CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4330|Reply: 11

Sesat Di Pulau Terpencil

[Copy link]
Post time 26-3-2007 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan merangkap masalah yg dah lama saya fikir tapi tak dapat jawapan,

Begini, jika sepasang kekasih ( lelaki dan wanita yg blom kahwin ) terdampar di sebuah pulau yg terpencil jauh dari segala kemudahan, bagaimana mereka nak teruskan kehidupan mereka sebagai lelaki dan wanita yg sah kahwin ? bagaimana dengan aurad mereka ? bagaimana jika nak elak dari buat maksiat ? boleh kahwin tak, walau tanpa wali ? tanpa saksi ? semata mata nak selamatkan dari berlaku maksiat.

Mungkin korang kat sini dapat tolong carikan jawapan pada cpersoalan aku nih. ehehehe ...........  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2007 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 26-3-2007 08:08 AM
Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan merangkap masalah yg dah lama saya fikir tapi tak dapat jawapan,

Begini, jika sepasang kekasih ( lelaki dan wanita yg blom kahwin ) terdampar di sebu ...


Kau ni hidup memang tak der MASALAH ker, hingga pi FIKIR MASALAH yg bukan menjadi MASALAH pada kau....
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 26-3-2007 08:53 AM | Show all posts
Ramai gak ya yang terfikir hal cam ni... cuba lihat link ni :

http://forum.cari.com.my/viewthr ... amp;extra=page%3D28
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 26-3-2007 08:44 AM


Kau ni hidup memang tak der MASALAH ker, hingga pi FIKIR MASALAH yg bukan menjadi MASALAH pada kau....



Bagi aku ilmu tu perlu ditimba seberapa banyak yg mungin, hatta ilmu duniawi sekalipun. masakan kita belajar tentang hukum fizik dan biologi juga astronomi walau itu bukan masalah kita untuk memikirkannya. tetapi sifat ambil tahu dan ingin tahu itu secara tak langsung dapat membentuk satu pemikiran yg lebih rasional dalam cara berfikir kelak. Jika sesuatu yg kita rasa bukan masalah kita dan tak payah ambil tahu apa masalah org, mana mungkin tidak dapat tidak suatu hari nnti sesuatu yg tak diduga berlaku keatas kita. maka, dengan ilmu yg secubit hasil dari sifat ingin tahu dan ambil tahu itu lah yg akan menolong kita nmencari jalan penyelesaian. Begitu juga dalam kes yg saya ingin bincangkan ini, Allah tu maha berkuasa atas segala sesuatu, dan jika Dia berkehendak untuk menguji sejauh mana ilmu yg ada pada hambaNya, maka berbagai corak ujian boleh diberi pada kita. Maka, ilmulah yg akan membimbing kita untuk mencari jalan keluar. Dan Allah boleh memberikan ujuan pada mereka yg bodoh sombong dengan memberi ujian pada apa yg mereka rasa tidak perlu ambil tahu dan abaikan.............
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 26-3-2007 09:03 AM



Bagi aku ilmu tu perlu ditimba seberapa banyak yg mungin, hatta ilmu duniawi sekalipun. masakan kita belajar tentang hukum fizik dan biologi juga astronomi walau itu bukan masalah kita untu ...


Sekarang ni ada kah MASALAH tersebut berlaku kepada sesiapa yg kau tahu dan kenal?....
Persoalan aku, DALAM DUNIA ini ada banyak MASALAH yg berlaku didepan mata tetapi kenapa KAU nak tolong fikirkan MASALAH yg belum pernah terjadi dan berlaku?...

Masalah MASYARAKATkah itu jika seorg kekasih terdampar berdua di sebuah pulau terpencil dan tk boleh menghubungi sesiapa dan tidak ada org tinggal di situ...itu MASALAH masyarakatkah?...relevankah ?....

Mengapa MASALAH2 masyarakat yg bercambah bagai cendawan pada hari ini kau tidak FIKIRKAN tetapi IBARAT satu ESCAPISME kau memBAYANGKAN satu masalah yg lebih berbentuk FIKSYEN lebih dari REALITI yg berlaku in THE CURRENT TIME...

tak salah berimaginatif tetapi janganlah beri ALASAN bahwa ini adalah untuk KEBAIKAN MASYARAKAT kerana MASALAH yg anda canangkan itu lebih sesuai utk dijadikan kisah FIKSYEN...

[ Last edited by  rainbows at 26-3-2007 09:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 09:17 AM | Show all posts

Reply #5 rainbows's post

kelakar plak aku ngan si rainbow ni.. lantak dia laa apa soklan dia nak tanya.. dan kalau2 kau rasa benda ni tk relevan untuk dijawab oleh kau.. so tak perlu laa jawab.. dan kalau kau rasa kau nak memikirkan masalah dunia dan mencari jalan penyelesaiannya.. silakan takder sapa nak marah atau nak tegur kau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
f@uzi This user has been deleted
Post time 26-3-2007 09:21 AM | Show all posts
eeemmmm... macam-macam.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 09:25 AM | Show all posts
Pelopor empat mazhab sendiri gubal mazhab atas apa yg mereka fikir perkara itu mungkin akan berlaku, kalau tak tak delah timbul fatwa sana fatwa sini berhubung masalah zaman ini yg tiada pada zaman dulu.

Aku tak nampak pun RELAVANTNYA post kau dengan persoalan aku, nak menjawab, beri cadangan atau berbalah ttg perkara yg kau sorang je fikir tak RELAVANT ?

Aku nak tanya pada kau, berapa banya tread yg kau buka bertanya ttg masalah masyarakat ? hingga tiada masa untuk menambah ilmu didada sendiri ?

Aku rasa ini pun untuk kebaikan masyarakat juga, kerana kita juga sebahagian dari masyarakat, jika masyarakat tak tahu ttg hal hal yg mereka anggap bukan HAL MEREKA, jika terjadi pada mereka bagaimana ? terus buat maksiat kat tengah pulau ? tanpa fikir dosa dan pahala ?

[ Last edited by  winamp05 at 26-3-2007 09:35 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2007 11:27 AM | Show all posts
hukum mengenai ni pernah dikeluarkan.  ...  dari mufti melaka...


5. Jika begitu keadaannya maka bolehlah mereka berkahwin tanpa wali dan saksi keranan dharurat. Boleh bertaqlid kepada Mazhab Abu Hanifah yang berkata orang perempuan boleh berakad nikah sendiri dan bertaqlid pada Mazhab Daud Az-Zahiri yang berpendapat sah nikah dengan tidak ada wali dan saksi.

[ Last edited by  ibnur at 26-3-2007 11:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 11:32 AM | Show all posts
tapi ingat ye...  darurat kerana dah tiada sesiapa kat pulau tu dan tiada jalan keluar.  

okay...  lepas ni harap jangan keluar pulak cerita kalau itu dan kalau ini yang tak masuk kamus.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 12:06 PM | Show all posts
patutlah ramai pasangan buat projek di pulau Langkawi, pulau perhentian. Terpencil agaknya.....
Ala... winamp, kalau tersesat di pulau sekali pun, kalau ada vios takde hal punya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 26-3-2007 12:06 PM
patutlah ramai pasangan buat projek di pulau Langkawi, pulau perhentian. Terpencil agaknya.....
Ala... winamp, kalau tersesat di pulau sekali pun, kalau ada vios takde hal punya.



siap boleh pilih pilih kaler lagi tu............ jinnya pun lawo ............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 1.628747 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list