CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4696|Reply: 23

Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda!

 Close [Copy link]
sauber This user has been deleted
Post time 11-9-2006 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Dengan nama Allah. Segala puji hanya untuk-Nya, Tuhan dan Pelindung kami, dan moga dicurahkan keamanan dan kesejahteraan kepada Utusan terakhir-Nya.

Komentar ini tidak berniat untuk menghina sesiapa. Kami sayang semua saudara se-Islam yang mencintai Allah dan Rasulullah sallahu 'alayhi wasalam, dan yang berkerja dengan ikhlas untuk deen ini, tanpa mengira apa pun pegangan yang mereka pilih. Jika kata-kata ini kelihatan agak kasar bagi sesetengah pihak, maka ia semata-mata bertujuan bagi menyampaikan maksud dengan lebih jelas dan tepat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh mencabar ini.

Tulisan ringkas ini ditulis berikutan satu permasalahan hukum fiqh yang telah diajukan kepada saya. Si penyoal ingin juga mengetahui dalil-dalil yang digunakan tentang sesuatu hukum. Saya menyedari bahawa si penyoal itu sebenarnya berniat untuk membandingkan dalil daripada individu-individu yang telah mereka tanya, dan kemudian membuat kesimpulan sendiri tentang pandangan yang manakah lebih kuat.

Saya berpendapat bahawa mengemukan segala dalil dari pandangan mazhab Hanafi tentang soalan tersebut kepada orang awam adalah satu tindakan yang kurang sesuai. Saya akan cuba untuk menerangkan sebab-musababnya.

Saya memberitahu hukum fiqh tersebut berdasarkan pandangan mazhab Hanafi, dan kemudian saya berkata: "Apa jua fatwa, jika ia datang dari salah satu empat mazhab yang dipegang oleh ahlus sunnah wal jamaah, adalah datang dari studi, kajian, dan ijtihad oleh ratusan ulama terbilang dari ummah ini, yang mana mereka telah memberi sumbangan besar bagi menyemak semua hukum-hakam dalam mazhab masing-masing. Mereka adalah pakar dalam segala disiplin ilmuan Islam. Ramai di antara mereka yang menghafaz lebih seratus ribu buah hadith junjungan Nabi kita. Para ulama mazhab Hanafi yang berjaya mencapai darjat kehormat ini kebanyakannya adalah Hafiz Hadith.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka adalah golongan yang mempunyai tahap kesolehan dan ketaqwaan yang begitu tinggi kepada Allah - ia boleh dibuktikan melalui biografi mereka. Maka kita harus menerima dengan gembira segala keputusan yang mereka beri tanpa perlu meyoal apakah dalil-dalil yang digunakan. Dan kita tidak akan pandang kepada golongan yang tidak mengakui autoriti para ulama terbilang ummah ini serta asyik mahu mengkaji dalil bagi setiap hukum. Padahal golongan ini tiada langsung latihan asas dalam lapangan keilmuan Islam, atau pun pernah mempelajari mana-mana kitab muktabar dengan guru yang berkelayakan.

Adalah satu perkara yang mengarut apabila orang awam sentiasa bertanyakan dalil. Ia seperti seseorang yang tidak pernah belajar subjek sains GCSE [1] berdebat tentang teori relativiti [2] dengan seorang profesor fizik. Atau pun seperti seseorang yang tiada langsung ilmu asas biologi atau kimia yang berdebat dengan seorang doktor pakar tentang ubat manakah yang paling tepat bagi merawat sesuatu penyakit.

Orang sebegini pasti akan diketawakan! Apakah anda fikir akan ada mana-mana profesor yang akan melayannya? Profesor itu tidak akan membuang masa untuk berbincang dengannya. Orang yang begini, kalau dia betul-betul ingin memberikan pandangan tentang fizik teoritikal, harus terlebih dahulu mengambil GCSE selama dua tahun, kemudian membuat A-Levels [3] selama dua tahun, kemudian mengambil ijazah (3 tahun), kemudian buat ijazah lanjutan (1-2 tahun), kemudian mengambil PhD (3-5 tahun). Dan akhirnya barulah dia boleh duduk semeja berbincang dengan profesor!

Begitu jugalah dengan seseorang yang tidak pernah belajar langsung kurikulum asas dalam bidang fiqh, tetapi dengan berani mencabar para ulama fiqh yang terbilang, yang menjadi salaf dan khalaf ummah ini. Padahal si fulan ini tiada langsung kemahiran asas bagi memahami atau pun menilai sesuatu dalil.

Anda fikir mengeluarkan pandangan berkaitan hukum-hakam itu lebih mudah berbanding mengeluarkan pandangan dalam fizik teoritikal?

Meminta dalil bagi setiap hukum itu sendiri sudah cukup menjadi dalil jelas kejahilan anda dalam proses melakukan ijtihad.

Apakah anda fikir bahawa cara mengetahui dalil-dalil bagi setiap hukum itu adalah sekadar diberitahu sepotong ayat Al-Quran atau pun hadith? Tugas kamu sebagai orang awam atau pun seorang budak mentah yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang keilmuan Islam bukannya untuk mengetahui segala dalil bagi setiap hukum-hakam. Tetapi tugas kamu cukup sekadar mengetahui hukum bagi sekian-sekian perkara, berdasarkan salah satu daripada empat mazhab yang diterima oleh ahlus sunnah wal jamaah pada hari ini, dan pada masa yang sama harus sedar bahawa semua hukum-hakam itu dibuat berdasarkan ilmu dan kajian yang mendalam dari pelbagai jenis sumber.

Jika kamu sudah betul-betul berminat untuk mengetahui dalil-dalil bagi hukum itu ini, maka sila mulakan langkah yang pertama untuk belajar ilmu Islam yang mulia ini. Kamu sangat-sangat dialukan! Untuk mendapatkan tahap ilmu paling asas pun sudah memerlukan tempoh pembelajaran serius selama 5-8 tahun. Ini baru yang asas; ia tidak termasuk tempoh untuk melakukan pengkhususan!

Percayalah kepada saya, dalil-dalil itu ada dan wujud dalam setiap mazhab. Begitu banyak kitab-kitab rujukan muktabar mazhab Hanafi yang membincangkan dengan begitu terperinci setiap hukum yang ada, dan ia ditulis oleh ulama-ulama hadith dan fiqh yang sangat berwibawa. Jangan malu-malu untuk berjumpa mereka pada bila-bila masa jika anda ingin melihat dalil-dalil bagi sesuatu hukum yang dikeluarkan. Tetapi bagi individu yang tidak terlatih, seperti anda, pasti tidak akan dapat faham hasil tulisan dan kitab peringkat tinggi ini. Ia seperti mana pelajar sains GCSE yang membaca artikel kajian dalam bidang fizik kuantum, atau pun membaca jurnal perubatan yang begitu kompleks. Kamu pasti tidak akan dapat faham langsung apa yang dibaca, malah akan makin keliru.

Inilah masanya untuk kamu merendah diri. Jika kamu pelajar GCSE, kamu hanya perlu belajar perkara asas, dan terima sahaja apa yang guru kamu ajarkan. Bertahun-tahun lepas itu, apabila kamu sudah makin pintar, dan makin rajin mencari ilmu, kamu mungkin akan dapat membincangkan teori-teori yang sangat kompleks dan kemudian membuat rumusan sendiri.

Malangnya, sebagai sebahagian daripada bida'ah zaman moden yang patut diperbetulkan, telah wujud satu fahaman yang menjalari umat, yang mana ia menolak keempat-empat mazhab, dan memberikan dorongan kepada orang awam bagi menyoal setiap hukum - dengan itu mereka dapat membuat pendapat sendiri dan mencanai jalan sendiri! (Ini sebenarnya adalah sunnah seorang penyanyi Amerika, Frank Sinatra, yang menanyi "I did it my way'", tapi ni sudah tentu bukan sunnah para ulama salaf). Jika kamu percaya bahawa pelajar GCSE boleh mengeluarkan pendapat dalam teori kuantum, maka ahlan wa sahlan!

Kamu harus diberikan amaran bahawa apa yang kamu lakukan ini adalah haram, iaitu mengeluarkan fatwa tanpa memiliki kelayakan. Jika semua orang secara automatik berkelayakan untuk mengeluarkan/memilih hukum sendiri, ia akan membawa kepada kemusnahan dan kekacauan dalam bidang perundangan syariah. (Oh ya, hanya kerana kamu berbangsa Arab atau tahu berbahasa Arab, itu tidak menjadikan kamu seorang mufti secara automatik!). Setiap bidang ilmu ada kurikulum dan kaedah masing-masing. Perundangan Islam dan kaedah mengeluarkan hukum-hakam adalah salah satu disiplin ilmu yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk menguasainya.

Sebagai contoh, untuk menjadi seorang peguam, kamu mestilah memiliki keputusan A-level yang cemerlang, kemudian ambil ijazah Perguaman. Malah selepas itu kamu perlu lulus Bar examinations [4]. Itu masih tak cukup! Kamu kemudian perlu menghabiskan masa bertahun-tahun bersama-sama dengan seorang peguam sebelum kamu boleh menjalankan bisnes sendiri. Pada waktu ini, kamu baru setakat menjadi peguam junior. Selepas itu berapa tahun lagi yang diperlukan untuk membuat kajian dan mengumpul pengalaman yang diperlukan sebelum kamu boleh menjadi salah seorang QC, atau hakim tinggi?

Cukup ganjil apabila ada orang yang menganggap dirinya sudah layak untuk mengeluarkan hukum setelah dia membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran dan juga versi rumusan kitab Sahih Bukhari! Ini semua sebenarnya adalah refleksi kepada kejahilan kita yang teramat sangat. Kamu tidak pernah masuk sekolah Undang-undang dan kamu pula begitu teringin untuk mengeluarkan hukum??

Kamu adalah pelajar sains GCSE dan kamu pula ingin masuk bersama dalam perbincangan sesama profesor??

Merendah dirilah! Kalau kamu mahu berbincang isu-isu dalam hukum-hakam Islam, maka pergi cari para ulama yang menjadi pewaris Nabi, dan duduk bersama mereka, dan belajar dengan mereka. Tirulah juga sifat-sifat mulia yang ada pada mereka, termasuk juga ilmu yang para ulama ini miliki - mudah-mudahan kamu dapat menerima cahaya yang ada pada ilmu Islam yang mulia ini.

Jika kamu telah menghabiskan usiamu mempelajari perubatan atau kejuruteraan, atau pun sibuk dalam bidang perniagaan sehingga tiada masa untuk mendalami ilmu Islam, dan kini apabila tiba masa tua, kamu pun berazam untuk menjadi lebih 'religious' - kamu pun selalu berkunjung ke masjid dan lain-lain lagi. Tapi tolonglah, jangan fikir kamu boleh buat crash-course dalam deen ini dengan sekadar membaca Fiqh al-Sunnah atau pun Tafsir al-Mawdudi, dan kemudian kamu fikir kamu sudah sampai tahap untuk berdebat dengan para ulama. Tolong biarkan perkara berkaitan deen kepada mereka yang telah menyimpan masa muda untuknya dan telah mengorbankan masa bertahun-tahun untuk mempelajari disiplin ilmu Islam yang sangat luas ini.

Sambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
 Author| Post time 11-9-2006 12:33 PM | Show all posts
Seorang daripada guru saya selalu berkara: "This is the deen, not teen (fig)!!" [5] Kamu sedang berurusan dengan ilmu Islam! Ini bukan benda main-main yang boleh diperbincangkan sesuka hati oleh orang awam. Ini datang dari budaya Barat yang menjadikan seseorang itu angkuh - mereka percaya bahawa mereka boleh memberikan pandangan dalam segala isu, dari teologi kepadalah hukum fiqh. Hakikat sebenarnya, kamu tidak berada pada kedudukan untuk menilai dalil-dalil yang ada, dan kemudian membuat kesimpulan sendiri akan pandangan manakah yang lebih kuat atau rajih.

Saya masih ingat satu perbualan saya dengan seorang remaja berusia 18 tahun, jambang dan misainya dicukur rapi, memakai jeans dan jaket kulit, di bahagian luar sebuah masjid di kawasan saya. Remaja ini mula mengamalkan Islam dengan baik sejak dua tahun yang lepas. Dia dengan agak serius menerangkan kepada saya tentang bagaimana dia menilai dalil-dalil yang dikemukakan dari mazhab-mazhab yang berlainan tentang sesuatu isu, dan kemudian dia sudah boleh membuat rumusan akan pandangan manakah yang lebih kuat! Walau pun si remaja ini tidak tahu satu pun perkataan dalam bahasa Arab, namun itu tidak membuatkannya berputus asa - pastinya dia akan mendapatkan bahan rujukan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris!

Malangnya, si remaja ini tiada idea sama sekali betapa kompleksnya proses mengeluarkan hukum, dan juga betapa luasnya perbincangan di antara mazhab tentang sesuatu isu. Apakah dia tidak sedar bahawa dia juga sekadar bertaklid buta kepada apa jua ulama bentangkan kepadanya tentang sesuatu isu? Dia sendiri tidak pernah menyemak sama sekali sumber maklumat yang dijadikan hujah, iaitu kitab-kitab rujukan dalam keempat-empat mazhab - dia tidak melihat apakah yang diperbincangkan dalam keempat-empat mazhab tentang isu tersebut. Sudah diketahui umum bahawa kamu tidak boleh mengeluarkan hukum dalam mazhab Hanafi berdasarkan teks dari mazhab Shafi'i, dan sebaliknya. Ini kerana ia selalu memberikan pandangan kurang tepat tentang mazhab yang lain - kamu sebenarnya kena menelaah teks dari mazhab yang kamu ingin kaji, dan bukannya mengambil teks dan kitab yang ditulis oleh mazhab Shafi'i untuk menilai hukum-hakam dalam mazhab Maliki.

Saya akan berikan anda satu contoh mudah yang selalu dijumpai pada hari ini. Kita akan melihat bagaimana terdapat sesetengah umat Islam yang berfikir bahawa mereka telah pun melakukan 'ijtihad' yang sangat hebat, dan melakukan kesimpulan sendiri berkenaan sesuatu hukum (setelah menyedari bahawa semua empat mazhab telah salah sejak 1424 tahun lamanya). Isu ini adalah berkaitan tentang di manakah sepatutnya meletakkan tangan semasa berdiri dalam solat.

Hari ini agak mudah untuk melihat umat Islam yang meletakkan tangan di atas dada atau leher ketika berdiri dalam solat. Sebenarnya, kaedah sekian lama yang diamalkan lebih seribu tahun adalah meletakkan tangan di bahagian sedikit atas-atau-sedikit bawah dari paras pusat. Dan inilah cara yang dipersetujui dalam keempat-empat mazhab - dan bukannya di atas dada (kecuali bagi wanita mengikut pandangan mazhab Hanafi), dan sama sekali bukan di atas leher! (Sesetengah ulama mazhab Maliki berpendapat adalah sunnah untuk menyengetkan sedikit kedudukan tangan ke bahagian sisi badan).

Namun demikian para Imam Mujtahid muda abad ke-21 lebih cerdik. Bagi mereka, kesemua pakar dalam empat mazhab tidak pernah buka kitab Fiqh al-Sunnah, satu kitab penting bagi yang ingin menjadi mujtahid! Malah kitab ini juga banyak terjemahannya bagi mujtahid yang jahil bahasa Arab! Kamu buka dan selak bab yang membincangkan: "Sunnah dalam Solat, Kedudukan Tangan" (jilid 1, halaman 132) dan kamu akan jumpa hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang menunjukkan bahawa Rasulullah sallahu alayhi wasalam bersolat dengan meletakkan tangannya di atas dada. Imam al-Tirmidhi mengatakan hadith ini hasan. Kamu juga akan dapat membaca hadith serupa yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaima dalam kitab Sahih Ibnu Khuzaima, yang mana beliau menarafkan hadith ini sahih.

Nah, itu dia! Mujtahid muda ini telah pun membereskan kerjanya! Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat hadith sahih tentangnya. (Padahal tak tahu pun siapa Ibnu Khuzaima ni...tapi macam penting aje orangnya!). Keempat-empat mazhab - Hanafi, Shafi'i, Maliki, dan Hanbali - telah salah. Dan selepas itu, si mujtahid muda ini kelihatan bersolat di masjid dengan meletakkan tangannya tinggi di atas dada, dan melihat dengan pandangan menghina kepada mereka yang 'bertaqlid membabi-buta' kepada mazhab.

Sekarang kita akan melihat dengan mendalam akan 'dalil-dalil' yang diberikan dalam Fiqh al-Sunnah itu. Dan satu penemuan mengejutkan telah ditemui.

Pertama sekali, bagi mereka yang betul-betul belajar kitab al-Jaami oleh Imam al-Tirmidhi, pasti akan sedar bahawa al-Tirmidhi TIDAK pernah sama sekali menyentuh hadith yang mana Rasulullah meletakkan tangannya di atas dada ketika solat! Apatah lagi menilainya sebagai hasan!! Ini adalah kesalahan yang sangat serius bagi pengarang Fiqh al-Sunnah.

Kesilapan besar nombor dua: Walau pun Ibnu Khuzaima ada membawakan hadith tersebut dalam kitabnya, beliau TIDAK PERNAH menganggapnya ia sahih. Sebenarnya, Ibnu Khuzaima tidak langsung membuat sebarang komen tentang status hadith yang beliau muatkan di dalam kitabnya. Namun demikian, bagi sesiapa yang faham metodologi yang digunakan oleh Ibnu Khuzaima, pasti akan dapat melihat petunjuk-petunjuk yang boleh dijadikan inferens untuk menolak hadith ini sebagai hasan, apatah lagi sahih. Pertama, beliau tidak meletakkan hadith tentang meletakkan tangan di atas dada di bahagian awal bab (yang mana ini adalah kaedah lazim beliau dalam memberi isyarat tentang status hadith di dalam setiap bab). Kedua, beliau meletakkan hadith tersebut di bahagian akhir bab, yang mana ia menandakan kedaifannya.

Sekarang, mari pula kita lihat sanad hadith ini yang menunjukan bahawa terdapat Mu'ammal ibnu Ismail, yang mana majoriti ulama hadith mengatakan bahawa dia adalah periwayat yang lemah, dengan menekankan bahawa beliau seorang yang tidak kuat daya ingatan! Imam Bukhari sendiri mengatakan belliau adalah 'munkar al-hadith', bermaksud hadith yang datang darinya adalah ditolak sama sekali! Terdapat kritikan yang lebih dalam tentang sanad hadith ini, tetapi kita tidak akan membincangkan dengan lebih dalam buat masa ini.

Sekarang kita sudah pun nampak apa masalah sebenar. Mujtahid muda sebenarnya bukanlah seorang mujtahid sama sekali! Dia sekadar membaca satu bab dari Fiqh al-Sunnah dan menerima bulat-bulat dan bertaqlid apa yang dibacanya, tetapi telah merasakan dirinya telah membuat satu ijtihad mantap! Bayangkan berapa banyak lagi kesilapan ilmiah dalam kitab itu, dan kitab ini telah menjadi antara kitab paling popular di kalangan Muslim! Kesalahan yang dikorek dari kitab itu adalah begitu serius. Salah seorang dari guru saya pernah mengatakan bahawa kesalahan fakta dalam kitab Fiqh al-Sunnah itu bukannya kesilapan kecil yang kadang-kala akan dapat kita jumpa dalam tulisan-tulisan para ulama. Tetapi ia adalah bukti kejahilan mutlak pengarangnya, dan ia tidak boleh dimaafkan.

Pada akhirnya nanti, realitinya kamu akan tetap menjadi muqallid, sama ada kamu sedar atau tidak. Untuk mengikut siapa adalah terpulang kepada kamu: sama ada pengarang Fiqh al-Sunnah, atau al-Albani, atau pun salah satu dari mazhab yang empat. Akhir sekali, mempelajari dan mengetahui dalil-dalil bagi hukum-hakam bukannya sesuatu yang salah, tapi ia mesti disesuaikan dengan konteks dan tempatnya.

Sebarang komen boleh dibuat tentang isu ini, tetapi cukuplah bagi saya dengan apa yang telah diutarakan. Berdoalah kepada Allah agar Dia melindungi kita semua dalam payungan rahmat-Nya dan membimbing kita ke arah kebenaran dalam apa jua perkara. Semoga Dia memberikan kekuatan bagi kita untuk melakukan amalan yang dapat menggembirakan-Nya. Dan moga keamanan serta rahmat dicurahkan ke atas Rasulullah sallahu alayhi wasalam, ahli keluarganya, dan para sahabat Baginda. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekian alam.

Ditulis oleh:
Hamba kepada ilmu yang mulia,
Ridhwan ibnu Muhammad Saleem, [bio]
Damascus, Ramadhan 1424 H

Diterjemahkan oleh:
Tawel-Sensei,
hembusan.blogspot.com
30 Rejab 1427 H

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 01:32 PM | Show all posts
salam

panjang lebar kenyataan saudara
sukar nak ambil habis
sebab MASIH CIPTAAN MANUSIA
bukan KEJADIAN YANG ASAL

dan ternyata saudara masih ragu ttg KEJADIAN MANUSIA
dan memang MANUSIA DALAM KEJAHILAN
dan takkan salah kot kalau MENCARI dan MENGKAJI
dan MENGGUNAKAN AKAL DAN TIDAK MENURUT HAWA NAFSU
oleh itu lantaran kejahilan manusia
maka permintaan dan kehendak mereka tidak terbatas
lagikan ZAT TUHAN pun ada yg sanggup mengkajinya!!!!!!!!!!
cuma yg membezakan antara dua pihak adalah
IKHLAS atau kerana bersebab
dan ternyata BENAR perbezaan ini

pernah saya terbaca satu keterangan:
bahawa ulamak ulamak sebelum ini
tidak berani menghuraikan AYAT TUHAN
kerana bagi mereka jika huraian mereka bersamaan dgn KALAMNYA pun
MASIH SALAH
jadi siapakah golongan yg BANYAK MENAFSIRKAN AYAT YG SAMAR SAMAR
dgn hanya mengikut ilmu cetek mereka
walaupun ramai manusia mengiktirafkan mereka
sedangkan YANG DITURUNKAN TIADA CACAT CELANYA
(dan adakah saudara percaya kenyataan ini)
dan tidakkah saudara yakin TUHAN itu MAHA PENGURNIA.........
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 11:33 PM | Show all posts
Salam sejahtera..............

Sekadar buat renungan..........(untuk pandangan sendiri)
Sehingga begitu sekali perkara-perkara sunat dijadikan isu sehingga seolah-olah ianya menjadi perkara wajib(tinggalkan menjadi dosa)?

Sekadar bertanya, kalau tangan tu diluruskan saja, adakah sah solat saya? Atau sah tidaknya solat saya sekiranya saya berdiri menghadap kiblat, niat solat kerana ALLAH dengan berdiri tegak(LURUS?), ruku' sujud seperti dalam firmannya atau hanya ALLAH sahaja yang berhak atas menghukum dengan hukumNYA?

ALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 12-9-2006 11:33 PM
Salam sejahtera..............

Sekadar buat renungan..........(untuk pandangan sendiri)
Sehingga begitu sekali perkara-perkara sunat dijadikan isu sehingga seolah-olah ianya menjadi perkara waji ...


SAH Solat anda.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 10:49 AM | Show all posts
salam

terrernya kamu
memang betullah kot dah dekat akhir zaman ni
ramai yg mengaku pandai
(maaf ya, kalau terkasar)
dan samapai ada yg mengaku TUHAN
sedangkan SEBARANG PERBUATAN kita
hanya dia yg berhak tentukan
cuma NAK atau TAK NAK IKUT

kecuali PERKARA YANG JELAS
yang terang terangan MEMBANTAH
AL QURAN dan SUNNAH
walaupun tanpa ILMU

dan cam saya
kalau dok SOLAT tika BARING ka
tika MENELENTANG ka..................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2006 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 15-9-2006 10:49 AM
salam

terrernya kamu
memang betullah kot dah dekat akhir zaman ni
ramai yg mengaku pandai
(maaf ya, kalau terkasar)
dan samapai ada yg mengaku TUHAN
sedangkan SEBARANG PERBUATAN kita
hanya ...


MESTILAH BOLEH SOLAT TIKA BERBARING. APE YG XBOLEH NYA ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 11:22 AM | Show all posts
SALAM

SESUNGGUHNYA SOLAT ITU ADALAH SEBAIK BAIK PERBUATAN
TETAPI MENGINGATI AKU LEBIH BAIK
(pening kepala!!!!!!!!!!!!)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
 Author| Post time 22-9-2006 04:37 PM | Show all posts
Apa yang saya dapat cedok dan buat konklusi dari artikel di atas ialah
- orang awam yang baru berjinak-jinak dengan agama haruslah berhati-hati ataupun lebih baik mengelak dari menafsir dalil-dalil bagi menegakkan pendapat masing-masing dalam soal agama
- lebih baik bertanya dan bertaklid dengan ulama yang diyakini ilmunya
- ijtihad untuk dan digunapakai umat islam tidak boleh dilakukan oleh individu yang baru nak belajar Alquran dan hadis

Bila melihat realiti dalam forum ini, ternyata wujud segelintir forummer yang mudah mengambil mana-mana dalil bagi menyokong pendapat mereka tanpa mengkaji dulu secukupnya sebelum membuat sebarang konklusi. Adakah ini perkara yang sihat dan harus digalakkan bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap agama islam? Ada pandangan lain?
Reply

Use magic Report

bob This user has been deleted
Post time 23-9-2006 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by sauber at 22-9-2006 04:37 PM
Apa yang saya dapat cedok dan buat konklusi dari artikel di atas ialah
- orang awam yang baru berjinak-jinak dengan agama haruslah berhati-hati ataupun lebih baik mengelak dari menafsir dalil-dali ...


bagus juga kalau kita discuss to better understand tapi memang ada benda yang susah nak difahamkan kalau tak berguru. whatever it is elok kita senangkan yang susah dan biasakan yang senang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 01:01 PM | Show all posts
salam

memang baik dan betul SEKADAR utk BERBINCANG
dan difikirkan apa yg terbaik buat individu/kumpulan masing masing
dan TERUSKAN PENGKAJIAN
tanpa  PERANTARA

cuma apa yg ditakutkan
segelintir akan memegang fahaman dan kepercayaan org lain
kerana taksub dan yakin dgn janjiX, HIKMAHNYA dan macamX keistemewaan
yg hanya akan lebih menyesatkan lagi jauh

dan sebagai renungan
cuba bayangkan sewaktu AWALNYA AL QURAN diturunkan
dgn hanya, HANYA 5 AYAT sebagai permulaan dan hampir 2 tahun sebelum menyusulnya.....
berapa ramai BERIMAN?????????
apakah RAHSIA(kiranya ada)
sedangkan sekarang ini LENGKAP SELENGKAP LENGKAPNYA

mana mau LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 02:02 PM | Show all posts
Salam semua

Rujuk OB,

dan sebagai renungan
cuba bayangkan sewaktu AWALNYA AL QURAN diturunkan
dgn hanya, HANYA 5 AYAT sebagai permulaan dan hampir 2 tahun sebelum menyusulnya.....
berapa ramai BERIMAN?????????
apakah RAHSIA(kiranya ada)
sedangkan sekarang ini LENGKAP SELENGKAP LENGKAPNYA.

Sebagai pandangan dan kesimpulan peribadi saya:

Ada yang menerimanya sepenuhnya
Ada yang menerimanya dengan berbelah bagi
Ada yang menolak secara halus
Ada yang menolak secara terang-terangan

Baik ketika mula penurunannya, ketika penurunannya mahupun ketika sudah lengkap penurunannya....
Sehingga kini kesemua kategori itu masih releven.........

AllahuAlimulHakim....

[ Last edited by  ayyohpeen at 15-10-2006 08:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 03:51 PM | Show all posts
salam

jadi bolehlah kita kategorikan spt berikut

YG MENERIMA SEPENUHNYA adalah ISLAM
YG MENERIMA BERBELAH BAGI adalah MUNAFIK
YG MENOLAK SECARA HALUS MAUPUN TERANG adalah golongan KAFIR

gamaknya cam tulah kotttttt
atau ada golongan lain lagikah??????????
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 14-10-2006 03:51 PM
salam

jadi bolehlah kita kategorikan spt berikut

YG MENERIMA SEPENUHNYA adalah ISLAM
YG MENERIMA BERBELAH BAGI adalah MUNAFIK
YG MENOLAK SECARA HALUS MAUPUN TERANG adalah golongan KAFIR

...


Salam OB

Any intrepetation of another groups since there are 73 as we understood for the Last Ummah?  
Just asking under intelectualisation condition::solute:
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 01:56 PM | Show all posts
salam

saya sendiri pun tertanya-tanya jugak????
sebab
bahasa arab dahulu banyak KIAS dan BERSASTERANYA
kena jugaklah bergurindam bersyair dan bersajak
utk menjangkau pemikiran MANUSIA dimasa tersebut

sememangnya hanya 73 (ikut hukum logik)
atau LEBIH dan LEBIH
sebab dr bahasaNYA, BELIAU hanya mahu menunjukkan
bahawa UMATNYA akan BERPECAH LEBIH TERUK DARI BANI ISRAEL
dan mungkin BANI ISRAEL berpecah lebih dr 100 golongan????
jadi...................

hanya sekadar utk berfikir
dan TIDAK PENTING
HANYA yang SATU itu YANG CUKUP PENTING
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 14-10-2006 03:51 PM
salam

jadi bolehlah kita kategorikan spt berikut

YG MENERIMA SEPENUHNYA adalah ISLAM
YG MENERIMA BERBELAH BAGI adalah MUNAFIK
YG MENOLAK SECARA HALUS MAUPUN TERANG adalah golongan KAFIR

...


ADE LAGI SATU ..........

YG MENGAJAK DAN MENGANJURKAN PROGRAM MAKSIAT adalah FASIK


[ Last edited by  winamp05 at 18-10-2006 04:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2006 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 18-10-2006 01:56 PM
salam

saya sendiri pun tertanya-tanya jugak????
sebab
bahasa arab dahulu banyak KIAS dan BERSASTERANYA
kena jugaklah bergurindam bersyair dan bersajak
utk menjangkau pemikiran MANUSIA dimasa ...



Salam to OB dan semua...........

Hmm bahasa Arab klasik banyak yang klasik!
Kiasnya, peribahasanya, ayat berlapiknya...........

Bahasa Melayu klasik juga berbentuk gitu......kan?

Berbalik kepada praktis sembahyang.  Saya sentiasa tertanya-tanya

Apakah sepatutnya kita solat menggunakan Bahasa Al-Quraan(iaitu mengekalkan keklasikannya) atau menggunakan bahasa Arab kontemporari atau solat menggunakan bahasa sendiri kerana bahasa kitapun ada cedokan tang nu sikit tang ni sikit dari bahasa Arab, dan bahasa arab kontemporaripun dah banyak mencedok dari  banyak bahasa-bahasa lain demi untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan semasa.  Dan kalau jawapannya adalah kena mengekalkan bahasa Arab semasa penurunannya,kita kena check and balance mengenai lafaz-lafaz kita semasa solat. Teringat kepada kata-kata seorang kawan yang katanya semua bahasa makhluk ini ALLAH yang cipta.....termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebagai medium untuk berzikir kepada ALLAH.

Kalau selama ini pendapat mengatakan solat wajib dalam bahasa Arab, bahasa Arab yang mana?

Teringat firman ALLAH dalam surah An-Nisaa ayat 43:



[43] Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu hampiri sembahyang  sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.  

Ayat ini mengenai orang dalam keadaan mabuk, maka bagaimana pula kita mahu menyesuaikan diri kita selaras dengan ayat ini?  Bagaimana kalau kita mengambil kira perkataan keadaan?

Betul-betul mabuk atau seolah-olah seperti orang mabuk?  Kalau dah kita tak faham apa yang kita kata, kenapa perlu kita bersolat seperti yang ALLAH perintahkan?  Sedangkan sambungan dari larangan itu ALLAH berfirman seperti ini:, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.  Jadi selama ini adakah kita sedar dan mengetahui apa yang kita katakan, atau macamana? Bila disebut katakan, maknanya bagaimana?  Konsep solat kita selama ini bagaimana? Baca, hanya sekadar menghafal tanpa mengerti? Padahal ALLAH suruh kita berkata-kata, merayu-rayu, memohon-mohon dalam solat kepadaNya, pada saya, ianya lebih cenderong kepada interaksi yang spontan,tidaklah jadi seperti berbaris panjang macam menyanyi koir sahaja,terikat denganskrip/lirik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2006 02:56 PM | Show all posts
salam

kadangX rasa janggal pulak
bila yg berserban tegur, apasal nak belajar sastera, syair dalam MASJID?????
susah gak nak jawab tuuuu
walaupun secara tak langsung NAK BELAJAR AL QURAN
susah.....dan memang susah

tang bab SOLAT tuuuu
lagilah SUSAH
pasal SOLAT kita hanya kerana dan KERANA PENCIPTA
tiada PERANTARA (mungkin kottttt)
tak tau pulak ADAKAH tapisan atau batasan atau sempadan??????????
sedangkan DIA AMAT DEKAT...........

takkan DIA tak tau kotttttttt
(hanya cakap cakap org org kampung!!!!!)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 22-10-2006 02:56 PM
salam

kadangX rasa janggal pulak
bila yg berserban tegur, apasal nak belajar sastera, syair dalam MASJID?????
susah gak nak jawab tuuuu
walaupun secara tak langsung NAK BELAJAR AL QURAN
susa ...



SALAM to OB, tertarik dengan perenggan yang anda nyatakan, tiada perantara antara kita dengan ROBB, termasuklah dalam solat, saya amat, amat, amat bersetuju!!!!!  Komunikasi kita dengan ALLAH biarlah berlangsung terus(direct).

Dari merungut; Ya ALLAH kenapalah aku macam ni atau macam tu...(sekadar contoh)

Baik kita tukarkan dialog tu dalam bentuk permohonan mahupun rayuan berbentuk DO'A

Ya ALLAH kau lepaskan lah kau dari keadaan yang macam ini atau macam tu...(sekadar contoh)

Mohon Ma'af atas segala kesalahan sempena Syawal ini kepada semua forumers.............:lebai:
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
 Author| Post time 30-10-2006 01:02 PM | Show all posts
Salam semua,
  Berat ker topik ni untuk diperbincangkan? Atau mungkin tiada skop yang menjurus maka mudah untuk kita lari dari topik yang diperbincangkan. Anyway, thanks kepada penyumbang pendapat dalam thread ni.
  Salahkah kita meminta dalil dalam hal-hal melibatkan syariat Islam? Jika tidak, mengapa perlu segan memintanya kepada mereka dikatakan pakar dan sedia maklum dalam hal agama? Ya, kenapa perlu segan?
  Mungkinkah disebabkan keseganan itu maka forum-forum ini menjadi tempat yang paling sesuai untuk tujuan menimba ilmu. Gurunya boleh sesapa saja, bahkan dalil-dalilnya boleh diakses mudah sekali dan dimana-mana saja. Letak saja linknya maka sudah kuat itjihadnya. Persoalannya, akan meningkatkah ketaqwaan kita dengan cara begini? Atau menambah perpecahan dan sengketa sesama kita?
  Setiap patah ayat dan hadis dimikroskop satu persatu bagi mencari ertinya sebenarnya sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk mencipta satu pendapat baru yang memerlukan sokongan pengikut (rakyat dan pemerintah) untuk membenarkannya. Untuk apa ya? Untuk meningkat ketaqwaan kita kepada Yang Maha Agung? Atau sebab selainnya?
Kiranya ketaqwaan kita semakin meningkat maka adakah silaturrahim antara kita bertambah erat atau semakin merenggang? Allah berfirman antara maksudnya, para sahabat nabi berkasih sayang antara satu sama lain. Adakah kita ini termasuk dalam golongan yang berkasih sayang antara satu sama lain atau benci membenci. Mana mungkin mereka yang benci membenci ini berpegang pada tali Allah. Kiranya kita tidak membenci orang lain, mengapa perlu kita mencipta ruang kebencian sahabat kita terhadap kita?
Mengapa perlu kita war-warkan syariat dari itjihad kita sendiri berdasarkan Alquran dan/atau Alhadith sedang kita sedia maklum bahawa masyarakat/pemerintah muslim sudah didominasi dengan pendapat mazhab yang berkenaan? Walhal hidayah, hikmah, idea, rasa hati itu datang terus dari Allah untuk mereka yang mahu mencari dan menerimanya. Mengapa perlu diiklankan disana sini agar ada yang bertaklik dengan kita? Bukankah ini mengajak kepada debat/sengketa pendapat yang sia-sia?
  Harap ada kesinambungan....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.210129 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list