View: 3089|Reply: 8
|
Berbuka puasa berdasarkan sunah
[Copy link]
|
|
Berbuka puasa berdasarkan sunah
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus
RASULULLAH s.a.w. mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu adalah:
A. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.
Ibnu Umar berkata: Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w. akan membaca doa yang bermaksud, Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala. (Riwayat Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shaum, hadis no. 2010)
Abdullah Ibnu Umar berkata, Apabila berbuka puasa bacalah, Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar engkau mengampunkan aku. (Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Shiyam, hadis no. 1743)
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.
Sabda Rasulullah s.a.w., Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka. (Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Shiyam, hadis no. 1743)
B. Menyegerakan berbuka puasa
Disunatkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka daripada sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadat lain kerana perintah Nabi s.a.w. dalam sabdanya bermaksud: Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1957)
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Sebaik-baik hamba-Ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 636)
C. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air
Rutab ialah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula ialah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w..
Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w. berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air. (Riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 632)
D. Bersegera mengerjakan solat Maghrib
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w. juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makan malam telah terhidang, disunatkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib.
Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no. 674)
Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya, Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (Rujuk Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 78)
E. Berbuka puasa secara sederhana
Firman Allah yang bermaksud: Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas. (al-A'raaf: 31)
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan.
Sabda Nabi s.a.w., Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahil (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Zuhud, hadis no. 2302)
F. Menjamu makanan untuk berbuka bagi orang berpuasa
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutama kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah.
Firman Allah yang bermaksud: Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih. (al-Insaan: 8 dan 9)
Menjamu makan untuk berbuka puasa dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.
Sabda baginda s.a.w., Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 735)
- Mohd. Yaakub Mohd. Yunus ialah Timbalan Presiden Bahagian Perbankan Perusahaan Affin Bank Bhd. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nice2000 This user has been deleted
|
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Dapat gak panduan kita bersama..........baguslah mcm ni...kita kongsi bersama ilmu |
|
|
|
|
|
|
|
MINDA MUFTI: Adab-Adab berbuka puasa menurut Sunnah
13-09-2007 11:49:50 AM
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
ADAB -adab berhubung dengan ibadat mestilah merujuk kepada apa yang ditunjuk ajarkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ada sebahagian pihak yang cenderung untuk mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana itu boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilang kelebihan puasa.
Sedang di dalam hadith yang sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik di dalam al-Mawata |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hadith yang lain daripada `Abd Allah bin `Umar, baginda s.a.w. bersabda: \
إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَابْدَءُوا بِالْعَشَاءِ وَلَا يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ
揂pabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai |
|
|
|
|
|
|
|
Kelima: Berdo`a ketika berbuka. Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
揝esungguhnya bagi orang berpuasa itu, do`a yang tidak ditolak ketika dia berbuka.
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin 慉bd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur慳h dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdo`a dengan apa sahaja do`a yang kita hajati. Do`a orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut: Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota |
|
|
|
|
|
|
|
good info. thanks for sharing. |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak cari Rutab (buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan) nih? aku pernah makan sekali jer masa ramadhan last year. |
|
|
|
|
|
|
|
yang bertangkai2, segar tu kan?
kat umah ada sekotak
apa dia tulis
Kurma Tunisia
bulat2 gitu
warna kuning/oren
mcm buah kana
segar, ada lagi tangkai
kena guna tenaga jugak lah
kalu nak tarik buah kurma tuh
mcm buah anggur
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 13-9-2007 11:38 PM
mana nak cari Rutab (buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan) nih? aku pernah makan sekali jer masa ramadhan last year.
ade jual kat satu restoran arab, Al Dhiafah, sign board dia tulis "Royal Dates" dekat Sri Petaling, sebaris ngan Maybank. try tengok situ. mcm2 kurma ade... |
|
|
|
|
|
|
| |
|