|
Penderitaan dan Kesukaran...mengapa terjadi?
[Copy link]
|
|
Suapaya manusia kembali meminta atau sentiasa memohon dari penciptanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sebab.... Antaranya: 1) Supaya manusia sentiasa ingat akan kebergantungan kepada Allah swt, 2) Untuk meningkatkan darjat manusia di sisi Allah swt, 3) Supaya bersabar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penderitaan dan kesukaran menunjukkan kita semakin dewasa dalam mengejar waktu dan anggaplah ia adalah ujian daripada Tuhan, kadangkala kehidupan berjalan di luar keinginan jangkauan kita, tapi kita harus percaya yang terjadi itu adalah terbaik dan menjadi pengajaran yang terbaik kepada kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
penderitaan kesukaran untuk mengajar menguji ibarat ujian, jika lulus rewardnya kebahagiaan , itu jadi sangat manis sangat bererti |
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar perkongsian........
Diuji dengan hal-hal yang tidak pernah diduga, jiwa boleh jadi sesak! Tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan bahawa kita pernah mengalami hal-hal yang demikian sehingga jiwa sesak.
Saat-saat begitu, manusia cenderung untuk mengasingkan diri. Mengasingkan diri bukan kerana membenci manusia sekeliling, tetapi memberi masa untuk diri sendiri. Biar melayan perasaan dalam-dalam agar bertemu sesuatu yang hilang, mungkin?
Ada waktu-waktu yang kita seakan-akan tahu bahawasanya kita tidak mampu melalui hari-hari yang mendatang dengan jiwa yang sedang sakit seorang diri. Akhirnya, jiwa mencari jejak orang yang kita rasa jiwa kita dekat dengan jiwanya. Kita menceritakan pula kepadanya. Bukan kerana meminta simpati, tapi kerana hati – biar tenang gelodak di jiwa.
Tapi rupanya kita silap.
Dalam buku pertama saya yang bertajuk “Allah Tidak Pernah Jauh”, di dalam buku itu ada sebuah bab yang saya sentuh mengenai mengadu kepada orang lain. Dan sungguh yang sangat-sangat sungguh, mengadu tidak pernah menyelesaikan masalah. Kerana akhirnya, orang hanya akan boleh mendengar dan menadah telinga.
Dan yang penting, semua kegusaran serta masalah yang timbul tidak akan terhapus dan hilang. Kerana akhirnya, yang perlu bergerak dan berusaha adalah diri kita sendiri. Dan sebenar-benar pengaduan hanyalah kepada Allah Ta’ala. Namun, dalam keadaan rasa itu — mungkin saja Allah hadirkan manusia yang ikhlas membantu.
Memberi bahu sama-sama menanggung beban yang menyesakkan jiwa.
Dan tahu tidak apa yang kita belajar waktu itu? Satu hal yang akan kita belajar dan belajar lagi — iaitu pergantungan kepada ALLAh SWT. Kita jadi bertambah yakin dan percaya walau seberat apapun yang tertanggung di jiwa, ALLAh Ta’ala tidak akan meninggalkan kita.
Walau betapa sembabnya sudah mata mengalir tangis kerana terusik dengan ujian dunia, kita tetap yakin yang ALLAh Ta’ala sedang menyaksikan tangisan kita. Dan tangisan itu bukan kerana kita protes terhadap ALLAh Ta’ala. Tapi kerana jiwa ini lembut dengan sentuhan Dia — sensitif dan perlu untuk menangis mereda tangis yang terbuku.
Maka katakan; bukankah itu mengajar sesuatu dalam hidup?
Bukankah itu satu pelajaran yang kita akan rasai berkali-kali?
Sungguhlah
Allah Tidak Pernah Jauh.
Semoga ALLAh merahmati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CikPuanTaurus at 30-8-2017 04:23 PM
Semuanya adalah ujian dariNya..sejauh mana ketabahan seorang hambany dilihat bagaimana cara dia menghadapi ujian..setiap manusia ujianny berbeza beza..pengalaman paling besar aku sendiri apabila diberikan ujian ank sakit..sakit jantung berlubang..hanya tuhan yang tahu perasaan itu..walau berat manapun ujian itu,hadapilah dengan hati terbuka kelak pelangi akan muncul dikemudian..Alhamdulillah dh selamat operate n sihat dh sekarang.. (opssss sory..tercerita pengalaman plk) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penderitaan dan kesukaran ini adakalanya adalah disebabkan pengorbanan. Ada yg sanggup korbankan diri sendiri untuk melihat org lain berjaya.Tak kira la keluarga atau kawan2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penderitaan dan kesukaran ini adalah sebahagiaan dari pengorbanan untuk menuju moment kebahagiaan dan kegembiraan. Lihat saja langit, ada nya hujan,ribut, kilat, petir, kemudian adanya pelangi, langit cerah.. Begitulah kehidupan kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|