CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

POPULAR vs. SCHOLAR?

[Copy link]
 Author| Post time 22-2-2006 08:08 PM | Show all posts
just can't resist posting this...

Mawi raih RM2j dalam 6 bulan
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi membuktikan bahawa industri hiburan negara ini menjanjikan pulangan lumayan apabila berjaya mengumpul pendapatan melebihi RM2 juta dalam tempoh enam bulan bergelar penyanyi.

Sehingga hari ini, Mawi atau Asmawi Ani, 25, secara rasmi menandatangani 10 kontrak sebagai duta produk yang nilainya mencecah hampir RM2 juta.

Menurut sumber, jumlah pendapatan penyanyi berasal dari Felda itu yang tertinggi sebagai duta produk melebihi RM500,000, manakala yang terendah ialah RM150,000.

Selain itu, tiga album solo penyanyi yang lahir dari program realiti televisyen itu turut menyumbang pendapatan lumayan apabila mencatat jualan sebanyak 340,000 unit.

Pada dasarnya Mawi mendapat royalti RM1 bagi setiap album yang terjual. Ini bermakna, beliau mendapat royalti untuk albumnya berjumlah RM340,000.

Tiga album Mawi yang mencatat jualan tertinggi ialah Best Of Mawi sebanyak 170,000 unit, album Karaoke Best Of Mawi terjual 50,000 unit, manakala album terbaru Mawi Yang Tercinta dijual sebanyak 120,000 unit.

Selain itu, sumber itu memberitahu, Mawi juga mendapat bayaran antara RM10,000 dan RM15,000 bagi setiap pertunjukkan pentas dan dalam sebulan, sekurang-kurangnya ada enam hingga lapan pertunjukan.

``Sebagai duta produk, syarikat hanya membayar 25 peratus sebagai pendahuluan dan bakinya akan dibayar secara berperingkat sehingga kontrak tamat,'' kata sumber berkenaan.


WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE, anybody...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2006 08:51 PM | Show all posts

Reply #21 seribulan's post

kes seperti ini kes terpencil.
bukan semua yg menceburi bidang hiburan mendapat nasib sebaik mawi.
jika di barat pun belum tentu berjaya jika benar2 utuh dlm dunia tersebut.
itu semua hanyalah 'kebetulan' utk mawi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Everything is a matter of choice..and it differ from person to person.. bukan semua org bole berjaya if pilih traditional way.. kalau da talent dia more to achieving fame then rezeki dia kat situ la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
2017- popular kot
jualan buku boleh capai keuntungan akibat populariti seseorg eg..actor,actress

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 08:42 AM | Show all posts
Bergantung kpd kemampuan dan kelebihan seseorg tu
Sesetengah org mmg agak kurang dr segi akademik
Maybe lebih menyerlah dlm bidang teknikal/kemahiran
They are street smart.. rezeki dia la
Tak semua yg hebat akademik ni bijak dlm kehidupan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.337575 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list