CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5810|Reply: 9

Utk Yg Suka Solat Di Akhir Waktu

[Copy link]
Post time 1-11-2006 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya.....
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.

Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya
MasyaAllah...

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar
amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan
dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian
bertimpa-timpa.

Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu
takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 1-11-2006 12:36 PM
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya ...


Boleh tahu tak siapa tukang cerita ini???.

[ Last edited by  antiQue at 5-11-2006 08:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 1-11-2006 12:36 PM
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya ...


:lebai:

Bagaimana pulak kepada penganut mazhab hanafi yang menta'khirkan solat subuh mereka?

:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 02:13 PM | Show all posts
kalau kisah tuk kita jadi baik rasanya x kisah sgt.... lani kita d dambakan bermcm2 faedah dan kebaikan membuat amal.... xde plak yang sebaliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 04:19 PM | Show all posts
klu solat lambat..hati x kyusyuk dah..sbb mase dah nk habis..mesti baca pon gopoh gapah dah..
jgn di tangguhla klu dapat..sekejap je bknnya lame..solat ni tiang agama..wajib diutamakan lebih dari
hal2 yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by Gunner at 1-11-2006 04:19 PM
klu solat lambat..hati x kyusyuk dah..sbb mase dah nk habis..mesti baca pon gopoh gapah dah..
jgn di tangguhla klu dapat..sekejap je bknnya lame..solat ni tiang agama..wajib diutamakan lebih dari
...


Btul tu!..memang tak khusyuk!...teeett!!..terkantoi la pulak...ehehheks...kkadang..solat yg dilengah-lengahkan bleh jadi tabiat yg buruk..so sape yg terasa tu...mcm W!..ahahhaahks..tukar la ke gear 5...jgn duk main2 gear 1 jer...

Huh!..gunner cantik la pic avatar u!...teringat zezaman transformer dulu...ehehehehks....ff: :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2006 05:47 AM | Show all posts
ada sandaran ke ceta ni...hadis?nas dari mana?....interesting...minta keterangan lanjut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 12:18 PM | Show all posts
Disertakan kumpulan Hadith berkaitan.
Sabda Nabi SAW :

1- الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)

Ertinya : Solat di awal waktu mendapat keredhaan Allah dan diakhirnya diampunkan Allah. (Riwayat At-Tirmidzi tetapi Al-Albani menyatakannya hadith Maudu') . Imam As-Syafie berkata : "Redha Allah krn solat di awal waktu dari kalangan mereka yang baik, kalimah 'keampunan Allah' seolah2 ditujukan kepada golongan yang sedikit lalai.


2- سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)

Ertinya : Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya" (Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar , kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie , Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bgmnpun Al-Haithami menyatakan dlm rawinya terdpt Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bgmnpun terdpt beberapa hadith yang lain yg dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dgn hadith yg keenam di atas. Bgmnpun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis:

Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat2 lain yg ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bg waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bg Isyak dan menyejukkan bahang bg Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.

Oleh:
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 12:22 PM | Show all posts
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang  melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda 揑aitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 12:45 PM | Show all posts
sy pernah dengar benda ni dr ustazah norbaryah...dah lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049088 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list