CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8762|Reply: 48

BERPUASA MENURUT APA YANG ALLAH PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN

[Copy link]
Post time 30-9-2006 02:26 PM | Show all posts |Read mode
BERPUASA MENURUT APA YANG ALLAH PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN

Salamun Alaikum

Sekadar untuk renungan bersama...................

Surah Al-Baqarah:
[187] Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.

Allah memerintahkan kita mula berpuasa sebaik fajar menyinsing dan berbuka apabila telah tiba permulaan malam, iaitu pertama ketika benang putih boleh dibezakan dari benang hitam untuk memulakan puasa dan apabila benang putih tidak dapat dibezakan dengan benang hitam untuk kita dibolehkan berbuka puasa.

Perhatikan juga perintah Solat dalam Al-Quran dalam surah Hud:

[114] Dan dirikanlah solat pada kedua-dua tepi siang(sebaik fajar menyingsing dan ketika terbenam matahari) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.

Perhatikan perintah berpuasa dan perintah solat fardu yang dirujuk kepada masa, tidakkah ia selari dan selaras? Tiada percanggahan! Tiada Kebengkokan! MasyaALLAH......ALLAHULKABEER, ALLAHULKABEER, ALLAHULKABEER!

Saya yakin bahawa dengan mengikut perintah ini, maka tiada apa patut saya buru-burukan baik pada semasa hendak memulakan puasa begitu juga semasa hendak berbuka, teratur dan penuh ketenangan, InsyaALLAH.  Maksud saya dengan tenang saya dapat bersahur dan bersolat mengikut 'sequence'nya, begitu juga semasa berbuka, kerana tidak perlu berebut antara solat dengan berbuka, Solat dahulu kemudian dengan tenang membaca sedikit ayat-ayat Al-Quran dan kemudian berbuka puasa...... ALLAHU A'LAAM.....

Saya ikhlas dalam memperkatakan hal berpuasa dan keselarasannya dengan perintah solat ini mengikut apa yang ALLAH firmankan dan bukan hendak mengajak kepada perselisihan dan pertentangan, jauh sekali untuk menunjukkan bahawa saya lebih mengetahui dari orang lain, baik mereka yang terdahulu mahupun mereka pada masa ini, cuma saya hendak mengajak diri saya dan seluruh keluarga besar ISLAM saya bersama-sama merenunginya.  Hanya kepunyaan ALLAH segala sesuatu........

----------------------------------------------------------------------
[size=-2]Aku hanya abdullah yang ingin terus berada pada Sirotolmustaqimullah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 30-9-2006 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 30-9-2006 02:26 PM
Allah memerintahkan kita mula berpuasa sebaik fajar menyinsing dan berbuka apabila telah tiba permulaan malam, iaitu pertama ketika benang putih boleh dibezakan dari benang hitam untuk memulakan puasa dan apabila benang putih tidak dapat dibezakan dengan benang hitam untuk kita dibolehkan berbuka puasa.

Selalunya waktu berbuka la ni bukan hanya masih boleh membezakan benang hitam dengan benang putih tapi benang macam-macam warna masih b oleh dibezakan. Ini disebabkan kalau di perhatikan hari masih lagi terang benderang. Macam mana ni yer??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 30-9-2006 03:29 PM

Selalunya waktu berbuka la ni bukan hanya masih boleh membezakan benang hitam dengan benang putih tapi benang macam-macam warna masih b oleh dibezakan. Ini disebabkan kalau di perhatikan hari m ...

Salam sejahtera sdr gravedigger......

Itulah yang menjadi tandatanya pada saya, atas authority dari siapa maka perintah ALLAH itu diabaikan dan diajak majoriti awam mengikut pendekatan mereka.....rujuk persoalan saya dlm blok mazhab mengenai berpuasa mengikut mazhab....
Allahu a'lam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2006 04:08 PM | Show all posts
Dan selain anda dan saya, berapa ramaikah yang sedar akan hal ini dan mula mengamalkan puasa seperti apa yang telah diFirmankan ALLAH ini? Dan berapa ramai pula yang tahu tapi terus juga mengamalkan apa yang telah selama ini diamalkan keran takut dipinggir majoriti? Dan berapa ramai pula lagi yang akan marah kerana orang seperti saya menimbulkan keraguan spt diatas, walaupun ayat ini clear and direct.

Pada saya apa ditakut murka manusia berbanding murka ALLAH Azzawajalla...............

ALLAHU A'LAM.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 30-9-2006 02:26 PM
BERPUASA MENURUT APA YANG ALLAH PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN

Salamun Alaikum

Sekadar untuk renungan bersama...................

Surah Al-Baqarah:
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan  ...

Salam ayyohpeen.

Splendid post!,
Saya dengan sukacitanya bersetuju dengan saudara.

Saya setuju dengan definasi malam daripada Al-Qur'an, "Malam" adalah ketika siang ditanggalkan darinya.

Firman Allah:
36:37. Dan satu ayat bagi mereka ialah malam; Kami menanggalkan siang daripadanya, dan tiba-tiba, mereka dalam kegelapan.

Salam ayyohpeen,
Selamat berpuasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 05:24 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 30-9-2006 02:26 PM
BERPUASA MENURUT APA YANG ALLAH PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN

Salamun Alaikum

Sekadar untuk renungan bersama...................

Surah Al-Baqarah:
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan  ...

Salam Sejahtera ayyohpeen, lolipop9, gravedigger n semua.

Selamat menjalani ibadat puasa.

Saya ingin mengupas beberapa isu yg berkaitan dgn amalan puasa/"shawm" yg mungkin boleh diulas bersama.  Sebelum itu, saya ingin menegaskan apa yg saya akan coretkan disini bukanlah dgn niat untuk menimbulkan sebarangan keraguan atau memperlekehkan apa yg dilakukan secara lazimnya oleh masyarakat.  Tujuan saya hanya untuk melihat kembali penjelasan2 yg diceritakan didlm al Qur'an.

Didlm konteks berpuasa/"shawm" bila diertikan sebagai amalan ritual, penggunaan ayat yg menerangkan perintah ini akan dibaca secara konsisten throughout the Scripture.  Logiknya, amalan puasa ini yg khusus sifatnya semestinya memibawa pengertian yg khusus juga bila diruk didlm al Qur'an.

Saya mudahkan sedikit dan cuba untuk tidak banyak menggunakan approach dari sudut falsafah.  So straight to the point, bila puasa itu dikatakan tidak makan dan minum, maka apa yg berkaitan dgn "shawm" dari segi logiknya mestilah membawa erti "tidak makan dan minum" pada mana2 ayat2 yg lain didlm al Qur'an.

Ayat "syawm"/"puasa"/"wakuloo waishraboo"/"tidak makan dan minum" dirujuk pd Q2:187 seperti yg ayyohpeen nyatakan di awal post.

2:187
Transliteration
Ohilla lakum laylata alssiyami alrrafathu ila nisa-ikum hunna libasun lakum waantum libasun lahunna AAalima Allahu annakum kuntum takhtanoona anfusakum fataba AAalaykum waAAafa AAankum faal-ana bashiroohunna waibtaghoo ma kataba Allahu lakum wakuloo waishraboo hatta yatabayyana lakumu alkhaytu al-abyadu mina alkhayti al-aswadi mina alfajri thumma atimmoo alssiyama ila allayli wala tubashiroohunna waantum AAakifoona fee almasajidi tilka hudoodu Allahi fala taqrabooha kathalika yubayyinu Allahu ayatihi lilnnasi laAAallahum yattaqoona

Literal
(It) became/is permitted/allowed to you (the) night of the fasting the obscenity/ indecency (intercourse), to your women (wives), they are (F) a cover/wives to you and you are a cover/husbands tothem (F), God knew that you were betraying/being unfaithful (to) yourselves, so He forgave on you, and He forgave/pardoned on you, so now touch their (F) outer skin , and desire (seek) what God has written/dictated for you, and eat and drink until the thread the white appears from the thread the black from the dawn , then complete the fasting to the night and do not touch their outer skin (while) you are devoting in the mosques/places of worshipping God. Those are God's limits/orders , so do not approach/near it, like that God clarifies His verses/evidences to the people, maybe they fear and obey (God).

Setelah kita melihat alssiyami yg membawa erti puasa/fasting/abstinence, kita dapati puasa ini dikaitkan dgn tidak makan dan minum berdasarkan ayat "wakuloo waishraboo".  So far so good.

p/s wakuloo waishraboo literally translated to "and eat and drink"

Sekarang mari kita lihat pula bagaimana ayat 2 ayat2 penting ini, i.e "syawm", dan "wakuloo waishraboo" di gunakan di ayat2 lain didlm al Qur'an.  Apa kah pula pengertian yg dibawa melalui ayat2 ini.

19:26
Transliteration
Fakulee waishrabee waqarree AAaynan fa-imma tarayinna mina albashari ahadan faqoolee innee nathartu lilrrahmani sawman falan okallima alyawma insiyyan

Literal
So eat and drink and be delighted/satisfied eye(s) (delight your eyes), so when you see anyone from the human, so say: 'That I made a duty/vow (on myself) to the merciful, a fast , so I will not converse/speak the day/today (to) a human .'

Bila kita rujuk Q19:26, Mariam diceritakan sebagai berpuasa/fast/sawman.   Tetapi bila dibaca ayat yg sama dan melihat juga ayat yg sebelumnya i.e Q19:25 kita dapati "makan dan minum" tidak pula diambil kira sebagai element berpuasa.
:hmm:

Q19:25
Literal
And shake/move to(wards) you with the palm tree's trunk/stem, it causes freshly harvested/gathered ripe/moist (dates) to fall/drop repeatedly on you.

Saya dapati untuk melihat tafsiran selanjutnya ttg pengertian "wakuloo waishraboo" kita boleh rujuk Q5:75.

5:75
Transliteration
Ma almaseehu ibnu maryama illa rasoolun qad khalat min qablihi alrrusulu waommuhu siddeeqatun kana ya/kulani alttaAAama onthur kayfa nubayyinu lahumu al-ayati thumma onthur anna yu/fakoona

Literal
The Messiah Mary's son is not except a messenger, the messengers had past/expired from before Him, and his mother (was) always very truthful, they were (B) eating the food; look/see how We clarify/explain to them the signs/evidences, then look/see where they be turned away .

Saya dapati pemahaman yg berkaitan dgn "makan"/"ya/kulani" didlm konteks ayat Q5:75 adalah ciri2 bahasa yg menunjukkan perbuatan "penerimaan" kepada apa yg diperturunkan oleh Tuhan.  Ini dapat dilihat dgn penelitian ayat seterusnya: they were (B) eating the food; look/see how We clarify/explain to them the signs/evidences,.

Melihat konteks ayat 5:75, bila diceritakan ttg "eat/makan", ianya tidak lah merujuk kepada perbuatan "makan" secara literal.  Contohnya, jika bila kita kata " I digest..." boleh menunjukkan saya memproses apa yg dimasukkan, samada makanan (didlm perut) atau maklumat "didlm akal".  Food pula seperti yg dilihat didlm Q5:75 adalah merujuk kepada "signs/evidence", yakni ayat2/penerangan yg diturunkan oleh Tuhan.

Saya berhenti dulu kerana kena panaskan lauk untuk bersahur.  Selamat berpuasa.

Salam Sejahtera.

Btw
Kesinambungan dari logik tentang malam dan siang, ini juga boleh membawa erti yg bersahur dibenarkan sehingga lepas terbit matahari.
:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2006 05:36 AM | Show all posts
See , 1 ayat , tp sbb level of understanding manusia yg brbeza2 , membawa pengertian yg brbeza2. Tp aku mmg bkn intention manusia SENGAJA nak menyalah tafsirkan , tp mmg akal n pemahamana mrk brbeza2lah , maka tafsiran jd brbeza2. So u can conclude yrself apa maksudnya kehidupan ini yg sbnarnya.

Ini hnya cth , dr berbillion2 slah tanggapan atau tangapan mengikut kemampuan berfikir manusia yg berbeza2 , yg mmg bkn slah mereka , tetapi AKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN , yg akan membri kesan KEPADA SEMUA MANUSIA. Think abt it , again n again. Salam n selamat berpuasa to all forumers.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 09:15 AM | Show all posts
Masa mula-mula baca ayat ni pun hati saya terdetik dan tertanya-tanya... tapi saya akui saya tak pandai ilmu Agama dan tak tahu berbahasa arab jauh sekali untuk mentafsir ayat ni.  Saya pernah bertanya dengan ramai ustaz dan masing-masing mengatakan bahawa ayat ini agar sukar dimengertikan secara langsung.  Untuk masa ni saya mengikut fikiran Ahli sunah wal-Jamaah...

Sesungguhnya manusia hanya perlu berusaha membuat sebaik mungkin kerana Allah, mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah... bermula dari ilmu yang asas iaitu mengtauhidkan Allah.  Tentang diterima atau tidak amalannya, tentang diredhai atau tidak, itu hak Allah yang menentukan... siapa kita dan di manakah kita kelak... Saya sedar kekurangan diri dan berusaha memperbaikinya agar saya tak sibuk melihat kesalahan orang lain dan sibuk nak membetulkannya tanpa membetulkan diri sendiri terlebih dahulu...  Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 1-10-2006 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 1-10-2006 05:24 AM

19:26
Transliteration
Fakulee waishrabee waqarree AAaynan fa-imma tarayinna mina albashari ahadan faqoolee innee nathartu lilrrahmani sawman falan okallima alyawma insiyyan

Literal
So eat and drink and be delighted/satisfied eye(s) (delight your eyes), so when you see anyone from the human, so say: 'That I made a duty/vow (on myself) to the merciful, a fast , so I will not converse/speak the day/today (to) a human .'

Bila kita rujuk Q19:26, Mariam diceritakan sebagai berpuasa/fast/sawman.   Tetapi bila dibaca ayat yg sama dan melihat juga ayat yg sebelumnya i.e Q19:25 kita dapati "makan dan minum" tidak pula diambil kira sebagai element berpuasa.

Salamun Aalaikum M5,

Apabila saudara bernazar(vow/pledge) secara muktamat ataupun bersyarat, saudara boleh  merujuk kepada future action.
Contohnya didalam ayat tersebut Mariam didapati diperintahkan untuk berkata walaupun "pada hari ini" beliau tidak akan berkata kepada manusia lain.

Saya dapati untuk melihat tafsiran selanjutnya ttg pengertian "wakuloo waishraboo" kita boleh rujuk Q5:75.

5:75
Transliteration
Ma almaseehu ibnu maryama illa rasoolun qad khalat min qablihi alrrusulu waommuhu siddeeqatun kana ya/kulani alttaAAama onthur kayfa nubayyinu lahumu al-ayati thumma onthur anna yu/fakoona

Literal
The Messiah Mary's son is not except a messenger, the messengers had past/expired from before Him, and his mother (was) always very truthful, they were (B) eating the food; look/see how We clarify/explain to them the signs/evidences, then look/see where they be turned away .

Saya dapati pemahaman yg berkaitan dgn "makan"/"ya/kulani" didlm konteks ayat Q5:75 adalah ciri2 bahasa yg menunjukkan perbuatan "penerimaan" kepada apa yg diperturunkan oleh Tuhan.  Ini dapat dilihat dgn penelitian ayat seterusnya: they were (B) eating the food; look/see how We clarify/explain to them the signs/evidences,.

Pada hemat saya, "mereka memakan makanan" adalah bukti/tanda/ayat yang menunjukkan Al-Masih dan ibunya adalah manusia biasa, bukan seperti dakwaan segolongan manusia yang mengatakan Al-Masih Isa putera Mariam dan ibunya adalah Tuhan. Jika mereka adalah Tuhan, sudah tentu mereka tidak perlu makan.

Kebanyakkan Cristian hari ini masih mengangap Isa putera Mariam adalah anak Tuhan dan sebahagian dari Cristian Catholics dan Eastern Orthodox of Mariolatry masih menyembah Mariam sebagai Tuhan.

Ini disokong oleh Firman Allah

5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.

salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 05:26 PM | Show all posts
Salamun Alaikum,

Alhamdulillah........
Iyya kana' budu wa iyya kanas ta'ien........
Iyya kana' budu wa iyya kanas ta'ien........
Iyya kana' budu wa iyya kanas ta'ien........

Ya Allah.........
Eih dinassirotholmustaqeem..............
Eih dinassirotholmustaqeem..............
Eih dinassirotholmustaqeem..............

Istajeebullah.

Inilah maksud saya memulakan topik ini, bukan untuk menuding jari ttg siapa yang salah, tetapi hanya mengajak diri saya dahulu sebelum mengajak keluarga besar ISLAM saya kepada mencapai tuntutan perintah ALLAH SWT.  Ikhlas, itulah tujuan saya.  Sebab itulah saya hanya sekadar bertanya ttg atas authority apa/siapa yang ibadah puasa kita menjadi sebegitu rupa praktisnya pada masa ini.  Bukan hendak melabel sesiapa sebab saya tidak berkelayakan, tetapi sebagai ciptaan ALLAH yang diberi aqal, maka wajar bagi saya mengajak diri saya sendiri terlebih dahulu dan anda semua sebagai keluarga besar ISLAM saya agar sama-sama merenungi perintah-perintahNya.

Saya hormati semua pandangan, terutamanya yang mampu mengupas setiap perkara dengan idea sendiri bersandarkan Kitabullah dan tanpa prejudis, juga tanpa bias.  Perbezaan pandangan adalah dialu-alukan demi mencari titik perpaduan yang ultimate.  

Semuga RAMADHON kali ini dapat memperteguhkan ikhwan kita semua, IinsyaALLAH.

Allahu A'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 30-9-2006 09:31 PM

Salam ayyohpeen.

Splendid post!,
Saya dengan sukacitanya bersetuju dengan saudara.

Saya setuju dengan definasi malam daripada Al-Qur'an, "Malam" adalah ketika siang ditanggalk ...

Salam kembali pada Loli.......

Semuga segala amalan kita diterimaNya, hanya ALLAHlah yang Maha Meliputi lagi Maha Melihat akan kerjabuat hambaNya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
[size=-2]Betapa kerdil saya rasakan seluruh diri dan jiwa saya pada Ramadhon kali ini.
Kerana mengharungi Ibadah Puasa kali ini amat lain saya rasakan, luar dan dalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 01:46 PM | Show all posts
Salam.....

Rujuk Surah Al-Baqoroh:
[187] Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa
bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah
pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi
mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat
menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan
memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka
dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu,
dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih
dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam,
(tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang
kamu beri`tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah,
maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya
mereka bertakwa.

Pernahkah kita mencuba untuk mengikatkan benang hitam
dan benang putih pada dua batang kayu ais kerim atau ranting kecil dan
halakan kepada ufuk timur ketika cuaca baik dan
matahari hampir terbit?(Fajar Sadiq)dan menghalakan
kearah ufuk barat ketika matahari hampir hilang
terbenam sepenuhnya? Agak-agaknya pukul berapa ek
sepatutnya kita boleh mula dan boleh berbuka?

Saya nak mengajak diri saya dan keluarga seIslam saya
agar mencuba kaedah seasas ini spt yang ALLAH
perintahkan sebagai satu usaha kita mencari dan
menyempurnakan apa sahaja perintah Allah secara
terbaik dan sebaik mungkin. Allahu A'laam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 01:57 PM | Show all posts

 Author| Post time 4-10-2006 02:00 PM | Show all posts
Dok tunggu juga kupasan lanjut dari M5 atau sesiapa lagi yang mahu berbincang........
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 4-10-2006 01:57 PM
Pernahkah kita mencuba untuk mengikatkan benang hitam
dan benang putih pada dua batang kayu ais kerim atau ranting kecil dan
halakan kepada ufuk timur ketika cuaca baik dan
matahari hampir terbit?(Fajar Sadiq)dan menghalakan
kearah ufuk barat ketika matahari hampir hilang
terbenam sepenuhnya? Agak-agaknya pukul berapa ek
sepatutnya kita boleh mula dan boleh berbuka?

Saya agak musykil.

Ayat al quran tu tak ada sebut pun pasal TIDAK DAPAT membezakan
benang putih dengan benang hitam sebagai tanda berbuka.

Yang disebutkan adalah DAPAT membezakan benang putih dan
benang hitam ketika mula berpuasa.

Dari mana tuan dapat kesimpulan untuk menggunakan perbezaan
warna benang untuk KEDUA2 mula berpuasa dan akhir berpuasa,
padahal mengikut pemahaman saya ianya hanyalah terpakai
untuk bermula puasa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 4-10-2006 02:20 PM

Saya agak musykil.

Ayat al quran tu tak ada sebut pun pasal TIDAK DAPAT membezakan
benang putih dengan benang hitam sebagai tanda berbuka.

Yang disebutkan adalah DAPAT membezakan benang ...

Salam always typo. Puasa sepatutnya disempurnakan sampai malam, Cuba lihat diluar sewaktu saudara/i berbuka puasa..adakah siang telah ditanggalkan darinya?

salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-10-2006 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 4-10-2006 07:31 PM

Salam always typo. Puasa sepatutnya disempurnakan sampai malam, Cuba lihat diluar sewaktu saudara/i berbuka puasa..adakah siang telah ditanggalkan darinya?

salam

Spai malam... buktinya:hmm:
Aku x fhm bab2 ni lah , spai leh explain secara senang nak faham , tq
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 4-10-2006 08:12 PM

Spai malam... buktinya:hmm:
Aku x fhm bab2 ni lah , spai leh explain secara senang nak faham , tq

Sila baca Q2:187,

salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 08:38 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 4-10-2006 08:30 PM

Sila baca Q2:187,

salam

Ok , tq , aku dah faham.

Jd adakah brmaksud puasa org islam di mesia ni , psl aku duduk kat mesia , selama ini salah :stp:

Is that what r u trying 2 say:hmm:

Ok , according 2 ayat tu , so sepatutnya bila waktu brbuka , waktu isyak , or tgh malam or bila masanya , tq
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:01 PM | Show all posts
Salam Bateesta,

Originally posted by Bateesta at 4-10-2006 08:38 PM

Ok , tq , aku dah faham.

Jd adakah brmaksud puasa org islam di mesia ni , psl aku duduk kat mesia , selama ini salah :stp:
Is that what r u trying 2 say:hmm:

Im just conveing the message, you judge yourself in the light of the Quran whether our your deeds is right or wrong.

Ok , according 2 ayat tu , so sepatutnya bila waktu brbuka , waktu isyak , or tgh malam or bila masanya , tq

ilallili = sampai malam

I believe the verse is crystal clear. don't you think so?

salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.148158 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list