|
Tuan-tuan,
Tahukah anda apa itu malam al-Qadar? Surah al-Qadar telah menceritakannya, demikian juga surah ad-Dukhan mula ayat 1 sehingga 10 kalau tak silap.
Dan mungkinkah malam al-Qadar boleh berlaku selain dari bulan Ramadhan, bahkan mungkin juga tiap-tiap malam? |
|
|
|
|
|
|
|
Ad-Dukhaan(1-10):
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Haa, Miim.
[2] Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
[3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat;Kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.
[4] Pada malam yang berkat itu, dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.
[5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
[6] Rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[7] Tuhan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin.
[8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
[9] Bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.
[10] Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata.
Sebagai melengkapkan post #41
Saya rasa(perbetulkanlah kalau saya silap) ayat yang kesepuluh itu tidak berkaitan denga sembilan ayat yang terdahulu tetapi berkaitan dengan ayat yang selepas itu pada pandangan kasar saya.........
[ Last edited by ayyohpeen at 5-11-2006 12:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Overse7en at 4-11-2006 04:36 PM
Tuan-tuan,
Tahukah anda apa itu malam al-Qadar? Surah al-Qadar telah menceritakannya, demikian juga surah ad-Dukhan mula ayat 1 sehingga 10 kalau tak silap.
Dan mungkinkah malam al-Qadar bol ...
Salam utnuk Overse7en dan semua.........................
Bagaimanakah kemungkinan itu pada pandangan saudara, mungkin kita boleh berkongsi sesuatu dalam mencari keredhoanNya........... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu la samada aku dah bertemu dengan Malam Lailatul Qadar..Tapi masa aku kecik2 dulu,lepas terawih,aku dengan kawan2 aku suka main mercun kat padang sebelah Surau..Nak dijadikan cerita malam tu hujan lebat kami berteduh kat surau tu..rasanya dalam pukul2 am.Masa tu angin kuat..pokok besar(sukun) kat dalam kawasan surau tu mcm nak tumbang..Orang kata malam tersebut semua pokok akan tunduk sujud ke bumi..Tak tahu peristiwa itu hanya kebetulan ataupun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 5-11-2006 12:11 AM
Salam utnuk Overse7en dan semua.........................
Bagaimanakah kemungkinan itu pada pandangan saudara, mungkin kita boleh berkongsi sesuatu dalam mencari keredhoanNya...........
Salam Sejahtera ayyohpeen, semua.
Fokus dari ayat2 berkaitan Lailatul-Qadar adalah berkisar kepada penurunan ayat2 al Qur'an kepada manusia sejagat. Perbandingan malam tersebut dgn 1000 bulan, bagi saya adalah menggambarkan perihal kehidupan manusia bila dibandingkan dengan kehidupan tanpa panduan dari Tuhan.
Rata2 manusia hidup selama 83 tahun (1000 bulan/12).
Salam sejahtera. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam jua kepada ayohpeen dan semua.
Iya, betul tu ayohpeen. Saya terlajak 1 ayat. Cuma ayat 1-9 sahaja sebagai rujukan tentang malam alQadar.
Saya ingin mengajak sahabat2 untuk merenung apa yang sebenarnya di bawa turun oleh malaikat pada malam Al Qadar, bukan peristiwa pokok sujud, air jadi beku, dan berbagai2 lagi perkara pelik. Itu cuma 'gula-gula' untuk budak2 kata orang.
Dan dah jelas diterangkan dalam ayat 4 surah alQadar serta ayat 4 dan 5 surah adDukhan. Dan perkara ini boleh berlaku bila-bila masa tidak semestinya dalam bulan Ramadhan sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by M5 at 6-11-2006 03:33 AM
Salam Sejahtera ayyohpeen, semua.
Fokus dari ayat2 berkaitan Lailatul-Qadar adalah berkisar kepada penurunan ayat2 al Qur'an kepada manusia sejagat. Perbandingan malam tersebut dgn 1000 bul ...
Salam M5 dan semua................
Bagaimana pula lazimnya orang berpandangan bahawa rata-rata umat Muhammad meninggal pada umo Baginda, iaitu antara 63 hingga 65, kecualilah mat pet, mat rempit, pengidap aids yang akut dll.
Ayahnda saya meninggal pada umo 63, bapa saudara saya pada umo 61, namun bapa dausara yang tua dah 72 masih boleh berbasikal, yang adik sikit 67, dah kene bertongkat, jalan terherot-herot...... Bila teringat free-will, walaupun tak absolute tetapi contoh tauladan ada...... ayah saya cukup package(3 bersaudara dan asthma sebagai tambahan) adik dia rosak buah pinggang yang akut. Oh ya Bapa saudara saya yang bongsu lagi awal, hanya umo 48 cam tu aje........sakit barah angin, mungkin cara hidup masing-masing memberi kesan juga?(bleh jawab kat topik takdir dan ketentuan, M5)..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 7-11-2006 07:33 PM
Salam M5 dan semua................
Bagaimana pula lazimnya orang berpandangan bahawa rata-rata umat Muhammad meninggal pada umo Baginda, iaitu antara 63 hingga 65, kecualilah mat pet, mat re ...
Salam Sejahtera ayyohpeen, semua.
Bilangan 1000 bulan boleh dilihat sebagai gambaran tentang hayat manusia didunia ini. Tidak pula Tuhan menggunakan bidalan 1000 bulan untuk menentukan umur manusia mesti berakhir bila sampai tempoh ini. Hayat manusia bergantung kepada sejauh mana kita berada didlm ruang lingkup hukum tabiee (Nature's Law) yg ditetapkan (Qadr) oleh Pencipta kita.
Fokus ayat tentang Lailatul Qadr bila diperhatikan adalah berkisar kepada kandungan2 ayat al Qur'an yg diturunkan sebagai panduan kehidupan kita. Kenapa mencari2 bilakah malam Lailatur Qadar, sedangkan ianya adalah kandungan al Qur'an itu sendiri.
Salam Sejahtera. |
|
|
|
|
|
|
|
Mencari Lailatul qadar
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.
Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.
Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud: 揝esiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh |
|
|
|
|
|
|
|
dpt email kata mlm lailatul qadar tahun ni jatuh pd hari sabtu nih mlm 25 ramadhan.. tp x sure kesahihannya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum smua
Moga2 kita terpilih diantara hamba2Nya yg beruntung kerana dipertemukan dgn
MALAM LAILATULQADAR. Insyaallah..
PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. PETUA OLEH IMAM GHAZALI (SEORG INSAN YG DITAKDIRKAN SENANTIASA BERTEMU MLM TERSBT) DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba. Perarakan & penjelajahan para malaikat ini merangkumi semua permukaan bumi pd 1 malam yg dimaksudkan. Beruntunglah bg sesiapa yg sedang khusyuk beribadat bertepatan dgn saat dtgnya Lailatul Qadar trsbt.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
(Disini ingin ditekankan bahawa kiraan kedatangan mlm tersbt adalah mengikut pengalaman ulama'2 besar. Walaubagaimana pun ini bukanlah merupakan hadis dr nabi junjungan. Jadi sudah seharusnyalah kita perlu menghidupkan suasana mlm di bulan ramadhan terutama di 10 mlm terakhir. Sekian.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|