View: 5130|Reply: 5
|
Persediaan bercuti dan ke luar negara
[Copy link]
|
|
Sedia beg ubat
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Beg kesihatan ini sangat penting bagi memastikan kita tidak ada masalah mendapatkan ubat jika berlaku kes kecemasan
HUJUNG tahun ini ramai yang mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahunan bersama keluarga dan anak-anak. Apabila hendak bercuti, antara barang yang dikemas paling awal ialah pakaian, produk penjagaan diri, botol susu, susu, lampin, kamera dan makanan.
Adakah senarai itu sudah lengkap? Sebenarnya masih ada satu barang penting yang tertinggal iaitu peti pertolongan cemas atau lebih mudah membawa beg kesihatan kembara kecil tetapi lengkap diisi dengan ubat asas.
Kebanyakan orang tidak pernah terfikir untuk membawa beg kesihatan kembara apabila mahu bercuti. Mungkin tidak sedar kepentingannya atau beg kesihatan kembara tidak termasuk dalam senarai barang yang mesti dibawa setiap kali bercuti.
Persediaan bercuti bukan setakat pakaian dan wang ringgit kerana aspek paling penting ialah kesihatan setiap orang yang turut serta terutama warga emas dan kanak-kanak.
Pengurus Kanan Unit Kecemasan dan Kemalangan, Pusat Perubatan Sunway, Dr Shiamala Devi, berkata setiap orang disaran menjalani pemeriksaan kesihatan asas bagi memastikan mereka benar-benar sihat untuk bercuti khususnya jika ke destinasi jauh.
Ini termasuk mendapatkan suntikan imunisasi (vaksin), mengemaskini 慴eg ubat |
|
|
|
|
|
|
|
Berat badan bertambah ketika cuti
KEPELBAGAIAN makanan di negara kita memang sukar ditandingi. Sebut hendak makan apa, hampir semuanya ada. Pun begitu, walau dibanjiri beraneka jenis makanan luar, sajian tradisional tempatan masih mendapat tempat di hati kebanyakan orang.
Justeru itu tidak sah kalau tidak mencuba makanan tempatan apabila bercuti ke sesuatu tempat apatah lagi jika ramai yang memperkatakan keenakannya. Apabila bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, makanan yang sederhana dan 'biasa' pun terasa enak.
Akibatnya ramai yang mengalami masalah pertambahan berat badan tanpa disedari. Namun tidak kurang juga yang menderita apabila mengalami masalah keracunan makanan dan cirit birit kesan makan makanan yang tidak bersih.
Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata pertambahan berat badan adalah perkara yang biasa berlaku pada kebanyakan orang apabila bercuti panjang tetapi ia boleh dielakkan dengan mengawasi setiap makanan yang masuk ke dalam mulut.
"Biasanya apabila sampai ke tempat baru kita akan mencuba sebanyak mungkin makanan tempatan. Ia perkara lumrah tetapi sebaik-baiknya biarlah bersederhana.
"Paling penting ialah mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat. Ada baiknya kita ringan mulut bertanya bahan-bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan sesuatu jenis hidangan itu kerana dengan cara itu kita boleh tahu sama ada ia mengandungi banyak lemak atau sebaliknya, |
|
|
|
|
|
|
|
docs..n sesaper je ler yg tau...
1) apa jenih2 shots yg perlu kita amik biler nak g oversea?
2)pasal regulations utk international flight-->yg takleh bwk liquid tuh apply lgk ker?ker just utk ke uk us jer? |
|
|
|
|
|
|
|
Depends on which country u intend to go,
but in general these vaccination are advisable, especially when u r going to the African/third world countries:
-Meningitis
-Thypoid
-Hepatitis A
After the vaccination, u'll be given a vaccination card/certificate.
As far as I'm concern, the entry point at the Heathrow,London has allowed people to bring in liquid in small, labelled bottle, for example the contact lense solution, the eye/ear drops.
For US, I have no idea since it's quite sometimes I've left US. |
|
|
|
|
|
|
Chippo This user has been deleted
|
I have friends that take vaccines even if they are visiting Malaysia. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak masuk US, atau nak depart from US airports, boleh bawa liquid (ubatan, alat solek) letak dalam 1 quart plastic bag, kalau minuman cuma boleh bawa yang dibeli dari kawasan boarding area. |
|
|
|
|
|
|
| |
|