|
Filem bagaimana yang Dr. suka?
Ada unsur sejarah, ataupun aksi macam filem-filem Jackie Chan. Kartun Mr. Bean pun saya suka. Tak terkecuali Tom and Jerry. Dan saya cukup suka dengan filem-filem komidi P. Ramlee. Tak terkecuali gusti.
Gusti? Kalau gitu Dr. ni ganas juga orangnya.
(Sambil ketawa) Saya pelajar Aikido. Guru saya Sensei Yamada, orang Jepun.
Kenapa tak belajar silat? Kan Dr. bernama Tuah?
Saya tak tertarik dengan silat. Aikido adalah gabungan minda dan fizikal. Pergerakannya lembut tapi power. Senaman pernafasan 3E dalam Formula 3E itu saya bangkitkan melalui seni Jepun inilah.
Apakah Dr. memang bercita-cita menjadi motivator sejak kecil?
Saya hanya bercita-cita nak buat yang terbaik dalam apa juga kegiatan hidup saya. Saya lebih seorang Juruam. Motivator menurut dengan sendirinya.
Juruam itu apa?
Juruam maknanya generalist, a versatile person, orang yang berpengetahuan dalam banyak bidang. Sila semak Kamus Elektronik Besta.
Oh ya, saya fikir Dr. lebih daripada seorang motivator. Motivator hanya tahu cakap. Setakat bercakap apa sangat nak dihairankan, kan?
Waulahu'aklam. No comment.
Jadi, macam mana boleh jadi juruam sekali gus motivator pulak?
Setiap yang berjaya berhak menjadi motivator. Tak ada jawatan motivator dalam sektor kerajaan mahupun swasta, apa lagi juruam. Yang ada kaunselor. Bahkan tak ada pengajian motivasi secara khusus di mana-mana universiti di Malaysia. Ada ke fakulti motivasi? Tak ada kan? Jadi, bidang ini boleh disandang oleh sesiapa saja, asalkan dia terbukti jujur, ikhlas, kuat bekerja, ada formula sendiri, berketrampilan, bijak dan kita boleh lihat hasil kerjanya.
Satu lagi dia mesti seseorang yang boleh dicontohi baik peribadi, baik akhlak. Kalau sekadar pandai bercakap tak boleh jadi motivator. Itu tak cukup kriterianya. Motivator Muslim tulen semestinya juga seorang juruam sebab dia akan menjadi tempat rujuk masyarakat. Jadi kriterianya mesti berpaksi pada 5 kriteria:
1. Dia mesti seorang yang jujur. Setiap tindak-tanduknya diukur pada ciri-ciri seorang Muslim yang baik.
2. Dia mesti seorang yang berwibawa serta memiliki ketrampilan yang tersendiri lagi unik.
3. Dia mesti seorang yang berbakat besar dalam banyak bidang, tidak hanya tertahan pada kebolehan akademik semata-mata.
4. Dia telah menempuh pelbagai rentak hidup; bermula dari bawah dan kini telah menjadi seorang yang terbilang.
5. Dia mempunyai formula atau kaedah motivasinya yang tersendiri.
Siapa-siapa yang ada kriteria ini bolehlah jadi motivator. Kalau tak ada, eloklah tangguh dulu. Dah namanya pun motivator, takkan nak cantas orang lain untuk naik. Awak motivator, awak patut betulkan orang, tapi ni awak yang buat tak betul. Awak dilihat sebagai contoh. Jangan cakap tak serupa bikin. Orang menyampah dan hilang kepercayaan. Tapi tahu tak, inilah yang sedang berlaku sekarang. Macam tak percaya kan? Saya lebih-lebih lagi tak percaya. Sebab saya ingat bidang ni memang bidang yang sangat mulia, hanya orang yang baik-baik saja berada di dalamnya. Rupa-rupanya... emm...
Tahun bila sebenarnya Dr. jadi motivator?
1977. Tapi ketika itu belum ada lagi istilah motivator dalam dunia Melayu. Yang ada juruam tapi kita sendiri tak perasan dengan istilah itu agaknya. Lagipun belum ada orang yang layak digelar juruam. Masa tu saya sekadar bantu kawan-kawan. Beri nasihat dan tunjuk ajar. 1978 saya memimpin Persatuan Pengakap secara suka rela di sekolah-sekolah daerah Muar. Saya juga menubuhkan Persatuan Pengakap di Sekolah Rendah Sri Bukit Pasir, Muar bersama kawan-kawan. Semuanya dilakukan dengan sukarela tanpa sesen pun menerima bayaran. Sekarang salah seorang kawan saya itu menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Johor Bahru. Dia baru saja menerima tanah kurnia dari Kerajaan Negeri Johor di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Tengok, orang jujur sentiasa menang di hujungnya. Sekarang dia masih meneruskan khidmat sukarela ni. Syabas Daud.
Apa minuman yang Dr. paling suka?
Sirap bandung dan air biasa.
Ada tak ambil apa-apa supplement.
Ada. Saya juga ambil minyak kelapa dara dan multivitamin.
Kenapa minyak kelapa dara?
Untuk kekalkan keremajaanlah. Gurau saja tu. Kalau nak tahu khasiat sebenarnya sms pada saya. Guna sistem sms 33221.
Buah-buahan pulak?
Rambutan, durian, manga.
Daging apa yang Dr. paling suka?
Kambing.
Kenapa?
Siapa-siapa mampu makan kambing bermakna kesihatannya maksimum. Kan kita biasa dengar orang kata siapa yang ada penyakit itu ini tak boleh makan kambing.
Siapa nama-nama anak Dr.
Farahadilah Husna, Muhammad Syahmi, Muhammad Nazih dan Muhammad Firas.
Nama isteri.
Zanariah Sheikh Ahmad. Dia ni keturunan Arab Yamen.
Apa cita-cita Dr. dalam waktu terdekat ini?
Kalau boleh sebelum mati, saya nak tulis 100 judul buku. Sekarang dah ada 81 judul. Tak banyak lagi tu. Moga-moga ALLAH panjangkan umur saya.
Dr. buat banyak perkara. Macam mana Dr. bahagikan masa?
Saya tak bahagikan masa tapi masa yang bergerak seiring dengan aktiviti hidup saya. Maknanya saya meniti di atas masa bukan masa yang mencantas leher saya.
Apa falsafah Dr.?
Buat semua perkara dengan suka semua perkara jadi mudah, buat semua perkara dengan menyampah semua perkara jadi susah. Falsafah saya dalam keadilan hanyalah mahkamah akhirat.
Pernahkah Dr. bercinta?
Sudah tentulah, orang hansem macho tentulah pernah bercinta. Gurau je.
Apakah orang yang Dr. cintai itu isteri Dr. sekarang?
Ya. Tapi saya juga ada ramai girlfriend sewaktu remaja. Sila baca novel Tinggal Dulu Isle dan Original.
Apa rasanya setelah berada di puncak?
Di puncakkah saya?
Tentulah Dr. di puncak sekarang. Sekarang ternama dan popular. Dr. idola kepada berjuta-juta orang. Dr. seorang yang sangat berjaya dan sangat disenangi ramai. Dr. juga ikon Melayu pada kesungguhan dan kejayaan hidup.
Ooo, itu silap. Kejayaan tak boleh diukur begitu. Kejayaan sebenar, bolehkah kita menjadikan diri kita bermanfaat untuk orang lain dan apakah ALLAH redha dengan perbuatan kita. Semuanya kena ukur dengan halal-haram. Walaupun sikit yang kita dapat tapi jika ia halal ia lebih bagus daripada yang banyak tapi haram. Kan gitu?
Dr. ada apa-apa nak sampaikan?
(Setelah diam agak panjang) Tak ada.
Nasihat ke apa-apa ke?
Buku-buku saya dah sarat dengan nasihat. Sama ada hendak ikut atau tidak saja.
Kalau begitu terima kasihlah Dr. atas kesudian ditemuramah.
Kembali.
*Anda boleh ajukan
apa2 pertanyaan untuk dipaparkan
dalam laman ini pada soalan-soalan yang belum disentuh.
Sila e-mel soalan anda ke [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka dia.. korang x suke xpe... yg penting dia membanggakan org melayu yg terus layu dan dikayukan... x salah dia pakai baju warna ape... dia punya duit suka hatilah... yg berkata tu pun banyak je baju kaler macam2 org lain x kisah pon. mungkin sbb dia lelaki itu org nak ckp. aku percaya dalam badan kita nie ade berbagai warna aura, sebab itu dia pakai. aku siap hafal warna untuk terapi tubuh.
isnin - putih
selasa - pink/ungu
rabu- biru
khamis - kuning/oren
jumaat - hijau
sabtu - merah/merah hati
ahad - hitam
setiap warna nie ade peranan sendiri. ingat org berpelajran suke buat benda suke2 ke. kene pk sblm cakap. huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf...nak tanya...
bukankah doktor ni yang PhD palsu tu??? time heboh pasal PhD palsu...rasanya nama dia pun sekali....
kat univ saya....website dia kena ban...
buku2 dia..memang dulu saya ade beli...tapi tak seronok sgt selalu dia nak bangga diri sendiri...byk selit hal kebanggaan diri dia sendiri dlaam tulisan dia...
skg ni...sy tak beli dah..
sebab saya ragu2 PhD dia tu....betul ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
ada mcm riak sikit. betul x |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|