CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 2

Bird Flu

[Copy link]
Post time 20-1-2007 07:29 PM | Show all posts |Read mode
In February, myself and hubby will be travelling to Bandung.
Dengar cerita kat Jakarta (Indonesia) ada wabak selsema burung...Agaknya as a precaution, elakkan makan ayam
bila kat sana..and jauhkan dari tempat yg byk burung etc..Or should I cancel my trip..Oh tidakk..
Any advise from u you out there?? Bimbang jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2007 08:29 AM | Show all posts
Kita dapat jangkitan bird flu ni dari unggas yg hidup...so makan ayam yg telah dimasak tak membawa kpd jangitan ini. Kalau nak pegi keBandung tu boleh...tapi jgn bergaul mesra dengan unggas2 kat sana. Biasanya kerajaan sesebuah negara akan menutup pintu masuk satu2 tempat jika terdapat penyakit berjangkit yg senang merebak. Jika kerajaan Indonesia tidak melarang orang luar masuk keBandung...maknanya tempat tu masih selamat untuk dikunjungi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:28 AM | Show all posts

virus H5N1 (selsema burung)

Ancaman  virus  H5N1

Oleh SUBASHINI RAJANDRA


Operasi susulan di Dhaka dan Chittagong, Bangladesh pada bulanMac lalu menunjukkan virus selesema ini agak terkawal, bagaimanapun iamuncul kembali.





JANGKITAN selesema burung merebak ke ibu negeri Bangladesh, Dhakadan juga bandar Pelabuhan Chittagong walaupun pelbagai usahamembanteras telah dilakukan oleh kerajaan.

Beberapa dozen burung gagak ditemui mati di Dhaka dan ujian ke atasbangkai haiwan ini menunjukkan bahawa ia positif dengan kehadiran virusH5N1.


PEGAWAI kesihatan Bangladesh menanam ayam-ayam yang telah dihapuskan.

Pegawai majlis perbandaran telah mengeluarkan arahan melarangpenjualan ayam yang tidak dibersihkan di pasar Dhaka manakala diChittagong, pegawai kerajaan mengesahkan bahawa jangkitan selesemaburung ini telah merebak ke beberapa buah ladang. Setakat ini, 40 buahwilayah telah dikenalpasti terancam dengan wabak penyakit ini.

Pasukan perubatan telah menghapuskan hampir 12,000 ayam selepasujian yang dilakukan ke atas sesetengah daripada ayam mengesahkan iamati akibat jangkitan virus avian influenza di bahagian timur lautnegara tersebut.

Virus H5N1 ini mula-mula dikesan di Bangladesh pada bulan Mac lalutetapi berjaya dikawal menerusi langkah-langkah pencegahan yang agresiftermasuk kerja-kerja penghapusan. Bagaimanapun, operasi susulan telahberkurangan pada bulan-bulan kemudian sehingga ia muncul kembali, ujarpakar.


SEORANG kanak-kanak kagum melihat anak-anak ayam yang dicat.


Sehingga kini, tiada jangkitan kepada manusia dilaporkan di sebuahnegara yang mencatatkan populasi penduduk yang padat, melebihi 140 jutaorang dengan penempatan ribuan ladang haiwan ternakan seperti ayam.Kerajaan telah menambah jumlah pampasan yang diberi kepada pemilikladang ternakan untuk menggalakkan mereka membuat laporan dan membunuhayam yang sakit.

"Kami mencuba sedaya-upaya untuk mengawal keadaan. Semua pendekatantelah dipertimbangkan bagi mengelakkan virus avian influenza daripadatersebar meluas," kata Manik Lal Samaddar, seorang pegawai kanankementerian penternakan dan perikanan.

Peladang yang terancam menerima 95 taka (RM4.49) berbanding 80 taka (RM3.78) untuk seekor ayam dan 20 taka untuk anak ayam.

Kerajaan juga sedang mempertimbangkan usaha menarikbalik sekatanyang menawarkan pampasan kepada peladang yang menghapuskan lebihdaripada 5,000 ayam.

Virus ini telah merebak ke lebih daripada separuh negara di AsiaSelatan disebabkan kurangnya kesedaran orang awam. Ramai pekerjaperubatan menanam ayam yang telah dihapuskan secara semula jadi tanpaperalatan keselamatan.

Hanya melalui sentuhan atau makanan ayam yang terdedah boleh membawakepada jangkitan virus ini yang telah meragut nyawa lebih 220 orangsecara global sejak tahun 2003.


VIRUS H5N1 telah memaksa kerajaan  menghapuskan sekurang-kurangnya setengah juta ayam di seluruh Bangladesh.

Virus H5N1 telah memaksa kerajaan menghapuskan sekurang-kurangnya setengah juta ayam di seluruh negara.

Seorang peladang ternakan membuang kira-kira 6,000 ayam mati diterusan berdekatan dengan ladangnya di Chittagong. Lembu-lembu matijuga ditemui terapung.

Laporan media menyatakan ramai kanak-kanak dilihat bermain-maindengan bangkai-bangkai haiwan ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)melihat senario ini sesuatu yang membimbangkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.636672 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list