CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Lily_Savage

URUSNIAGA SAHAM DARI PERSPEKTIF ISLAM - merged Syd

[Copy link]
Post time 12-6-2006 09:12 AM | Show all posts
one thing, investing is not gambling. pakai otak, bukan ikut nasib. yes, its dipen pd ekonomi tp bile ekonomi merudum, keje makan gaji pun kena VSS.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2006 09:49 AM | Show all posts
Masaalahnya forumner disini bila orang discuss pasal lain diaorang cerita lain.
Memasing nak tunjuk pandai ..... pakai otak konon. Analisis konon. Terror konon.
Orang cerita bola....awak cerita pasal buah-buahan. Itulah masaalah kebanyakkan forumner di Cari Forum. Dan memasing cuba melekehkan orang lain.  Talk "buss words" macamlah aku seorang je yang tahu...


P/S
If you tak pernah trade in millions (sebagai principal) in the market..... then you boleh main jauh-jauhlah. Kami dah mangli dengan benda macam kanak2 ni.  And we hold what we think is right.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 10:08 AM | Show all posts
assalamu`alaikum

batukikir, boleh surf website ini : http://islamonline.net . klik pada ask the scholar, search pada fatwa bank untuk fatwa berkaitan saham.
kalau BM, boleh surf di http://al-ahkam.net. harap membantu
Reply

Use magic Report

nafandi This user has been deleted
Post time 12-6-2006 11:19 PM | Show all posts

Invest la dalam islamic unit trust

Assalamualaikum wbt,

Main saham sendiri2 ni kita kena ada 3 perkara;
1. ilmu
2. masa nak monitor
3. duit banyak untuk beli satu2 kaunter.

kalau tak de semua tu, elok la melabur dalam islamic unit trust. Sebab ada prof. fund manager yg uruskan, tak perlu
monitor 24jam, dan boleh diversified so less risk. Lagipun RM50 pun boleh invest.

Org bijak pandai selalu nasihat nak jadi kaya kita perlu simpan at least 10% daripada income, regularly.
Dalam unit trust ni kira panggil dapat benefit 'dollar cost averaging'.

Kena pandai pilih company jugak pasal ada sykt yg rugi memanjang. Kalau nak tahu sykt apa no 1 di M'sia, dapat
the best equity islamic fund for 2006 boleh la contact saya. Saya boleh forwardkan soft copy dia. Dapat free takaful protection also.  Yes, yg penting ikut syariah..

Happy investing

[ Last edited by  antiQue at 12-6-2006 11:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by mardhiah12 at 12-6-2006 10:08 AM
assalamu`alaikum

batukikir, boleh surf website ini : http://islamonline.net . klik pada ask the scholar, search pada fatwa bank untuk fatwa berkaitan saham.
kalau BM, boleh surf di http://al-a ...


Awak ni setakat baca sini surf sana........so, apa yang saya dapat?
Awak tahu siapa penasihat2 SPI masa permulaan SPI dulu. Kalau tak tahu , sila buat research.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 12:02 AM | Show all posts
Untuk sesiapa yang terasa pandai dalam market (ye ke?) ................ sila lawat Stock and Economy. Disini kita ingin membincang perkara berkenaan Muslimin dan Muslimat. Or to the worse....sila bukak thread baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2006 10:32 AM | Show all posts

Pilih saham syariah

Pilih saham syariah

SAHAM adalah antara aktiviti perniagaan yang pesat berkembang di Malaysia. Penglibatan dalam kegiatan saham amat diminati kerana ia mendatangkan pulangan yang lumayan tanpa perlu menunggu tempoh yang terlalu lama berbanding menyimpan wang di institusi kewangan.

Bagaimanapun, Islam telah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi sebelum umatnya terlibat dalam permainan saham. Menurut ensiklopedia, saham merupakan bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusahaan dalam bentuk perseorangan terbatas. Ia biasanya merujuk kepada perkongsian harta milik dalam syarikat.

Bagi mengupas persoalan saham dalam Islam, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto AZMAN GHANI menginterviu Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan.

Bolehkah Prof. jelaskan kedudukan saham menurut Islam?

DR. ALWI: Islam amat menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam perniagaan atau jual-beli. Ini ditegaskan dalam al-Quran, Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. (Al-Baqarah: 275). Berdasarkan ayat ini, umat Islam bebas berjual-beli dan ini termasuklah menjual dan membeli saham selagi mana ia mengikut syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah barang atau komoditi yang diurusniagakan itu mestilah halal dan bersih. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya, Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik. (Al-Baqarah: 168) Ini bermakna ia tidak boleh melibatkan wang haram daripada pelacuran, perbomohan atau perubatan yang diharamkan, melibatkan perniagaan patung, binatang yang diharamkan dan sebagainya.

Ia juga mesti mendapat kerelaan kedua-dua pihak yang terlibat. Maknanya tiada unsur paksaan dan kezaliman dalam urusniaga yang dilakukan. Mesti juga melibatkan ihsan iaitu situasi menang-menang. Lebih penting lagi ialah tidak mengandungi unsur-unsur riba, perjudian dan gharar iaitu sesuatu yang tidak pasti akan hasil atau akibatnya. Contohnya, menjual burung di udara atau ikan di laut.

Amanah Saham Islam merujuk kepada dana pelaburan kolektif yang menawarkan peluang pelaburan dalam pelbagai portfolio sekuriti lulus syariah serta diuruskan oleh pengurus dana profesional menurut prinsip syariah.

Sejak kebelakangan ini ada peningkatan penglibatan umat Islam dalam kegiatan saham terutama yang diluluskan oleh syariah. Apakah ia petanda baik atau sebaliknya?

Ini petanda baik kerana Islam sendiri amat menganjurkan umatnya agar menabung untuk masa depan. Peningkatan ini berkait rapat dengan kesedaran umat Islam yang mahukan pelaburan berasaskan syariah selepas sekian lama wujudnya pasaran saham konvensional. Setakat ini, terdapat lebih 30 produk perbankan Islam ditawarkan di negara kita.

Pasaran modal Islam juga diperkenalkan di bawah penyeliaan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Ini termasuk ekuiti Amanah Saham Islam, Indeks Islam Bursa Saham Kuala Lumpur dan Kaunter Halal (Majlis Penasihat Syariah, SC). Pada Jun 2002, kerajaan menerbitkan Sijil Amanah Islam pertama untuk menggalakkan pembangunan pasaran kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

Institusi dana amanah saham Islam di negara kita juga angkanya mencecah kira-kira 25 jenis. Saya cuma mahu menyebutkan beberapa contoh seperti yang ditawarkan oleh ASM Mara Unit Trust Management Berhad, Amanah Saham Bank Islam (ASBI), Mayban Unit Trust Berhad dan AmInvestment Services Berhad.

Selepas pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan saham syariah maknanya tiada lagi alasan bagi umat Islam melabur dalam saham konvensional. Tetapi hakikatnya, masih ramai yang berbuat demikian. Jadi apakah nasihat Prof. kepada golongan ini?

Bagi menjelaskan perkara ini kita perlu merujuk kepada firman Allah yang bermaksud, Orang-orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian itu kerana mereka mengatakan, 揝esungguhnya berjual-beli itu sama dengan riba
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 12:08 PM | Show all posts

satu contoh islamik banking

one foreign bank islamic facility dia hanya utk tenure 10 tahun, dan yg penting sekali, hanya buleh untuk property yg telah siap. Dgn kata lain, menepati asas syarat jual beli.

Dgn menekankan kpd jual-beli something yg tangible, ini lebih rapat ke arah perbankan islam dari SPI bank2 tempatan yg buat paper trail semata2 utk beri substance pada akad.

and guess what? the non-islamic foregin bank takes the lead...*sigh*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2020 03:02 PM | Show all posts
salam,

(saya naikkan semula thread lama ini sebab masih relevan dgn persoalan saya)

semakin ramai Melayu/Islam join "main saham" di Bursa Malaysia & juga di luar negara spt USA. semuanya kini dilakukan online dgn realtime transaction.

ada byk kaedah "main saham' tersebut, antaranya melabur (investing) & berdagang (trading).  ada juga yg lakukan belian & jualan dlm waktu amat singkat iaitu beberapa minit.

kini ramai pula golongan berlatarbelakangkan agama (digelar ustaz) join "main saham" ini dan turut memberikan testimoni mereka di media sosial. semuanya mengatakan hukumnya adalah harus. ini termasuk "main options & futures" spt menjual dulu sebelum membeli.

soalannya, bolehkah saya menerima pakai hukum harus oleh ustaz2 tersebut yg sama2 berjuang di arena main saham tersebut?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.131327 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list