CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7692|Reply: 5

Sekolah ILMI

[Copy link]
Post time 3-2-2007 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Walaupun anak saya yang sulung akan masuk 7 tahun 2 tahun lagi tapi saya sekang ni tengah nak buat survey serba-sedikit mengenai sekolah mana yang ingin saya hantar anak saya kelak.. Nak tumpang tanye, ada tak sesiapa yang boleh bagi komen atau pendapat mengenai sekolah ILMI (terutamanya di taman rasmi jaya, ampang). Rasa berkenan lak kat situ...apa2 pun tolong bagi pendapat ye..

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih...

wasalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2013 04:09 PM | Show all posts
Alhamdullilah anak saya yang sulung telah pun berumur 11 tahun this year. Saya telah pun menyekolahkan dia di Sekolah Rendah ILMI di Taman Rasmi Jaya, Ampang seperti yang dirancang semua dengan izin Allah s.w.t. juga.

Adik2 dia yang sekarang berumur 8 dan 9 tahun juga bersekolah di tempat yang sama.

Di sini ditekankan pelajaran akademik dan juga pelajaran diniyah yakni pelajaran agama. Exam2 penting seperti UPKK, UPSR, PSRA juga diambil oleh pelajar di sini. Di sini terdapat juga Sekolah Menengah Agama Ilmi di bangunan yang sama.

Kelas bermula dari pukul 7:45 pagi hingga ke pukul 3 petang. Pada pukul 3:30 petang saya menyambungkan mereka untuk mengambil kelas tahfiz di situ juga. Alhamdullilah yang sulung dah khatam quran dan sekarang membaca ulangan di samping pembelajaran tajwid bagi membetulkan lagi bacaan.Anak yang kedua dah nak masuk surah Yasin dan yang ke-tiga yang berumur 8 tahun dah masuk Surah Al-Imran. Di sekolah ilmi juga ada mengadakan pelajaran hafazan buat pelajar-pelajar.

Aktiviti sukan tahunan ada juga dijalankan pada awal tahun di sini yang dijalankan di Pusat Sukan Kampung Pandan setiap tahun.

Jika ada sesiapa  yang berminat menghantar anak di sekolah sini, memang disarankan. Semoga anak2 kita mendapat penerapan agama sejak dari kecil supaya mereka membesar dengan penuh keimanan dan berjaya di dunia dan di syurga menjadi insan yang berguna. Amin, In Shaa Allah.

Sekadar perkongsian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 02:08 PM | Show all posts
dekat dgn umah saya....tp ank sy tak dihantar kesekolah nie...tp nampak mmg bagus...bab agama dan akademik....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:12 PM | Show all posts
May posted on 13-5-2013 04:09 PM
Alhamdullilah anak saya yang sulung telah pun berumur 11 tahun this year. Saya telah pun menyekolahk ...

Puan May,

Bagaimana prestasi pelajaran di situ ya? Especially sekolah rendah. Adakah cara pengajaran sama seperti sekolah kebangsaan? Tgh survey utk anak tahun depan. Tq.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 07:53 AM | Show all posts
helda posted on 10-7-2013 04:12 PM
Puan May,

Bagaimana prestasi pelajaran di situ ya? Especially sekolah rendah. Adakah cara penga ...

Assalamualaikum,

Sukatan pelajaran seperti sekolah kebangsaan biasa. Pelajaran ugama mengikut sukatan pelajaran JAIS. Exam2 penting UPKK, UPSR, PSRA memang ada. Di sekolah menengah pun begitu juga. Sama PMR, SPM juga ada. Exam ugama pun ada.



Image ada no telepon untuk dihubungi jika ingin bertanya lebih lanjut.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 08:08 AM | Show all posts
ILMI ni ada branch kat mana lagi yer???
skul fees mcm mana??
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.087043 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list