|
Usah gandingkan sains, al-Quran ( UTUSAN MALAYSIA 29/9/2006 )
[Copy link]
|
|
Wow! Amazing sungguh orang yang tulis artikel ni. Sedangkan ramai saintis di luar sana pun mengakui kehebatan al-Qur'an, individu yang menulis artikel ni pula menidakkannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada saya apa yang diperkatakan oleh Abdul Rahman Abd Rahim itu ada meritnya.
Usaha menggunakan sains sebagai alat untuk membenarkan sesuatu perintah atau larangan tuhan atau membenarkan Quran ada bahayanya sebab sains itu sendiri tidak stabil. Kestabilan sains hanya kerana ahli-ahli sains secara kolektif bersetuju menerima sesuatu itu sebagai benar.... dipanggil kebenaran sains... bukan kebenaran mutlak. Begitu pendapat Polanyi, seorang penerima anugerah nobel.
Tidak kurang pula mereka yang percaya bahawa kebenaran itu adalah relatif, terutamanya bagi penganut relativisme sains. Bagi golongan ini membenarkan Quran menggunakan sains memang tak jalan.
Dan bagaimana pula dengan teori indeterminism (taktentuisme) khususnya yang berkaitan dengan teori kuantum?
Berkaitan dengan sains dan dapatannya, jika menurut epistemologi Imam al-Ghazali ianya pun dianggap tidak stabil.
al-Ghazali dalam `epistemplogy of doubt'nya berpendapat bahawa ilmu yang diperoleh menggunakan akal murni (pure reason.. dalam falsafah dipanggil ilmu a priori, biasa juga dipanggil aliran rasionalisme) dianggap tidak stabil dan kebenarannya sentiasa boleh dipersoal.
Begitu juga dengan ilmu yang diperoleh melalui pengalaman atau indera (sense-perception - dalam falsafah dipanggil posteriori, atau melalui kaedah empirikal jika dalam sains) pun dianggap tidak stabil juga.
Bagi al-Ghazali ilmu yang paling stabil yang sukar digugat kebenarannya atau boleh dianggap sebagai mutlak ialah ilmu yang diperoleh melalui intuisi atau ilham, melalui hati, yang jika dalam sufisme dipanggil ilmu makrifat atau ilmu laduni, yang dipercayai diberikan terus oleh tuhan kepada mereka yang layak dan terpilih.
Jadi menggunakan epistemologi Imam Ghazali bukti-bukti saintifik nampaknya tidak begitu layak untuk membenarkan sesuatu perintah atau kata-kata tuhan...
Ada yang mengatakan konflik itu boleh terjadi kerana 2 perkara:
1.kerana sifat sains itu sendiri (baik sains tabii apalagi sains sosial) yang tidak stabil
2.masalah pemahaman kita terhadap kalam Tuhan.
Konflik akan sentiasa ada sebab apa saja yang berkait dengan manusia tidak akan ada yang mutlak. Kewujudan kita sendiri berbentuk nisbi.
Hanya Tuhan sahaja yang wujud mutlak.
Sains tidak lebih sekadar pemahaman manusia tentang alam dan alam itu juga nisbi.
Manusia nisbi alam nisbi... mana mungkin boleh memahami sesuatu yang mutlak. Kan?
Jadi jikapun kalam tuhan itu mutlak, kita tidak mungkin dapat memahaminya secara mutlak. Sebab pemahaman kita yang nisbi pun akan nisbi juga.
Sebab itu agaknya ada pemikir Islam berpendapat pemahaman kita terhadap wahyu itu ada pasang dan surut atau boleh berkembang dan menguncup - expansion and contraction of religious knowledge - bergantung kepada pasang surut pengetahuan kita tentang alam dan sebagainya.
Oleh kerana itu juga ada orang anggap sesiapa yang kata `ohh... inilah maksud cakap Tuhan...' sebagai suatu lawak. Ada seorang ilmuan Islam menulis mengenai perkara ini dalam bukunya `Speaking in God's Name...' yang umumnya berbicara tentang fenomena meletakkan pemahaman manusia sebagai kata tuhan untuk mengukuh legitimasi kata-katanya, juga kekuasaannya sendiri.
Ada orang yang percaya bahawa sains itu mutlak... malah pendokong scientisme ini mahu meletakkan kebergantungan hidup manusia kepada kebijakan sains seluruhnya. Sains sudah bertaraf tuhan. Empirisisme dianggap meyakinkan.
Walau bagaimanapun, kenisbian manusia dan alam bukanlah bermakna kita meragukan sains seluruhnya. Sains sebagai kajian alam mendapati alam ini memang mempunyai aturan-aturan tertentu. Tuhan sendiri menjelaskannya begitu. Malah aturan-aturan ini dibuat untuk kegunaan dan faedah manusia juga.
Kestablilan aturan-aturan alam itu telah memberi banyak faedah kepada manusia, yang memungkinkan wujudnya teknologi.
Tetapi alam jika dikaji pada peringkat nano, peringkat kuantum, didapati tidak ada aturan tertentu di dalamnya. Ia berbentuk random... malah mempunyai ciri dan sifat berbeza. Begitu yang saya faham sedikit tentang fizik kuantum. Anehnya kita pula yang boleh mengaturnya dengan cara-cara tertentu dengan hasil-hasil tertentu pula.
Lalu Ilya Pregogine, penerima hadiah nobel kimia ada menemukakan teori chaosnya... yg mengatakan alam ini sebenarnya tidak mempunyai aturan2 yg tetap, yg kita boleh predict perjalanannya, khususnya perjalanan manusia. Kerana jika alam itu tetap, masa depan kita sudah tetap perjalanannya dan kita tidak berupaya mengubahnya sedangkan bukti2 sejarah menunjukkan ianya berbentuk chaos... lalu manusia bebas menentukan masa depannya sendiri.
Seperti mana-mana ilmu, ada pelbagai aliran dalam sains. Jadi pada saya keyakinan kita akan bergantung kepada mana satu yang kita percaya. Contohnya jika kita percaya kepada falsafah sains Karl Popper maka kita tentu akan yakin dengan teori falsifibilitinya, iaitu teori2 sains itu benar sehingga kita berupaya membuktikan sebaliknya.
Kesimpulannya saya dalam beberapa hal bersependapat dengan penulis itu. Menggunakan sains untuk membenarkan Quran memang ada bahayanya (tanpa menolak kebaikannya). Dan dalam banyak hal sebahagian kita sering menggunakan pendekatan itu sebagai `tilam empuk' sebagai alas untuk mengurangkan rasa sakit dan perit, dan rasa rendah diri, kerana tidak berupaya menguasai sains dengan baik seperti orang2 kafir.
salam.
[ Last edited by petola at 18-10-2006 04:39 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by unik-woman-warr at 18-10-2006 02:14 PM
Wow! Amazing sungguh orang yang tulis artikel ni. Sedangkan ramai saintis di luar sana pun mengakui kehebatan al-Qur'an, individu yang menulis artikel ni pula menidakkannya...
penulis itu bukan menidakkan kehebatan Quran, tetapi menidakkan kehebatan sains sehingga digunakan untuk `mengesahkan' Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 18-10-2006 05:01 PM
penulis itu bukan menidakkan kehebatan Quran, tetapi menidakkan kehebatan sains sehingga digunakan untuk `mengesahkan' Quran.
Good point, petola.
Saya lihat masyarakat Islam Malaysia secara umumnya ramai yang masih tidak bersedia untuk mendebat perkara yang mungkin dianggap berat sebegini...
Mungkin yang berminat boleh membaca dengan lebih lanjut karya2 Imam Al Ghazali seperti Ihya dan Minhajul Abidin yang ada mention pasal ilmu sains dan "bahaya"nya kepada aqidah Islam..seperti kata petola, idea ini bukanlah baru..Kitab-kitab tauhid aliran Asyariah pun ada yang sebut juga sedikit sebanyak pasal ni.
Itu realitinya - Al Quran adalah THE absolute knowledge, dan tidak ada tolok bandingnya dengan ilmu manusia dahulu, sekarang atau yang akan datang. Al quran perlu diletak ditempatnya yang sebenar dalam hati-hati para muslimin.
Tidak ketinggalan karya2 falsafah sains Islam zaman sekarang pun ada sebut pasal ini. Pergi library cari ada boleh baca pandangan pro dan kontra..jgn terlalu cepat buat kesimpulan tetapi actually "miss the boat"on the actual argument. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bro, tgk tajuk ler bro, USAH GANDINGKAN SAINS DAN AL-QURAN, satu tajuk yg cukup memualkan, bukan kah Allah dah cakap, akan muncul golongan yg suka mengelirukan umat islam sendiri, seperti statement2 mcm ni lah. Kepada yg menyokong kenyataan ini pulak, cuba mentafsirkannyer dari sudut neutral, kira freethinker gitu. Alahaii....... |
|
|
|
|
|
|
|
penulis takut kalau sains membuktikan sesuatu yg berbeza dari Quran.
nampak macam penulis tak yakin dgn Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bzzts at 19-10-2006 04:29 PM
penulis takut kalau sains membuktikan sesuatu yg berbeza dari Quran.
nampak macam penulis tak yakin dgn Quran.
takut org kata apa ada dalam quran tu tak betul....sedangkan quran tu kalimah Allah..Pencipta Alam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bzzts at 19-10-2006 04:29 PM
penulis takut kalau sains membuktikan sesuatu yg berbeza dari Quran.
nampak macam penulis tak yakin dgn Quran.
sains itu cuma hukum adat. Bagi saya tiada masalah sains membuktikan
sesuatu yang berbeza dari Quran. Sehingga sekarang sains tidak dapat
membuktikan perkara2 ghaib seperti kewujudan malaikat dan jin yang disebut
begitu banyak dalam Al Quran.
Tidak mustahil berlaku sesuatu yang men"carik" adat, dengan kuasa Allah s.w.t.
Adapun sesuatu fenomena itu walaupun wajib pada adat tapi kalau dilihat dari hukum
akal adalah harus jua. Perlu renung perkara ini dalam2 dan belajar betulkan aqidah kita.
Allah berfirman dalam quran: Qul naa Yaa Naaru kuu nii bardan wasalaa man 'alaa Ibrahiim.
terjemahan:
Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.
Surah Al Anbiya ayat 69
Ada riwayat mengatakan Nabi Ibrahim dibakar dengan api yang begitu besar yang
bernyala selama 40 hari 40 malam tapi dia dok dalam api selamat sejahtera dengan kuasa Allah.
Adakah sains selari dengan ini? Sehingga sekarang tiada manusia yang boleh tahan kepanasan
api dengan kulit yang tidak terlindung seperti yang berlaku kpd Nabi Ibrahim as. Adakah ini masalah besar?
Quran tidak selari dengan sains? Konsep thermodynamics tidak membenarkan perkara ini dari berlaku kerana
kulit manusia adalah terdiri dari zarah2 yang boleh terbakar dalam api oleh itu equation thermodynamics pembakaran
Nabi Ibrahim takkan balanced sampai bila-bila...
Jangan risau..yakinlah kuasa Allah melampaui segala hukum adat dan yakinlah dengan kebenaran Al Quran.
AL QURAN ITU LEBIH BENAR DARI SAINS.
Wallahua'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 always_typo's post
tadi khutbah jumaat ada khatib baca ayat ni.
ada cerita sikit kisah kukuhnya tawakkal Nabi Ibrahim A.S. terhadap Allah s.w.t.
Berderau darah aku ... huhu... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua.
saya konfiden 100% dengan kebenaran Quran... sebab ia kalam Allah. Saya percaya dan beriman dengannya. Itu sudah cukup. Saya tak perlukan apa2 bukti untuk membenarkan Quran.... Sama ada sains telah membuktikan kebenaran Quran atau tidak, kepercayaan dan iman saya pada Quran tidak berubah.
tetapi saya tidak konfiden 100% dengan kebenaran sains. Mengapa? Sebab sains sekadar kajian dan pengetahuan manusia tentang alam. Kefahaman manusia tentangnya ada yang benar tetapi pasti tak lari dari kesalahan. Jadi kepercayaan kita pada kebenaran sains perlu ada reservation, atau berpada-pada... keranan kebenaran sains bukan mutlak.
alam bukan sains. Alam ialah subjek kajian sains. Kajian terhadapnya, dan ilmu yg diperoleh, itu yg sains.
alam tidak mungkin bertentangan dengan Quran dan Quran tidak mungkin bertentangan dengan alam sebab kedua2nya berasal dari satu sumber... Allah. Alam boleh juga dianggap sebagai wahyu dalam bentuk fizikal. Tetapi pemahaman kita manusia terhadap alam dan Quran, melalui kajian sains dan tafsiran ayat, tidak akan lari dari salah silap atau terbabas. Maka patutkan sesuatu yg goyah begitu kita jadikan bukti dan pengukur akan kebenaran mutlak Quran tanpa ada reservation?
kajian sains tentulah mempunyai kaedah2 tertentu... yg dinamakan kaedah sains atau saintifik yg bermatlamat menghasilkan temuan yg pasti atau objektif. Selalu juga disebut sebagai pendekatan empirikal (melalui experimentation dan observation)... berlandaskan konsep empiricism.
tetapi adakah kaedah sains secara empirikal itu tidak ada kekurangannya atau flawless sehingga temuan yg diperoleh tidak boleh diragukan kebenarannya? Kalau anda kaji perbincangan mengenai hal ini, baik dikalangan ahli2 falsafah ilmu, kajian epistemologi (teori ilmu) malah di kalangan ahli2 sains sendiri anda akan dapati bahawa empiricism itu bukanlah sesuatu yg fool-proof, flawless atau tidak ada cacat cela atau kekurangannya.
dengan itu jangan percaya 100% akan sains, sebab kebenaran sains hanyalah... ya... sekadar kebenaran sains. Sekadar apa yg kita manusia faham tentang alam. Ia bukan kebenaran mutlak seperti kebenaran Quran.
sekali lagi.. sains ialah kajian tentang alam dan ilmu yg diperoleh daripada kajian tersebut. Sains bukan alam per se.
[ Last edited by petola at 21-10-2006 08:26 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara makna sains di carian google:
Definitions of science on the Web:
- Science refers to either:* the scientific method ? a process for evaluating empirical knowledge; or* the organized body of knowledge gained by this process.
en.wikipedia.org/wiki/Science
- the study of the natural world
education.jlab.org/beamsactivity/6thgrade/vocabulary/
- systemized knowledge derived through experimentation, observation, and study. Also, the methodology used to acquire this knowledge.
www.carm.org/evolution/evoterms.htm
- A branch of knowledge based on objectivity and involving observation and experimentation.
www.spaceforspecies.ca/glossary/s.htm
- Primarily the pursuit and study of physical and material knowledge, particularly in a systematic and organized manner, of spiritual matters.
www.gnmagazine.org/bsc/03/glossary.htm
- The body of related courses concerned with knowledge of the physical and biological world and with the processes of discovering and validating this knowledge.
nces.ed.gov/programs/coe/glossary/s.asp
- a method of reaming about the world by applying the principles of the scientific method, which includes making empirical observations, proposing hypotheses to explain those observations, and testing those hypotheses in valid and reliable ways; also refers to the organized body of knowledge that results from scientific study.
farahsouth.cgu.edu/dictionary/
- systematically acquired knowledge that is verifiable.
oregonstate.edu/instruct/anth370/gloss.html
- Science no longer seeks to explain phenomena and arrive at any kind of reality; rather, it now seeks to classify phenomena according to preconceived models. This, however, is what we would call "art" according to our traditional categories.
www.equivalence.com/labor/lab_vf_glo_e.shtml
- The study of the nature and behaviour of the physical universe in order to provide understanding and to develop a description of the basic principles and mechanisms.
www.ipem.org.uk/sigs/etsig/glossary.html
- Those branches of study relating to the phenomena of the physical universe and its laws, a connected body of demonstrated truths with observed facts systematically classified under general laws; the study of relative, modified Principles which can be proven through physical measurements and through physical senses.
miriams-well.org/Glossary/
- The method of inquiry that requires the generation, testing, and acceptance or rejection of hypotheses.
highered.mcgraw-hill.com/sites/0072549238/student_view0/glossary.html
- The observation and classification of the ways in which nature works, as these ways affect human awareness.
www.thepeacefulplanet.com/glossary.html
- A systematic field of study or body of knowledge that aims, through experiment, observation, and deduction, to produce reliable explanations of phenomena, with reference to the material and physical world.
highered.mcgraw-hill.com/sites/0072500506/student_view0/chapter1/key_terms.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|