CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: winamp05

Aurat - Wajib Pada Syarak Atau Harus Pada Akal ?

[Copy link]
Post time 19-11-2006 02:42 AM | Show all posts

Reply #20 M5's post

salam syawal...

Didlm al Qur'an tidak ada takrifan yg dikatakan sebagai "pakaian islam" baik bagi lelaki mahupun wanita.


jadi saya teruskan soalan saya, bagaimana yang patutnya orang Islam berpakaian dalam pada masa yang sama tidak dinyatakan pakaian Islam dalam Al-quran...???  

Walaupun tidak mengenepikan perlunya kita berpakaian, al Qur'an lebih menekankan ketakwaan/righteousness ataupun secara ringkasnya tanggungjawab dan kerja amal yg kita sumbangkan didlm kehidupan kita dgn masyarakat sekeliling.


jika diamati, pakaian tidak penting kaitan nya dengan kerja amal yg kita sumbangkan dlm kehidupan bermasyarakat tapi bukankah pakaian itu penting kaitannya dengan perasaan malu, penting kaitannya dengan akhlak yang baik, penting kaitannya dalam menjaga pandangan mata dari meliar,
dan malu, akhlak, pandangan mata semua adalah contoh biasa yang penting kaitannya dengan kebersihan hati yang sangat perlu dalam usaha2 kita untuk banyak mengingati Allah di pagi dan petang seperti yang disebut dalam Al-Quran...

ingatkah kita pada Allah jikalau kita tidak malu, ingatkah kita pada Allah kalau kita akhlak hancus, ingatkah kita pada Allah kalau mata kita  diberi kebebasan untuk tengok setiap wanita dengan perasaan ghairah  ....
setakat ni dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2006 03:37 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 19-11-2006 02:42 AM
salam syawal...

jadi saya teruskan soalan saya, bagaimana yang patutnya orang Islam berpakaian dalam pada masa yang sama tidak dinyatakan pakaian Islam dalam Al-quran...???


Salam syawal pada ussopp juga.

Lengkapnya al Qur'an itu adalah didlm membimbing manusia kearah "Deen-illah".  Deen-illah adalah jalan/kaedah/way of life yg di terangkan oleh Pencipta kita sebagai jalan yg membawa manusia kearah aman dan damai/peace/islam.

Panduan2 yg dikaitkan dgn way of life/Deen-illah seperti yg dijelaskan didlm al Qur'an adalah untuk membantu manusia membuat pemilihan didlm kita menjalani kehidupan didunia ini.  Pilihan adalah terletak ditangan kita untuk memilih apa jua tindakan yg kita akan ambil kerana setiap tindakan akan menghasil akibat, baik pada diri kita dan juga alam sekeliling.  Dalam pada itu pula, kita akan dipertanggungjawabkan dgn kebebasan yg diberi oleh Tuhan.  Bagi manusia untuk bertanggungjawab, maka datanglah unsur akal yg akan melakukan timbang-cara berbekalkan panduan yg diberi oleh Pencipta kita, kepada tindakan2 yg akan diambil oleh manusia tersebut.  Penelitian keatas ayat2 al Qur'an banyak menekankan keperluan manusia menggunakan akal didlm melakukan apa jua tindakan kita.

Berbalik pada soalan saudara, bagaiamana yg patutnya orang Islam berpakaian...cuba saudara lihat soalan yg sama, tetapi sekarang takrifkan ayat Islam itu sebagai at peace/aman dan damai dan tidak kepada satu bentuk fahaman.  

Lihat persoalan yg sama tetapi dari approach yg baru: Bagaiamana cara untuk kita berpakaian aman dan damai/at peace.  At peace dgn alam sekeliling, dgn faktor sosial, fizikal, etc.  Ini dapat di jawab dgn berbekalkan akal yg dianugerahkan oleh Pencipta kita.

Sebagai contoh, jika saudara tinggal di Kutub utara/selatan, untuk anda at peace/islam maka anda kena pakai baju berlapis2, dan sebaliknya jika anda tinggal di negara Tropika, t-shirt adalah memadai.

Jika anda dapati sesetengah spesis haiwan itu hampir pupus/terancam, untuk anda at peace/islam dgn kejadian lain didunia ini, anda akan memastikan haiwan2 ini tidak diburu untuk menghasilkan pakaian yg anda pakai.

Untuk anda at peace/islam dgn faktor sosial, pemakaian yg bersuaian dapat menjalankan fungsi2 tersebut.

Banyak lagi langkah pemakaian yg saudara ussopp boleh gambarkan dan rasionalkan yg dapat dikaitkan dgn faktor2 penentu yg saya sebutkan diawal post saya untuk saudara at peace/islam didlm kehidupan anda.

Tetapi realiti, ramai antara kita yg memilih untuk mengenakan pakaian2 yg tidak ada kaitan dgn konsep aman dan sejahtera/at peace/islam dgn memilih fesyen dan warna tertentu yg dikatakan mempunyai nilai2 keislaman.

Bersambung kembali. GW

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:27 AM | Show all posts

Salam

I vote dua2

IMHO..

Perintah menutup aurat itu sebenarnya merupakan tanda kasihnya Allah swt kpd hamba2Nya terutama golongan perempuan.

Allah swt sentiasa mahu memelihara keselamatan para hambaNya dr sebarang godaan & gangguan yg mengancam iman serta nafsu kita.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 19-11-2006 03:37 AM


Salam syawal pada ussopp juga.

Lengkapnya al Qur'an itu adalah didlm membimbing manusia kearah "Deen-illah".  Deen-illah adalah jalan/kaedah/way of life yg di terangkan oleh Pencip ...


salam  sejaahtera,

ya...betul...tapi apekah  ade hadnye...atau batasnya bagi memastikan walaupun kite gune akal  ikut  banyak faktor sekeliling,
saya ingin tahu...

bukan ape, hanye nak pastikan dalam menggunakan akal, kite still  mematuhi Tuhan dalam hal2 yang lain...
bukan sekadar ikut faktor fizikal, or enviroment sekeliling sahaje...sebab  apa yang Tuhan kehendaki kita jaga, bukan sekadar yang fizikal saja, rohani juga terlibat...dan seperti yg kita tahu, Rohani ni peranannye sangat penting peranannye...

peace>>>
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 19-11-2006 10:59 AM


salam  sejaahtera,

ya...betul...tapi apekah  ade hadnye...atau batasnya bagi memastikan walaupun kite gune akal  ikut  banyak faktor sekeliling,
saya ingin tahu...

bukan ape, hanye nak  ...


Salam kepada usopp dan M5 danlain-lain.

Pada pandangan saya pertanyaan usopp amat rasional dan intelek.  Dan dalam bertanya, tanpa sedar usopp telahpun menjawab sendiri apa yang sepatutnya di letakkan ditempat tertinggi.  Selari dengan apa yang M5 bentangkan mengenai the garment of righteousness. atau pakaian taqwa, ia hanya dapat disarung sikiranya rohani(seperti kata usopp diakhir perenggan)kita diasuh menuju ke ke Imanan dan Ketaqwaan. Usopp mungkin nampak kepentingan penyuburan kerohanian, namun keadahnya?  Adakah usopp ada jawapan kepada soalan yang sebenarnya adalah jawapan secara dasar?
Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 02:39 PM | Show all posts
Dan jangan kita lupa faktor fizikal juga adalah ALLAH yang ciptakan.  Kitalah yang kena sesuaikan.  Bagaimana untuk disesuaikan? Panduannya ada dihadapan kita sepanjang masa, sekiranya kita sudi mendekatinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2006 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 19-11-2006 02:37 PM


Salam kepada usopp dan M5 danlain-lain.

Pada pandangan saya pertanyaan usopp amat rasional dan intelek.  Dan dalam bertanya, tanpa sedar usopp telahpun menjawab sendiri apa yang sepatutnya d ...



ya bagaimana pakaian atau baju yang perlu dipakai bagi mencerminkan pakaian taqwa itu???
tak ada kaitan langsungkah??? antara pakaian biasa dengan pakaian taqwa???

Dan jangan kita lupa faktor fizikal juga adalah ALLAH yang ciptakan.  Kitalah yang kena sesuaikan.  Bagaimana untuk disesuaikan? Panduannya ada dihadapan kita sepanjang masa, sekiranya kita sudi mendekatinya.


macam mane nak penuhi faktor fizikal pada masa yang same kepentingan rohani terjage...???
ataupun tidak perlu faktor rohani dalam memenuhi faktor fizikal>>>
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 11:01 AM | Show all posts
Pilih no. 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 13-11-2006 11:56 AM
Assalamualikum.

Tujuan saya buka thread ini adalah untuk dapatkan pandangan dari anda semua tentang sejauh mana anda mengambil berat tentang aurat. Seperti ygkita ketahui, di zaman fahsyar dan m ...


Wsalam Wbt...

Pada pendapat saya, aurat wajib kita turut mengikut hukum syarak. Sudah menjadi kewajipan kita mematuhi hukum Allah. Harus pada akal tu adalah terms org2 moden zaman skarang.Tp kita kena ingat, moden mana sekalipun kita masih ada tanggungjwb kepada ajaran Islam.

Saya admit yg saya ada kalanya tak menutup aurat ketika kuar ke laman rumah.Nak buang sampah ke masa lori ikan dtg ke..kdg2 kelam kabut sampai terlupa. Even aurat tgn pun ada kalanya terkeluar..wpun berbaju kurung sekalipun.

One day saya wake up utk solat Subuh & suddenly realized that saya kena perbaiki perkara tersebut. Saya takut Tuhan murka dgn sikap saya.Saya takut saya jadi wanita yg paling berdosa dlm dunia ni.

Maka saya cuba perbaiki penutupan aurat saya. Saya mula berjinak2 dgn sarung lengan tu. Dulu masa memula nak try, dlm mind selalu setkan negatif..panas laa ..lemas laa etc, tp alhamdulillah bila dah mulakan rasa ok aje.
Then saya beli anak tudung yg leh tutup tengkuk tu, sbb saya realized yg tudung bawal atau tudung2 lain yg up 2 date byk yg jarang sampai leh nampak tengkuk dr luar kain tu kan. Tudung yg lawa2 byk lak yg nipis kainnya. Apa gunanya saya bertudung kalau tudung tu jarang.Saya malu dgn Allah....

Saya harap dari hari ke hari saya akan berubah menjadi yg lebih baik. Mudah2 an.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 11:19 AM | Show all posts
Wajib pada Syarak, wajib pada akal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:29 PM | Show all posts
memang citer pasal aurat ni tak habis...

pendapat saya senang, bagaimana kita menutup aurat semasa bersolat, especially perempuanlah yer), itulah aurat yg dituntut untuk harian kita.

semasa solat, leher ditutup, dilabuhkan hingga ke dada,

tapi bila berpakaian biasa, hanya rambut ditutup, kekadang jambul dikeluarkan, leher dan telinga dinampakkan dan bahagian  dada ditayang2kan...

begitu juga anggota bawah seperti punggung dan kaki.. semasa solat ditutup labuh, tetapi bila keluar, bert-shirt singkat, aliran punggung diambil mudah..

kenapa bila bersolat, kita tak berpakaian menutup rambut dgn jambul terkeluar, leher dan telinga terdedah, berseluar ketat, bertshirt tidka menutup lengan dan kaki didedahkan???
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:52 PM | Show all posts
memang citer pasal aurat ni tak habis...

pendapat saya senang, bagaimana kita menutup aurat semasa bersolat, especially perempuanlah yer), itulah aurat yg dituntut untuk harian kita.

semasa sola ...
hazel23 Post at 15-9-2009 13:29


bagi mereka, itu aurat semasa sembahyang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 09:19 AM | Show all posts
berminat nak tunggu jawapan dari saudara M5.

pakai aman/selamat yg ideal cemana? hanya ikut rasional akal manusia ke? atau tiada sebarang garis panduan atau batas ditentukan.

di LasVegas mereka merasa aman dengan tidak memakai apa². maka adakah itu juga boleh diambil kira dalam 'etika berpakaian'?

-nak tahu batas² aurat tu.

"Pemerhatian ayat2 al Qur'an berkaitan aurat bagi lelaki dan wanita tidak menetapkan rambut sebagai aurat, sebaliknya amalan ini adalah tradisi pemakaian masyarakat semata2."

mohon untuk diterangkan kenyataan ini. Rambut bukan aurat bagi perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 11:19 AM | Show all posts
bagi mereka, itu aurat semasa sembahyang.
alien7749 Post at 15-9-2009 14:52


tu la pasal kan.. ade plak yg beza2kn aurat di luar n dlm solat... sbb tu la kdg2 bila kt tempat solat tu xde provide tlekong je terus xsolat...cuba kalo pkaian tu mmg sentiasa proper, kan xde mslah nk solat dmana2...

payah jugak kalo nk layan org yg pakai dalil zahir semata2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:23 PM | Show all posts
saya mendapat hidayah (alhamdullilah) menutup aurat dlm rumah allah semasa membaca surah an-nur (tak ingat ayat berapa) tapi translationnya seperti...

dan suruhlah wanita2mu melabuhkan kain ke dada.. (ayat2 alquran diturunkan kpd nabi sewaktu nabi ditanah arab yg mana pemakaian wanita memang menutup rambut - kecuali wanita jahiliyah yg menutup sedikit utk mengelakkan debu)...jadi pilihlah samada hendak menutup aurat seperti wanita mukminin atau emnutup aurat seperti wanita jahiliyah quraish.

dan rasanya cukuplah ayat itu membuka hati saya hingga ke hari ini. Terima kasih Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 12:22 AM | Show all posts
kalau di ikutkan hujah m5 dimana berpakaian mengikut persekitaran dan yg boleh membawa pendamaian, di malaysia mungkin berpurdah itu sesuai. ini mengambil kire lelaki mesia tidak boleh mengawal nafsu tatkala melihat aurat wanita hatta seorang ustaz pon. adakah suatu hari nanti dimana lelaki msia sudah belajar pandai mengawal nafsu, maka kaum hawa boleh berpakaian yg mendedahkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 02:23 AM | Show all posts
no 1 la..
dh terang tang tang tutup aurat tu wajib..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 02:26 AM | Show all posts
tp kn..nk tanya sket..
kalau kite just kuar blkg umah,rase2 cam xde org..x pakai tudung xpe ke?
i mean, tutup aurat utk elak yg bkn muhrim nampak or asal kluar ke tmpt umum,kena tutup aurat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 02:47 PM | Show all posts
tp kn..nk tanya sket..
kalau kite just kuar blkg umah,rase2 cam xde org..x pakai tudung xpe ke?
i mean, tutup aurat utk elak yg bkn muhrim nampak or asal kluar ke tmpt umum,kena tutup aurat..
paku_tumpul Post at 13-10-2009 02:26


Mana tau takde orang?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 02:48 PM | Show all posts
Segala perintah Allah, yang paling utama adalah ketakwaan kita pada perintahnya. Alasan akal tu belakang cerita.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.138227 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list