CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2725|Reply: 9

minta tolong sesangat...aku dah tak tahan nie...plz

[Copy link]
Post time 26-5-2007 09:15 PM | Show all posts |Read mode
aku masih lagi sakit
sekarang nie makin banyak sangat orang dengki kianat kat aku
aku susah atilah
aku mintak korang pakat buat solat hajat untuk aku
plz.....aku minta sesangat
aku dengar ada lagi orang nak buat zalim kat aku
esok...aku dapat rasakan sesuatu
plz.....aku harap korang semua dapat bantu aku
aku nak korang bagi pelindung kat aku
dah merata aku berubat
susah sangat rasanya
aku harap korang tolonglah...
aku makin susah sangat sekarang nie
plz......

aku minta semua kezaliman manusia kepada aku dipulangkan kembali
dan jika ada.....minta allah halang
aku pun sekarang dalam usaha buat sama
tapi aku terlalu lemah....
banyak ayat2 yang aku lupa
susah sangat nak atasi penyakit nie
plz....

plz....tolonglah aku
aku makin tak tahan....aku takut...
plz.....aku dah semakin tak leh ingat allah lagi
terlalu kuuat benda nie
aku cuba...atasi...tapi tak daya....tak kuat jiwa aku jadinya
plz...bantu aku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2007 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by pejuang_abadi at 26-5-2007 09:15 PM
aku masih lagi sakit
sekarang nie makin banyak sangat orang dengki kianat kat aku
aku susah atilah
aku mintak korang pakat buat solat hajat untuk aku
plz.....aku minta sesangat
aku deng ...


Anda boleh buat cara ini.... setiap kali selepas sembahyang baca ayat Qursi , surah al Ikhlas, An nas dan Al Falaq kemudian hembus ke tapak tangan lalu sapu ke seluruh badan , dari hujung kepala hingga ke hujung hujung kaki , amalkan selalu dan jangan tinggal sehingga sembuh , kalau sudah sembuh bolehlah di amalkan setiap selepas subuh and sebelum nak tidur waktu malam . InsyaAllah mudah-mudahan Allah pelihara anda dari apa saja yang megganggu anda. Yang penting sekali jangan tinggal sembahyang lima waktu walau dalam keadaan apa sekalipun ok. Apa yang anda lalui hanyalah ujian dari Allah, yakinlah akan pertolonganNya niscaya anda akan selamat . Saya bercakap dari pengalaman so I understand fully well what you are goin g thru .
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 11:33 PM | Show all posts
Salam. Memang bagus saranan blastoff tu (to blastoff, nama ko ni garang sangat! gurau je...)

Kalau nak lebih detail ayat2 pelindung (saranan blastoff tu adalah sebahagian dari ayat2 pelindung), sila cari kitab kecil MANZIL, amat berkesan dan mesti kena tawajjuh dan yaqin akan ayat2 Al Quran.

Kalau ikhtiar pendinding dari orang lain, kena pastikan orang tu benar2 amal Al Quran dan Sunnah. Yang terbaik kita sendiri yang amalkan.

Kitab MANZIL versi online boleh di print dari:
http://www.fisabilillah.org/read_books.asp?id=31

Semoga Allah memberi syifa' kepada sdr.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #1 pejuang_abadi's post

org kianat kat engkau sbb apa. kau ni kaya sgt ke. hensem sgt ke. dia org kena kan kau mcm tu tentu ada sebab. sebab munasabah atau tidak itu secondary. sbb primary nya kau mesti tau dan coba elak kan mrk dari membenci kau terus

aku tau kat mana dulu kau lepak. di forum itu posting yg kau buat slalu nya penuh dgn konfiden diri walaupun isi takde merapu lebih. perasan kau tinggi. dari permerhatian aku tak ramai yg nak layan topik yg kau buka atau ambik serius pendapat kau itu. engkau syok sendiri. aku antara yg malas nak layan. engkau juga ada mengadu dan minta pertolongan di situ mengenai sakit kau itu

please lah pejuang abadi stop being a cry baby!

sakit sebegini mesti nak ada semangat diri yg kuat terlebih dahulu. perawat hanya membantu dari luar tp diri kau sendiri mesti nak kuat. kalau kau sendiri lemah takde sapa dpt membantu. yakin dan kuat semangat mesti nak ada. kalau belilit tangkal di pinggang sekali pun kalau kau ingat boleh kena pasti kau kena nyer. kalau kau yakin dan mempunyai semangat yg kuat inshallah dgn baca bismillah saja pun boleh menolak sihir

perbaiki keadaan diri pisikal kau. baik di luar inshallah baik di dalam

aku mintak maaf pada kau atas kekasaraan aku ini. dah tak leh tahan lah :nerd:

ini nasihat aku. kalau kau nak pakai ambik lah dan lakukan dgn yakin kalau taknak takpe at least aku punya consious clear yg aku dah cuba nak tolong dan tak berdiam diri selama ini dan jadi pemerhati saja

aku hadiah kan fatihah pada diri aku sendiri

kau amal kan zikir nafas allah hu senantiasa. dlm keadaan yg mengizinkan kau baca surah al kafirun. nak tidor ambik wudhu dan baca surah al kafirun sampai tertidor. surah al kafirun pagar diri dan zikir nafas itu inshallah dpt menguatkan diri yg di dalam. ia ibarat firewall. kau tlh melakukan sesuatu utk mempertahan diri kau dan kalau kau rasa perlu di bantu pegi lah berubat tp ingat lah jgn berserah saja pada perawat kau juga perlu main peranan

ini nasihat pertama dan terakhir aku kat topik kau ini inshallah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2007 01:16 PM | Show all posts
Pejuang abadi,

Hatimu tengah gundah gulana dan berdukacita..ini antara ubat2 yg disarankan untukmu... ..yakinlah dengan sepenuh hatimu bahwa Tidak Ada Daya dan Upaya kamu Melainkan Dengan KehendakMu jua ya Allah.

Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul 慖bad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , iaitu kitab terjemahan bagi kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani رحمه الله تعالى عنه. pada halaman 10:


[size=100%]عن بعض الحكماء: ثلاثة أشياء تفرج الغصص: ذكر الله تعالى، ولقاء أولياء وكلام الحكماء

[size=85%]
[Artinya]: Daripada setengah hukama
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 05:38 PM | Show all posts

Reply #5 rainbows's post

Aku bangga tengok korang semua amik berat tentang keadaan saudara kita yang tengah kesesakan...kalaulah usaha murni nie boleh dikekalkan dalam ummah dan tentu umat Islam akan jadik perkasa.

Tapi aku sedih jugak kalau orang yang nak mendajalkan pejuang_abadi tuh di kalangan saudara kita jugak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2007 03:27 AM | Show all posts

Reply #1 pejuang_abadi's post

Salam ...

Saya mendoakan saudara dijauhkan dr segala malapetaka dan bahaya ... Semoga Allah sentiasa merahmatimu saudaraku ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 08:30 PM | Show all posts

Reply #1 pejuang_abadi's post

sabarlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...Allah sentiasa menguji tahap keimanan kita sebagai manusia...banyak kan berdoa..insyaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 10:22 PM | Show all posts
Narrated 'Abdullah bin Umar:
Allah's Apostle said, "A Muslim is a brother of another Muslim, so he should not oppress him, nor should he hand him over to an oppressor. Whoever fulfilled the needs of his brother, Allah will fulfill his needs; whoever brought his (Muslim) brother out of a discomfort, Allah will bring him out of the discomforts of the Day of Resurrection, and whoever screened a Muslim, Allah will screen him on the Day of Resurrection . "
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 05:49 PM | Show all posts

Assalamualaikum,




Aku bersimpati dengan apa yang sedang kau hadapi itu.
Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Segala usaha sudah kau lakukan, apakah masih belum nampak tanda2 keredaan?
Kelihatannya sudah ada teman2mu di sini yang memberikan beberapa tips serta beberapa pendoman seperti mana yang kau pinta. Aku berharap engkau dapat mengamalkannya dengan sesempurna yang mungkin. Moga2 Allah swt mengabulkan semua doa dan permintaanmu itu.


Aku pula hanya hendak memberikan beberapa peringatan sebagai panduan kita bersama;


Sekiranya engkau tidak ingin menjadi bahan dengki atau irihati seseorang, hendaklah terlebih dahulu engkau jangan ada dihatimu walau sedikitpun perasaan dengki dan cemburu serta irihati terhadap orang lain.


Jika engkau tidak mahu dizalimi janganlah engkau mengzalimi orang lain.


Kadang kala kita tidak menyedari bahawa kita sedang menanam benih dendam, kedengkian serta kezaliman terhadap manusia yang lain. Oleh itu periksa diri kita sendiri, jangan hanya menuding jari terhadap orang lain sahaja..


Seterusnya, jika engkau telah mengetahui sipolan bin sipolan sedang irihati terhadap engkau. Jangan engkau pula membalasnya dengan sikap yang serupa itu. Jika demikian kelakuanmu, maka samalah kamu dengan dia bak kata orang, dua kali lima dan lima kali dua jawabnya sepuluh juga.. Hendaklah engkau membalas perbuatan sipolan itu dengan hadiah2 yang lumayan yang engkau hadiahkan kepadanya dengan sepenuh keikhlasan..  Memberi kemaafan itu adalah terbaik bagi kita sesama makhluk...


Jika engkau mengetahui sipolan bin sipolan sedang mengzalimi dirimu, maka berlaku adillah engkau terhadap dirimu sendiri. Ketahuilah bahawa segala yang terjadi terhadap dirimu adalah suatu ujian dari Pemeliharamu. Bersyukurlah kepadaNya kerana berkemungkinan besar Dia hendak menghapuskan dosa2mu yang lalu atau mungkin saja hendak meninggikan darjahmu disisiNya..


Janganlah engkau takut atau gentar kepada sesiapapun kerana semua yang engkau pandang ini hanyalah makhlukNya.. Tiada kuasa apa2 melainkan dengan seizin Pemeliharamu. Takutlah Engkau kepada Allah swt Pemeliharamu dan Dialah yang menyembuhkanmu, Dialah yang menghindarkan segala musibah yang sedang engkau hadapi dan Dia Maha Mendengar dan melihat segala yang terjadi....


Marilah sama2 kita fikir2kan...





Wassalam.



[ Last edited by  saifulms at 30-5-2007 05:51 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054700 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list