|
sori la aku tertinggal kretapi...tapi awat nazrey dah tak de dalam raihan? |
|
|
|
|
|
|
|
Raihan terima Mahabba
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Masyarakat Arab mula iktiraf kumpulan nasyid luar
BERMULA 1999 dengan persembahan sulung di Scotland, kumpulan nasyid terkenal, Raihan tidak menoleh ke belakang lagi. Satu demi satu tawaran persembahan di negara luar diterima, tidak keterlaluan jika dikatakan hampir seluruh benua sudah dijelajahi mereka.
Kehadiran Raihan memberi impak terhadap kesenian berteraskan Islam. Irama yang dulunya begitu asing, malah jarang sekali dihargai, tetapi kini diberi keutamaan serta pengiktirafan. Raihan membuka perspektif baru terhadap Islam pada mata masyarakat luar. Usaha murni mereka menyuburkan syariat Islam di bumi asing membuahkan penghargaan.
Pada 26 Oktober lalu, bertempat di Binayas Ballroom, Grand Hyatt Hotel Dubai, Raihan menerima pengiktirafan Mahabba Award, Art Of Love. Anugerah yang buat julung kali dianjurkan itu membabitkan beberapa kumpulan nasyid terpilih dari seluruh dunia. Raihan adalah satu-satunya kumpulan dari Asia yang dipilih menerima pengiktirafan itu.
Anugerah Mahabba yang bererti persaudaraan membuktikan keterbukaan masyarakat Arab menerima kedatangan seni dan budaya Islam dari luar kerana sebelum ini, Raihan kurang mendapat pendedahan di sekitar negara Teluk.
揂nugerah ini memberi dimensi baru kerana masyarakat Arab agak sukar menerima kumpulan nasyid luar daripada bangsa mereka. Alhamdulillah, selama 10 tahun berjuang, masyarakat luar melihat apa yang Raihan usahakan.
揗ereka memilih Raihan berdasarkan usaha kami untuk mengkomersialkan irama nasyid, malah sebagai pembuka jalan kepada genre itu untuk diterima di seluruh dunia, |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tinggal Raihan
SELEPAS bersama Raihan selama enam bulan, ternyata jodoh Nordin Jaafar bersama kumpulan yang popular dengan lagu Puji-pujian itu tidak lama, apabila mengucapkan selamat tinggal.
Nordin yang menggantikan Nazrey Johani sebagai vokalis utama Raihan pertengahan tahun lalu, mengesahkan pengundurannya dari kumpulan itu selepas bersama Raihan selama enam bulan.
Katanya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Raihan yang memberi peluang kepadanya menjadi vokalis utama kumpulan nasyid popular itu hingga membawanya mengembara dan membuat persembahan di tujuh negara dalam tempoh singkat itu.
揝aya tidak terkejut dengan keputusan Raihan yang meminta saya mengundur diri kerana mereka sudah menemui vokalis baru selepas menjalankan sesi uji bakat.
揔ehadiran saya mengisi kekosongan yang wujud selepas Nazrey meninggalkan Raihan umpana bidan terjun yang secara ikhlas saya terima demi membantu kumpulan yang saya sanjungi.
揝ewaktu ditawarkan menyertai Raihan, mereka ada mengingatkan saya apabila mereka bertemu vokalis tetap yang baru, maka saya perlu berundur.
揓adi saya kira perkara itu jelas bebas dari sebarang unsur ketidakadilan dan saya amat berharap tiada pihak yang meragui sebab pengunduran saya dari Raihan, |
|
|
|
|
|
|
|
Raihan: Ke mana lagi?
17-08-2007
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
KUMPULAN nasyid Raihan kini kurang mendapat liputan media tempatan namun itu tidaklah bererti bahawa kumpulan yang telah melakar pelbagai sejarah industri hiburan ini tunduk kepada kehadiran kumpulan-kumpulan nasyid lain mahupun populariti genre muzik yang pop yang lebih digemari oleh masyarakat tempatan.
Bukan tidak inginkan liputan media tempatan tetapi Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Zulfadli Mustaza, memang jarang dapat memenuhi undangan wawancara bersama media kerana sibuk dengan jadual persembahan yang kebanyakannya di luar negara.
Misi berdakwah melalui lagu-lagu nasyid mereka kini dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia termasuklah di benua Afrika dan Eropah.
Pada awal tahun ini, mereka kerap berulang alik ke Indonesia dan Thailand demi memenuhi permintaan peminat-peminat setia mereka di sana.
Raihan turut memasyurkan namanya di Perancis
Di Indonesia contohnya, Raihan bertapak kukuh di jiwa peminat negara itu bila mana hampir setiap dua bulan mereka akan menjejaki ke seluruh pelusuk Indonesia termasuklah Sumatera, Jawa, Sulawesi, Batam, Riau dan lain-lain.
Malah setiap kali menjelang bulan Ramadan, Raihan terus sahaja sibuk dengan undangan persembahan konsert dan rancangan televisyen Indonesia.
Persiapan telah dibuat untuk Raihan ke sana selama lebih seminggu bermula minggu kedua Ramadan, Raihan akan menghiburkan penonton melalui Rancangan TV Indosiar, NTV7, TransTV, RCTI, SCTV dan Lativi.
Di akhir minggu tersebut, Raihan akan bersama Opick (pencipta lagu Dealova) mengadakan sebuah konsert secara besar-besaran di kota Jakarta.
Tidak hairanlah bilamana judul lagu-lagu Raihan menjadi tajuk bagi beberapa drama dan rancangan televisyen di Indonesia.
Di kala artis-artis Malaysia yang lain cuba memasuki pasaran Indonesia, Raihan sudahpun menguasai bukan sahaja peminat peminat nasyid di sana malah muncul di kaca televisyen mereka.
Begitulah yang penulis dapat katakan mengenai kesibukan kumpulan nasyid yang banyak menempa anugerah bagi kategori lagu nasyid sebelum ini setelah menyelesaikan konsert Sounds of Light di Australia pada bulan lepas.
Selama 11 tahun menceburi bidang seni muzik ini, Raihan bukan sahaja dikenali di kalangan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Australia malah mereka telah 'melebarkan sayap' di Hong Kong, Perancis, Russia, United Kingdom, Kuwait, Dubai, Kanada, Afrika Selatan dan Trinidad &Tobago.
Begitu juga dengan Thailand, negara gajah putih ini sudah tidak menjadi asing lagi bagi mereka.
Jika sebelum ini mereka tertumpu hanya di Selatan Thailand, setelah berlaku pergolakan di daerah terbabit, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat peminat Raihan di Thailand.
Ini terbukti bila mana beberapa siri persembahan Raihan telah dianjurkan di Phuket, Nakhon Sitammarat dan Satun selepas di Bangkok kebelakangan ini.
Malah pada bulan puasa ini juga Raihan akan mengisi beberapa rancangan televisyen Thailand sempena siaran bulan tersebut.
Tidak lama dahulu Raihan juga pernah terlibat dalam pembikinan klip video lagu-lagu mereka versi Bahasa Thai demi memenuhi pasaran masyarakat Islam di sana.
Aktiviti Raihan tidak terhenti di situ sahaja, penghujung tahun ini mereka telah dipelawa untuk ke Kanada, Amerika Syarikat dan Amerika Latin dalam siri konsert mereka di bumi Amerika Utara itu.
Raihan ketika menjalani pengambaran klip video di Kanada
Bersempena dengan Historical Month of Islam anjuran Canadian Islamic Congress pada Oktober nanti , Raihan telah mendapat jemputan dari Malaysia High Commission of Canada yang berpusat di Ottawa sebagai sumbangan negara terhadap program tersebut.
Raihan turut terlibat dengan artis dari negara lain dalam program Celebrity Tour di bandar Ottawa, Toronto dan Montreal.
Dimaklumkan, pihak High Commission Malaysia akan menyediakan tempat tinggal, makanan dan perjalanan dalam negeri semasa Raihan di sana.
Program itu tentu sekali akan lebih berjaya sekiranya ada pihak yang sanggup membiayai perjalanan pergi balik Raihan ke Kanada itu sebagai sumbangan demi mengharumkan nama negara.
Seterusnya Raihan akan terus ke Amerika Syarikat bagi memenuhi acara Eid Celebration di New Jersey. Setelah itu Raihan akan terbang ke Trinidad & Tobago buat kali kedua dalam rangka konsert di Pulau Caribbean itu.
Pihak penganjur juga merancang untuk mengadakan konsert di Surinam dan Venezuela buat kali pertama di negara tersebut.
Menyentuh tentang dunia lakonan, Raihan juga sedang dalam proses menjayakan filem terbaru Majid Majidi, pengarah yang terkenal dengan filem Story of the shoes.
Filem yang mendapat kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) akan melalui proses perbincangan apabila Majid datang ke Malaysia sempena Festival Filem Kuala Lumpur pada bulan November depan.
Malah pada pertengahan tahun 2008 pula Raihan telah diintai oleh beberapa penganjur 搘orld music tour |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom: :pompom: :pompom:
tahniah raihan berjaya ke royal albert hall |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 atie_leo's post
cara tu kak atie...ekekekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
takdek coverage kat media sangat,.. alih2 dah buat dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Selawaterapi' cara Raihan
21-05-2008
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SELEPAS album Tawakkal pada tahun lepas, Raihan kembali dengan album terbaru mereka iaitu Praises For The Prophet yang menghimpunkan lapan buah lagu selawat.
Album kesembilan yang memakan belanja kira-kira RM20,000 itu berkonsepkan album selawaterapi iaitu alunan selawat ke atas Rasulullah yang merupakan penawar kepada sebarang masalah sama ada fizikal, minda dan rohani.
Yang menariknya, album versi antarabangsa yang menghimpunkan koleksi selawat-selawat yang popular di seluruh dunia ini dialunkan sepenuhnya secara acapella, tanpa iringan sebarang alat muzik.
Sesuai dengan konsep acapella, Raihan membawa pendengar untuk menikmati kesegaran alunan selawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kehebatan vokal mereka terserlah dan tidak boleh disangkal kerana mereka telah membuktikannya dengan menggondol Vokal Terbaik Berkumpulan dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia untuk enam tahun iaitu pada 1999 (Syukur), 2000 (Senyum), 2001 (Demi Masa), 2002 (Gema Alam), 2005 (Allahu) dan 2007 (Tawakkal).
Melihat kepada fenomena ini, Raihan yang dianggotai oleh Abu Bakar Md. Yatim, Amran Ibrahim, Che Amran Idris dan anggota baru iaitu Zulfadhli Mustaza seperti sudah kembali kepada asas yang lebih mementingkan lantunan vokal.
"Kami berkecimpung dalam industri nasyid ini sejak 11 tahun lalu. Namun, kami sebenarnya telah mempelopori muzik nasyid sejak 20 tahun lalu. Bagi kami, nasyid diolah dalam pelbagai bentuk.
"Walaupun kumpulan nasyid sekarang gemar memilih rentak nasyid rock, pop dan sebagainya, akhirnya mereka akan berbalik kepada asal.
"Kami kembali kepada asas untuk memperingati datuk dan nenek kita dahulu yang berselawat tanpa menggunakan muzik.
"'Roh' selawat akan meresap dalam hati dengan tambahan vokal. Jadi sebab itu kami buat secara acapella.
"Kami harap album ini macam terapi. Dalam selawat, ia ibarat pengampunan dosa dan penyembuh penyakit," ujar Abu Bakar ketika majlis pelancaran album tersebut di Bora Asmara, Sungai Penchala.
Lancar album di Kota London
Pelancaran album tersebut bukanlah yang pertama kalinya kerana mereka terlebih dahulu melancarkan album tersebut di Kota London pada 23 Mac lalu sempena kunjungan Raihan untuk persembahan di Royal Albert Hall.
Raihan di Abbey Road (Foto koleksi Raihan)
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Raihan Group, Hj. Abdul Mubbin Abdul Latiff, ada sebab mengapa mereka terlebih dahulu melancarkan album tersebut di London.
"Ini merupakan kelainan yang kami buat. Kami juga memilih untuk melancarkan album tersebut di luar negara kerana faktor pasaran.
"Pasaran nasyid di sini menurun. Jika pasaran berubah, jadi muzik nasyid akan berjaya.
Che Amran di hadapan Royal Albert Hall London
"Kami telah mencetak dan mengedar sebanyak 10,000 unit album. Di United Kingdom, kami menjual sebanyak 500 keping, Abu Dhabi juga sebanyak 500 keping manakala 1000 keping di Afrika Selatan. Kami akan mengedar album tersebut di Jakarta pada bulan depan," ujar Mubbin berkenaan album yang diedarkan oleh Raihan Records untuk antarabangsa manakala Wangsa Dinamik Sdn. Bhd. di Malaysia.
Antara negara yang turut mengedarkan album Raihan ialah Amerika Syarikat, Yemen, Kanada, Thailand, Rusia, United Arab Emiriyah dan Perancis.
Lagu-lagu selawat yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Solawatul Murtadha, Solawatul Burdah (single pertama), Ya Rasulallah Salamun 'Alaik, Solawatus Syafa'ah, Solawatul Mustafa, Assubhu Bada (single kedua), Solawatul Fathilah dan Thola'al Badru.
Raihan bergambar kenangan di Beatles Store
Bagi peminat yang ingin mendapatkan lirik penuh album ini bolehlah melayari www.raihan.com.my.
Pada 21 Mac, Raihan telah mengadakan promosi konsert di Noor TV, Birmingham yang dipancarkan melalui satelit. Program selama hampir 2 jam itu bersempena sambutan Maulidur Rasul dan promosi Konsert Evening of Inspiration 2008 di Royal Albert Hall serta album baru mereka untuk versi antarabangsa. Program itu dibawa oleh Islamic Relief selaku penganjur konsert tersebut.
Keesokan harinya mereka mengadakan latihan di studio Elstree, London. Studio tersebut pernah digunakan oleh filem produksi Star Wars untuk pembikinan filem itu.
Pada malamnya pula, mereka ditemuramah oleh stesen TV yang popular di benua Eropah dan Amerika iaitu IslamChannel. Dalam program itu mereka menggalakkan penonton untuk menderma ke tabung kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang menderita kesusahan. CD terbaru mereka telah dibida dan dibeli dengan harga 200 pounds untuk tabung tersebut.
Raihan ketika membuat persembahan di Royal Albert Hall London
Pada 23 Mac, mereka mengadakan persembahan di Royal Albert Hall London, Knightsbridge, City of Westminster, London yang dihadiri oleh lebih dari 3500 orang penonton. Mereka membawakan lagu Asmaul Husna, Your Face Is Bright, Assolatuwasslam secara acapella. Beberapa artis lain dari Amerika, Denmark dan Timur Tengah juga turut mengambil bahagian di dewan yang pernah dirasmikan oleh Queen Victoria pada tahun 1871.
Bagi Raihan, persembahan kali ini bukanlah asing bagi mereka kerana mereka telah mengadakan siri jelajah UK sepanjang beberapa tahun yang lalu seperti di Glasgow, Edinburgh, Manchester, Birmingham, Cardiff, Bristol dan Wembley.
Rakam klip video di Mekah dan Madinah
Semasa Raihan berkunjung ke Abu Dhabi pada 24 April lalu, mereka sempat mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.
Di samping itu, mereka juga sempat merakamkan dua buah klip video untuk album baru ini iaitu lagu Assubhu Bada dan Selawat Burdah di Kota Mekah dan Madinah.
"Dengan pembikinan album ini, Raihan murah rezeki. Kami bukan sahaja mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Abu Dhabi, malah penganjur juga membeli tiket untuk kami menziarahi Makam Rasulullah.
"Melakukan pengambaran di Mekah dan Madinah memberi barakah kepada Raihan. Untuk lagu Selawat Burdah, Raihan telah melakukan pengambaran di ladang kurma yang seperti ladang kelapa sawit,"kata Mubbin.
Abu Bakar menambah, "Jika dahulu, kamera akan dirampas kerana ia 'haram' digunakan di Mekah.
"Tetapi sekarang pihak polis sana memberi kelonggaran untuk kita membawa kamera untuk merakamkan gambar kenangan. Jadi, kami mengambil kesempatan atas teknologi yang ada untuk melakukan pengambaran klip video di sana dengan menggunakan kamera mini.".
Che Amran pula berkata, "Kami melakukan pengambaran secara 'gamble' di Jabal Nur dan depan Masjidil Nabawi.
"Kami ok sahaja tetapi jurukamera kami pula yang takut. Jadi, pengambaran itu dilakukan secara sikit-sikit dan 'sorok-sorok'.
"Sebelum ini kami tak pernah terfikir boleh melakukan pengambaran di Masjidil Haram dan ketika sa'ie.
"Dengan Andalusia Travel and Tours, kami turut membuat pengambaran untuk dua siri Kembara Raihan ke Baitullah untuk siaran program TV9 pada bulan Syaaban nanti.".
Kedatangan Raihan ke UAE ini adalah jemputan khas sempena Anugerah Mahabba yang diadakan untuk kali kedua. Pada tahun 2006 yang lalu Raihan telah dianugerahkan dalam kategori penggiat hiburan Islam . Pada kali ini, Raihan diberi penghormatan untuk menyampaikan persembahan dan memgumumkan pemenang anugerah nasyid antarabangsa.
Anugerah Mahabba adalah sebuah anugerah yang memberi pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang aktif mengagungkan Rasululullah dan syiar Islam. Ia merangkumi beberapa kategori iaitu seni hiburan, fotografi, media, penulisan, filem, karya artistik dan tokoh.
Setelah selesai program di Abu Dhabi, mereka diberi peluang untuk mengerjakan umrah dan ziarah.
Di Madinah mereka dibawa melawat ladang tamar, di sini juga mereka sempat mengadakan penggambaran klip video album baru mereka. Lagu yang mereka rakamkan untuk klip video itu ialah Selawat Burdah.
Mereka juga melawat bekas peninggalan rumah Salman al-Farisi yang terletak 10 km dari kota Madinah, tanah berubat, medan magnet.
Selain itu mereka berpeluang menziarahi Masjid Quba |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah raihan... tapi still aku tak tau knape nazrey keluar raihan? suara dia sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Raihan lari konsep?
KOSMO
Judul Praises For The Prophet dipilih untuk album terbaru dan kesembilan kumpulan nasyid popular Raihan kali ini amat menarik dan memunculkan suatu kelainan.
Mahu tahu kenapa? Ini kerana ia diterbit tanpa vokalis utama dan tanpa muzik iringan.
Ini bermakna paduan suara harmoni keempat-empat anggota Raihan iaitu Abu Bakar Md. Yatim, Amran Ibrahim, Che Amran Idris dan anggota baru Zulfadhli Mustaza yang menggantikan Nazrey Johani memainkan peranan penting. Masing-masing perlu bergabung tenaga memberikan lontaran vokal terbaik mereka.
Bagi memecah kesunyian para peminat nasyid yang dahagakan kemunculan album terbaru mereka, Raihan membawa pendengar untuk menikmati kesegaran alunan selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan konsep tanpa muzik iaitu acapella.
Kehebatan keharmonian vokal kumpulan Raihan terserlah dan tidak boleh disangkal lagi kerana mereka telah pun membuktikan segala-galanya menerusi pelbagai kemenangan-kemenangan besar yang diraih sebelum ini.
Ia termasuklah Vokal Terbaik Berkumpulan Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk enam tahun iaitu album Syukur (1999), Senyum (2000), Demi Masa (2001), Gema Alam (2002), Allahu (2005) dan Tawakkal (2007).
Namun, persoalannya tidakkah album terbaru Raihan ini lari dari konsep asal album-album Raihan sebelum ini?
Ketua Pegawai Eksekutif Raihan Records, Mubbin Abdul Latiff dalam pada itu menjelaskan, kemunculan album Raihan kali ini berkonsepkan beberapa ciri yang mempunyai banyak cerita untuk dikongsi bersama peminat.
"Album selawat terapi merupakan alunan merdu bagi penawar kepada sebarang masalah sama ada fizikal, minda dan rohani kerana album ini memuatkan koleksi-koleksi selawat yang popular di seluruh dunia.
"Antaranya Solawatul Murtadha, Solawatul Burdah, Ya Rasulallah Salamun 'Alaik, Solawatus Syafa'ah, Solawatul Mustafa, Assubhu Bada, Solawatul Fathilah dan Thola'al Badru," katanya pada sidang media majlis pelancaran album Raihan di Bora Asmara di sini baru-baru ini.
Tambah Mubbin, album ini juga melakar sejarah yang tersendiri apabila turut pernah dilancarkan di Royal Albert Hall, London pada 23 Mac lalu.
Justeru, apakah harapan Raihan menerusi album terbaru mereka ini?
Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, Che Amran, dia percaya peminat akan berpuas hati dengan kehadiran album Raihan terbaru ini.
" Ini kerana perubahan konsep yang dilakukan bakal mengubat hati peminat untuk mendengar alunan nasyid yang asal iaitu tanpa sebarang muzik.
"Konsep acapella yang digunakan belum lagi dibuat oleh mana-mana penyanyi di negara ini maka ini merupakan perkara baru kepada para pendengar," jelasnya yang memilih selawat untuk dimuatkan dalam album kali ini sebagai budaya yang sentiasa diamalkan untuk keberkatan hidup umat Islam.
Dia juga memberitahu, perjuangan lagu-lagu nasyid masih diteruskan walaupun sejak akhir-akhir ini penjualan album nasyid jatuh menjunam.
Namun, semangat untuk menaiktaraf serta meletakkan martabat irama berunsur keagamaan itu setanding dengan genre arus perdana yang lain, Raihan tetap kukuh melaksanakannya.
Kumpulan Raihan pada ketika dulu pernah menggegarkan industri muzik tempatan apabila jualan album sulung mereka yang berjudul Puji-Pujian dijual melebihi 750,000 unit pada tahun 1997.
Album terbitan Warner Music Malaysia dulunya itu mencipta sejarah sebagai album tempatan yang paling tinggi jualannya dan rekod itu masih dipegang oleh Raihan sehingga kini.
Bagaimanapun selepas 10 tahun, kumpulan nasyid empat anggota itu terpaksa akur bahawa jualan album mereka kini tidak lagi mencecah ratusan ribu seperti sedekad yang lalu.
Tidak lagi hebat tanpa Nazrey?
RAIHAN kini muncul dengan album terbaru tanpa sumbangan vokal Nazrey.
Walaupun dikatakan Raihan tidak lagi sehebat dulu setelah pengunduran salah seorang tonggak utama kumpulan itu iaitu, Nazrey, Che Amran menegaskan, sangkaan itu tidak benar sama sekali.
" Persembahan pentas masih lagi diterima dari banyak negara yang merupakan sumber pendapatan utama kami sekarang ini.
" Undangan dan persembahan Raihan terus mendapat sambutan ramai," ungkapnya lagi.
Malah album kali ini turut berada di pasaran antarabangsa seperti United Kingdom, Afrika Selatan, Yemen, Kanada, Thailand, Indonesia, United Arab Emiriyah dan Perancis.
Taktik bijak Raihan
Lebih menarik, semasa Raihan berkunjung ke Abu Dhabi pada 24 April lalu, mereka telah berkesempatan untuk merakamkan dua buah klip video untuk album tersebut.
Kesemua rakaman album itu telah dijalankan di sekitar kota Mekah dan Madinah dan dua lagu yang dipilih untuk dijadikan 'single' klip video ialah Assubhu Bada dan Selawat Burdah.
Bagaimanapun, Raihan tidak terlepas daripada menghadapi kesukaran ketika pembikinan klip video di Tanah Suci, memandangkan penggunaan sebarang alat rakaman seperti kamera dilarang sama sekali terutama berada di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
RAIHAN bersemangat kental demi memanjangkan hayat mereka di persada seni.
Che Amran mengakui, memang ada kesukaran kerana penggunaan kamera tidak dibenarkan tetapi disebabkan peralatan elektronik kini semakin canggih maka ia tidak menjadi alasan untuk meneruskan juga rakaman di sana.
" Pengalaman kami boleh dikatakan agak kelakar juga. Ia tidak dirancang dan secara kebetulan sahaja. Kami terpaksa menyorokkan kamera kecil untuk membuat rakaman.
" Polis di sana pun tak boleh nak halang sebab orang terlalu ramai. Cuma kami diingatkan jangan keterlaluan sangat, kena sorok-sorok juga," jelasnya yang turut membuat rakaman klip video di sebuah ladang kurma. |
|
|
|
|
|
|
|
Raihan utuh di Indonesia
DALAM pada karyawan kita bising-bising mengenai lambakan karya Indonesia di Malaysia, Diva rasa kumpulan nasyid tersohor kita, Raihan, macam tak tergugat langsung.
Masakan tidak, sudah masuk tahun kelapan Raihan menjadi tetamu kehormat di Indonesia setiap kali Ramadan. Macam tahun ini, Raihan masih ligat mengadakan persembahan mega di republik tersebut sampaikan selama dua minggu.
Yang istimewanya, Raihan bukan dipanggil sebagai penyeri persembahan, sebaliknya menjadi kumpulan penting pada setiap persembahan yang antaranya menyaksikan mereka berkongsi pentas dengan kumpulan Gigi, Ungu serta Opick.
Berkongsi kegembiraan, anggota Raihan yang memang baik budi, Che Am, telah mengirimkan e-mel kepada semua media Malaysia dalam usaha memberitahu bahawa Raihan terus disanjung di Indonesia biarpun mereka mempunyai pejuang nasyid tersendiri. Kerana muzik itu universal.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
hari tu raihan buat persembahan kat tempat kerja saya -
best betul... nasyid live... suara pun harmonis dan memang
sangat bagus kumpulan nasyid ni --
tahniah raihan - |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat September 11, 2009
Raihan artis tempatan pertama diterbangkan AirAsia ke London
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Raihan tampil bertiga tanpa Amran di London selepas raya nanti.- foto The Star oleh DARRAN TAN
PENERBANGAN Raihan ke London bukanlah kali pertama kerana kumpulan nasyid ini telah tujuh kali mengadakan persembahan di sana termasuk di Royal Albert Hall pada Mac 2008.
Namun, jika diterbangkan ke luar negara oleh AirAsia, Raihan merupakan artis pertama.
Mulai raya keempat nanti, Raihan akan diterbangkan ke London untuk menjayakan Konsert ‘Eid Celebration di London’ anjuran Leicester Centre.
Seperti yang dijadualkan, Raihan akan mengadakan persembahan di Leicester Hall selama tiga malam berturut-turut dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab seperti ‘Assolatuwassalam’, ‘Asmaul Husna’, ‘Thank You Allah’, ‘Allahu’, 'Puji-Pujian', 'Syukur’, ‘Your Face Is Bright’, dan ‘Rakan Selawat’.
Aktiviti Raihan selama enam hari di sana tidak tertumpu setakat konsert sahaja malah mereka akan terlibat dengan tazkirah, temubual dengan media di sana dan bertemu dengan pelajar Malaysia di sana dalam sebuah majlis khas.
Dimaklumkan Raihan mendapat penajaan ini atas bantuan Pembantu Khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Edd Razhe memandangkan mereka mengenali rapat sejak bekerjasama di bawah label Warner Music Malaysia sebelum ini.
“Raihan merupakan artis pertama Malaysia yang diterbangkan khas ke London selama enam hari mulai 23 hingga 28 September ini sebab dulu kumpulan ini pernah bersama Warner Music.
“Saya berbangga untuk Raihan. AirAsia akan menawarkan kelas business untuk Raihan, ahli muzik, wakil media dan wakil syarikat AirAsia yang akan mengiringi mereka di sana berjumlah 15 orang semuanya.
“Kita harap selepas ini hubungan Raihan dan AirAsia akan lebih erat. Sebelum ini pun, Raihan sentiasa bekerjasama dalam beberapa aktiviti AirAsia.
“Kami tak rasa asing dengan Raihan dan bukannya kami baru kenal kerana mereka telah bekerjasama dengan AirAsia sejak 2001 dengan membuat klip video pertama bersama Raihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya mewakili Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Seri Tony Fernandes dalam majlis sidang media di Kelana Sentral, Kelana Jaya.
Jelas Edd, AirAsia membuat keputusan untuk menaja penerbangan Raihan agak singkat iaitu lebih kurang dua minggu selepas syarikat penerbangan lain tidak dapat menerbangkan Raihan ke sana.
“Semuanya mula dirancang ketika Raihan hadir ke majlis berbuka puasa anjuran AirAsia baru-baru ini,” tambahnya.
Sementara itu, dari segi pengangkutan dan penginapan akan ditanggung oleh Raihan Events and Management dan pihak penganjur.
Namun selepas ini, Edd berkata AirAsia akan membawa lebih ramai artis tempatan ke peringkat luar negara.
“Selain artis nasyid, kita akan bawa artis-artis lain ke peringkat luar negara bagi menunjukkan yang artis kita ada yang layak dibawa ke sana. Insya-Allah, kita juga akan memberi sokongan kepada Raihan lagi selepas ini,”tuturnya.
Raihan buat persembahan tanpa Amran
Raihan bukan sahaja pernah membuat persembahan di London, malah mereka telah menjelajah ke seluruh enam benua iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia.
Raihan ketika mengadakan persembahan di Kelana Sentral, Kelana Jaya.
Sekarang ini, Raihan juga telah berjaya mengumpul jutaan peminat yang kebanyakannya beragama Islam dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Pakistan, India, Sri Lanka, Timur Tengah dan lain-lain negara.
Perkara ini disedari oleh salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Md Yatim. Katanya, hampir jutaan penonton yang menonton klip video lagu-lagu Raihan di YouTube.
“Ada juga yang datang dari Perancis kerana kita melihat ada komen dalam bahasa Perancis dan ramai lagi,” ujarnya.
Itulah kelebihan Raihan dan kerjasama yang erat antara Raihan dengan AirAsia membuatkan syarikat penerbangan tambang murah itu mahu menaja penerbangan kumpulan yang turut dianggotai oleh Che Amran Idris, Zulfadli Mustaza dan Amran Ibrahim.
Namun, penerbangan mereka kali ini bukanlah berempat tetapi bertiga kerana Amran tidak dapat menyertainya kerana mahu bersama isterinya menemani bapa mertuanya yang sedang sakit.
“Selepas Amran membuat keputusan ini, kita akan mengajak seorang lagi penyanyi nasyid ‘sessionist’ tetapi saya belum boleh beritahu siapa orangnya.
“Sebelum ini, kami dah biasa membuat persembahan bertiga atau berdua,” jelasnya mengenai ketiadaan Amran dalam konsert berharga 30, 60 dan 150 pounds itu.
Che Amran atau mesra dengan nama Che Am ini juga mempunyai perancangan untuk melebarkan sayap ke Amerika Syarikat pula.
tahniah raihan!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|