|
[MERGED] pinggan mangkuk dari emas/ perak & Bone China Dinnerware
[Copy link]
|
|
Originally posted by mok_nik at 21-2-2006 09:26 AM
itulah yang sebaiknya Munt ....
sebab sudahhhhh ramai yang didepam mata mok nik semasa tidak ada /pangkat/kuasa dan harta cakap itu ini tetapi bila dah dapat pangkat/kuasa dan harta lain pula ...
Tak apalah posting ni dah lama, cuma nak nyatakan setuju dengan pendapat Mok Nik, adat dunia manusia akan berubah. Kadang kita kata kita takkan berubah. Tapi bila kita dah berada dalam situisi itu, barulah kita tahu macamana susahnya nak kekal hidup sebelumnya. Kadang-kadang kita berubah tanpa sedar.
Dalam islam pun kalau kita ada kelebihan, Allah suruh kita tunjukkannya sebagai tanda syukur kita kepada rahmat Allah. Contohnya kita ada duit banyak, kitabeli kereta mahal, kereta tu kita guna untuk ke masjid menunaikan sembahyang, tak aper. Kita buat rumah besar tak aper sebab ini boleh menunjukkan kepada orang bukan islam yang orang islam juga kaya. Janji segala berbuatan kita itu tidak menjadi kesalahan apa yang telah ditentukan Allah dan tidak menjadi dosa.
Wallahuwa'llam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muntz at 7-12-2006 10:46 PM
Tak silap aku, ada jugak vaksin dan ubat2an yang dihasilkan dari sumber haram. Tapi disbbkan kandungan kimianya dah diubahsuai, maka ulama2 memutuskan ianya halal.
Ada yang berpendapat, jika vaksin atau ubat-ubatan dihasilkan dari sumber haram ia dibolehkan. Contohnya kalau kita tak mengambil ubat-ubat tersebut akan memudharatkan diri kita dan mungkin membawa kepada kematian, jadi ia di bolehlah. Dengan syarat tidak ada ubat lain sebagai pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 19-12-2006 02:26 PM
Dalam islam pun kalau kita ada kelebihan, Allah suruh kita tunjukkannya sebagai tanda syukur kita kepada rahmat Allah. Contohnya kita ada duit banyak, kitabeli kereta mahal, kereta tu kita guna untuk ke masjid menunaikan sembahyang, tak aper. Kita buat rumah besar tak aper sebab ini boleh menunjukkan kepada orang bukan islam yang orang islam juga kaya. Janji segala berbuatan kita itu tidak menjadi kesalahan apa yang telah ditentukan Allah dan tidak menjadi dosa...
Bley ker MENUNJUK NUNJUK kpd oghang.....hatta pada oghang kafir.haniman :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 19-12-2006 04:32 PM
Bley ker MENUNJUK NUNJUK kpd oghang.....hatta pada oghang kafir.haniman :hmm:
Saya tulis menunjukkan, bukan menunjuk-nunjuk, lain makner nyer NG. Menunjuk di sini bukan maksud bermegah-megah.
Maksud menunjuk disini ialah supaya kita tidak dipandang oleh penganut ugama lain bahawa penganut agama islam adalah agama untuk orang miskin. Atau disalah anggap yang islam melarang kita mencari harta. Sedangkan mencari harta amatlah disuruh Allah selagi kita tidak melupakan suruhan dan larangan Allah. Sebab seperti sabda nabi, miskin boleh menjadikan seseorang tu kufur.
Dengan tidak menyembuyikan kekayaan yang ada ini pun adalah satu cara menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah atas rahmat yang diberikan. Sebab itulah kita disuruh bayar zakat jika ada kelebihan duit. Disuruh kita buat kenduri sebagai tanda kesyukuran kita kepada rezeki yang diberi. Tidak menyembunyikan kekayaan yang diberi Allah ini merupakan salah satu ciri-ciri bersyukur. Kalau kita kaya tapi kita menyembuyikan, makan pun kedekut, duduk rumah robek sana, robek sini, kesana kemari jalan kaki, itu kedekut pulak namanya. Beritahu orang kita tak ada duit sedangkan duit berkepok dalam bank. Orang minta sedekah/derma kita tak beri sebab takut orang tahu kita ada duit. Sedang kedekut adalah sifat mazmumah yang tidak baik.
Itu pandangan saya yang tak seberapa ini. Tak tahulah pulak kot NG ada penerangan yang lebih jelas.
[ Last edited by haniman at 19-12-2006 09:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay'. Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.
Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china?. China? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan 'china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.
Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone' itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.
Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit.
Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal.
Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memengang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
p.s. - Untuk keterangan lanjut bagi perkataan "Bone China", sila lihat definasinya;
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #65 burujtimur\ catat
oohh... jazakallah abg buruj... mmg ramai ramai ibu2 melayu yg duitnya xde pe nk buat suka kumpul bone china neh... isk, gerun lak tahu cmni... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #66 indah1285\ catat
pakai je pinggan free masa beli milo ke ubat gigi ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tq buruj denan informasi ni, next time saya akan lebih berhati-hati |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #67 burujtimur\ catat
cadangan yg baik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|