2mu yang bernas
selamat berkarya buat Faizal Tahir & Maya Karin..... moga2 kuarkan idea2 yg bernas spt bung ramli |
|
|
|
|
|
|
| |
|