Harga tepung dah naik ke?.. Biasa beli jenama Faiza atau Baker's Choice, around RM2.30 - RM 2.50. Promosi raya baru2 ni.. dpt RM2.09/kg. Pagi tadi ke TESCO, terkejut tgk harga tepung gandum faiza RM3.19 .
Salam, saya ada satu resepi Roti Jala Gerenti Jadi hehehe cuba baru tau, pagi tadi baru buat.
kena ikut betul-betul sebiji-sebiji ok
penting - ukuran sudu dan cawan disini adalah menggunakan measuring cup yg betul
Tepung gandum 240g
Air 340ml
Susu cair 1 cawan
Telur 1 biji
Baking Powder 1/4 sudu kecil(bukan baking soda ya)
minyak masak 5 sudu kecil atau 4 sudu kecil + 1 sudu kecil ghee
garam 1 sudu kecil
Pewarna kuning 3 titik(ini bergantung kepada anda nak warna camne)
Masukkan semua satu bersatu dalam blender dan blenderkan. Tepung akan melekat-lekat pada diniding blender. pastikan korek dan belnderkan sehingga larut semuanya.
Sebelum tuang ke botol menjala atau penjala pastikan tapis semasa tuang untuk memastikan nanti penjala tidak tersumbat.
Tunggu tempat jala panas pastu dah boleh jala. guna non-stick senang sket.
Tips: jika guna kuali leper yg tidak non stick untuk mengelakan roti jala melekat, sebelum menjala panaskan kuali lepas tu pecahkan sebiji telur dan ratakan. Biarkan sehingga ia garing kemudian kikis telur tersebut dan buang. jangan basuh kuali tersebut dan sekarang anda dah ada kuali non-stick sementara.