|
Originally posted by johnconan at 10-6-2007 11:19 AM
"Islam percaya yg tuhan yg sebenar adalah Allah, agama Islam adalah agama yg sebenar."
Itu adalah akidah yg dipegang oleh org Islam, tapi adakah valid kepada yg bukan Islam n takkan ...
Begini... saya rasa awak tak dapat faham apa penjelasan saya yg panjang2 tu kot..
In short, tak kira kita lahir dari perut seorg ibu yg beragama apapun,... jikalau kita dapat menggunakan mata hati, mata akal & mengkaji betul2 hakikat Tuhan yg sebenar2nya.. kita dapat rasa kehadiran Kuasa Yg Maha Besar ~ Allah. Then kita akan tahu agama mana yg patut kita pegang. Automatiknya kita tau kita tidak ada HAK KEBEBASAN untuk memilih Tuhan yg lain. Kita milik Allah swt.
Ya saya faham, awak tak rasa apa yg saya rasa. Well, tidak semua manusia dapat "merasa" kewujudan Allah..
I can never make u understand what I'm trying to explain here sbb apa yg saya nampak, awak tak nampak.. U only see what u want to see & believe.
U've made ur choice berdasarkan hak KEBEBASAN yg diwar2kan tu... and I've made mine. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noneng at 10-6-2007 06:19 PM
Begini... saya rasa awak tak dapat faham apa penjelasan saya yg panjang2 tu kot..
In short, tak kira kita lahir dari perut seorg ibu yg beragama apapun,... jikalau kita dapat menggunakan m ... orait, tapi masalahnya kenapa bila org yg lahir dlm keluarga Islam bila buat keputusan masuk agama lain kenapa ada kata hukum murtad adalah bunuh. Setahu saya hukum murtad x jelas. Kenapa beria-ria sangat nak guna hukuman bunuh? Ada ulama yg berpendapat tidak dikenakan hukuman bunuh, ada yg nak guna hukuman ni...
Kalu bunuh, selesai ke masalah? x ke ia hanya membuktikan dakwaan sesetengah pihak yg beranggapan Islam tersebar melalui mata pedang? |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat dari islamonline.
http://www.islamonline.net/livef ... asp?hGuestID=784815
Carolina -
Profession
Question
As-Salamu`alaykum, recently in Malaysia there is the Lina Joy's Case. For a brief background, she was a Muslim woman, but 6 years ago, she declared she has converted to Christianity. In Malaysia, the national identity card states their religion whether Islam or not. Recently she pleaded for the "Islam" status to be removed from her ID and the court rejected it and it became a major issue within non-Muslims community. Can you share your opinion on the court decision, if it is the right decision or not by referring to the Islamic laws? What use is Islam only as a label on IDs, but not within oneself? And share some knowledge on how to deal with people like these. Jazakallah!
Answer
Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
I am of the opinion that Malaysian `ulama |
|
|
|
|
|
|
|
klu ikut logik akal pun, memang ubat penyakit 'murtad' ni 'bunuh' . Kalau x bunuh pembawa 'virus2 'murtad' ni. makin ramaila yang dapat jangkitan yang akhirnya merosakkan 'islam' itu sendiri. klu penyakit selsema burung org pegi tangkap ayam ngan itik dan hapuskan sebab 'virus H5N1'...abis klu manusia yg dijangkiti virus 'murtad' ni dah diberi nasihat, peringatan, tapi degil jg atau x sembuh2 juga, x kan nk simpan lagi supaya boleh merebak ke satu dunia.....Nau'zubillah..itu baru logik akal, belum lagi yg dah jelas dalam Al-Quran. Jangan jadi sombong sangat...dah la sendiri x nk ikut ajaran Islam, pastu pertikai pulak kenapa....x boleh pilih agama lain, bak kata orang, dah la buat 'jahat' pastu ajak orang buat skali, bangga plak tu...MasyaAllah! Hayati la penghulu surah 'AL-FATIHAH' itupun dah nyata memang wujud golongan sesat. sebab tu jangan tinggal SOLAT,Ya allah...ampuni dosa aku...mati kan aku dalam IMAN. |
|
|
|
|
|
|
|
allah...Pembetulan -Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes Lina Joy, mengapa perlu di kata kemenangan pada ISLAM? Apakah sebenarnya kemenangan yang kita dapat? Dari masa dia memfailkan permohonan pada mahkamah, bole di katakan itu ialah kekalahan pada ISLAM. Seorang yang di lahirkan ISLAM, tiba-tiba hilang keyakinan pada agama asalnya, ingin membuangkan satu perkataan pada IC, dan kita disini merayakan keputusan mahkamah. mengapa?
Adakah dia masih ISLAM? Tidak. Adakah dia ingin kembali kepada ISLAM? pun TIDAK. Jadi, apa kemenangan yang sebenarnya kita dapat. Kita hanya kita menang kerana mempertahan 5 huruf dalam IC nya sahaja iaitu ISLAM. Sdankan lepas ni dia masih minum arak, makan babi, bersedudukan, main judi, dan kita pulak berkata, inilah LINA JOY, orang yang masih ditolak oleh perundangan untuk menukar agama. Apa yang kita dapat? Diluar sana, orang non muslim berkata, mau lihat orang ISLAM makan babi ka, lihat Lina Joy, mau lihat orang ISLAM bersedudukan, lihat LINA JOY. Itu kah yang kita nak lihat dan dengar..
Murtad, sebanarnya dalam Al_quran tak pernah memperuntukkan hukuman bunuh. Tidak ada dalil langsung dalam Al-Quran.. bukankah Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang. Jika tiada keimanan dalam diri Lina Joy, biarlah dia mencari kedamaian di luar. Setiap orang adalah pemimpin pada dirinya sendiri. Tidak ada orang yang bole meletakkan pedang di tengkuk dia dan suruh dia kembali kepada ISLAM. Apa gunanya IC hanya ISLAM, tapi perangai mungkar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zalliza1717 at 30-7-2007 05:51 PM
Dalam kes Lina Joy, mengapa perlu di kata kemenangan pada ISLAM? Apakah sebenarnya kemenangan yang kita dapat? Dari masa dia memfailkan permohonan pada mahkamah, bole di katakan itu ialah kekalah ...
itu yang dimaksudkan dalam islamonline. buat apa nak pertahankan benda yang orang tu tak nak? mungkin sebabnya di malaysia, implikasi kepada kebenaran untuk mengubah IC tu nanti akan diexploit? !! atau macamana? |
|
|
|
|
|
|
|
itulah isu yg orang tak nampak. Dan yang peliknya mengapa umat islam merayakan perkara ini. Apa yang hendak di banggakan? Kalau mungkin Lina Joy mengucap semula, barulah bole dikatakan kemenangan.. Dalam kes ini, apa kemenangan yang kita dapat?
Implikasinya terlalu buruk untuk masyarakat ISLAM dan perpaduan ummah di MAlaysia. Apa kita takut kepada mereka? Apakah umat ISLAM ni terlampau pengecut sampai mereka yang murtad pun kita still nak simpan dan kekalkan pada agama ISLAM. Tak bole kekalkan dari segi akidah dan tauhid, maka kita bertegas nak juga kekalkan pada IC. Pengecut dan penakut sangatkah kita umat ISLAM di MAlaysia? Kalau kita buang Lina Joy, suruh mahkamah buang perkataan ISLAM dari IC, adakah kita kaan lemah akidah,adakah kita akan kekurangan iman? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #86 zalliza1717\ catat
Jika tiada keimanan dalam diri Lina Joy, biarlah dia mencari kedamaian di luar....
Kerana sifat 'biar' ini la yg buat makin ramai dijangkiti virus 'murtad' :@ ..setiap hukum yg dah diperuntuk ada sebabnya...bukan sekadar nk menakutkan tapi 'peringatan' kepada semua umat Islam yg masih kukuh imannya atau yg mungking hampir tergelincir imannya....."jangan jadi mcm dia", Hukum memang berdasarkan dalil Al-Quran tetapi ia diperhalusi lagi oleh sumber dari Al-Hadith sahih, ijma' ulama' dan byk lagi cabang Usul-Fiqh yang menjelaskn hukum.Sebab tu la, kena rajin mendalami ilmu Islam, jgn suka ambil jln mudah.....tiada dlm Islam suruh cari kedamain dengan 'murtad' kan diri sendiri serta 'mencabar' iman org lain......sebab tu kena byk baca Al-Quran dan faham tafsiran hukum di dalamnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ada dalil dapal al-quran yang mengatakan bunuh. Dan ulama pun tak pernah bersepakat bila membicara bab-bab murtad. Jikada dalil, maka ulama tak akan berbeza pendapat tentang hukum.
Kita tak bermaksud biar, tapi apa yang kita buat. Adakah kita berceramah, adakah kita mengajak kembali atau kita hanya buat bodoh ajer. ISLAM ialah agama kebenaran, dan jika dia berpaling dari ISLAM, apa yang kita nak buat. Bukankah ini adalah petunjuk dari Allah, sebagai peringatan kepada kita bahawa agama ialah penerimaan akidah dan tauhid. Sesuatuyang perlu di pelajari, di praktikkan dan bukan sesuatu yang hanya di warisi. Tidakkah kita perlu melihat ini satu dugaan? Mengapa kita perlu menghukum? Tidakkah kita selalu mengatakan ISLAM itu agama kasih sayang? |
|
|
|
|
|
|
|
Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam ...boleh bc dari page sblum ni...lainla klu yg (Anti-hadis) , (maaf la budak2 sekolah pun tau hukum 'murtad' nia apa).
Aku pnah dgr kata2 dari muallaf yg mengatakan syukurla pd sesiapa yg telh dilahirkan "ISLAM" krn telah pun mendapat hidayah sejak awal lagi, berbeza dgn orang yg bukan dilahirkan dari keluarga Islam, x semua yg dapat mencapai fikiran 'Islam' itu agama yang benar....x semua dapat hidayah.
Sepatutnya yg telah dilahirkan 'Islam' atau 'mewarisi' Islam BERSYUKUR kerana x payah susah nk belajar Al-Quran masa umur dah setengah abad...
Tidakkah kita perlu melihat ini satu dugaan?
Memangpun kes penyakit 'murtad' ni 'dugaan' utk umat Islam sedunia,dugaan utk lawyer2 tu memerah otak nk fight kes, semua musibah pun kita panggil "Dugaan" dapat penyakit selsema burung pun 'Dugaan' juga, tapi jgn lupa pada "kifarat" ataupun 'pembalasan'. Dengan 2 perkara ni la cara sedarkan manusia.
Yang patut dilihat sebagai DUGAAN adalah pd orang bukan Islam yang bukan dilahirkan sebagai mewarisi 'Islam', dugaan untuk mereka mengenali Allah S.W.T, ingat senang ke nk tukar kepercayaan...klu x disusuli dgn usaha berterusan...
Lainlah bagi org yang susah nk BERSYUKUR....dah kompem Islam pun masih tercari-cari arah nk pegang...
Yang paling teruk klu kita x atasi 'penyakit' murtad ni, salah satunya 'hukuman' la, cara mengatasi, x pasti la klu sesaper dpt pikir jln lain nk buat cam mn ngan org yg dijangkiti virus 'murtad' ni, klu kita dh kuarantin, dah brain wash, tapi mcm tu jg,kekal dgn 'keegoannya' klu biar, ramai plak berjangkit.....dan x pasal2 dgn org yg sihat sejahtera pun dapat 'kifarat' sbb dok biar penyakit ni..
BAIK CEGAH SEBELUM PARAH!
Mengapa kita perlu menghukum?
Masalah juga klu kita x menghukum, mcm budak kecik yg degil2 dan JENIS x paham bahasa tu klu kita x rotan naik kepala jadinya(jgn la rotan smpai mendera, sepadan dgn kesalahan la)...hukuman perlu utk memberi pengajaran..klu biar je nnti jadi watak dalam citer "Anakku Sezali"
Tidakkah kita selalu mengatakan ISLAM itu agama kasih sayang?
Kasih sayang yg bertempat, bukan kasih sayang membabi buta, dah byk cotoh bila kasih sayang x bertempat ni, bykla 'I sayang abang, agama I buang' Si Tanggang, Anak terbuang dan segala ang, ang, last2 jadi angtu
Fahami dulu istilah 'Kasih-sayang' dalam Islam lepas tu baru boleh tanya "Tidakkah kita selalu mengatakan ISLAM itu agama kasih sayang?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peperangan Riddah yangberlaku pada zaman khalifah ialah peperangan untuk melawan pemberontakan. Memerangi mereka yang tdaik membayar zakat di atas anggapan zakat ialah cukai kepada Nabi Muhammad, bukannya sebagai satu rukun. Maka sebab itulah di lancarkan peperangan, bukan sahaja mereka murtad, tetapi mereka melancarkan pemberontakan. Apatahlagi di saat itu munculnya Nabi palsu yang kononnya menggantikan nabi Muhammad SAW.
Kita selama ini di momokan dengan hukum ini. Sebab itu budak-budak sekolah pun tahu,yang tak sekolah pun tahu. Tapi kalau sekolah tinggi sikit, kita akan mula menyanggah hukum ini. Sanggahan bukan pula buta-tuli. Sanggahan berdasarkan pada firman Allah sendiri.
Baca dan fahami maksud ayat ini.
Surah An Nisa ayat 137
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar".
Ini ialah kalam dari Allah. Bukan hanya sekali murtad, tapi berkali-kali, mengapa Allah tidak menurunkan ayat menghukum? mengapa tidak dijelaskan hukumankepada orang yangmurtad sebagaimana jelasnya hukum-hukum yang lain. Mengapa? Gunakanlah akal memecahkan benteng ilmu. Sebab itu tidak ada nas yang mengatakan bahawa hukuman murtad itu bunuh, kecuali di sandarkan pada peristiwa peperangan al-riddah. Juga ada di fatwakanoleh ulama bahawa harus membunuh jika ia melancarkan pemberontakan atau cuba untuk memurtadkan umat ISLAM yang lain, sebagai contoh Salman Rushdie atau Taslima. Persoalannya, adakah kes Lina Joy juga bgitu?
Malangnya bagi umat ISLAM jika ISLAM sekadar diwarisi, tanpa pengisian ilmu,tanpa pengisian akidah dan tauhid. Tidakkah ISLAM itu dicambah dengan ilmu dan tauhid, beserta dengan perbuatan. Adakah sekadar ISLAM yang tercatat ti IC tapi tak sembahyang, tak mengikuti suruhannya itu layak dipanggil ISLAM? Adakah sekarang ini kita bole mengatakan Lina Joy itu ISLAM, hanya kerana dia mewarisi dari ibu-bapanya?
Hidayah itu datang apabila kita mencarinya. Hidayah tu tak datang dari dalam IC, ataupun di warisi. Tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat untuk mencambahkan ilmu dan memantapkan akidah. itu yang sebenarnya.
mengapa ini dikatakan dugan. Mudah sahaja. Untuk menyedarkan Umat ISLAM bahawa banyak lagi yang perlu di lakukan. Untuk kita sama-sama bermuhasabah bahawa cukupkah ilmu yang kita beri pada diri anak-anak kita, ataupun kita ni hanya leka dengan kehidupan duniawi. itu yang sebenarnya. kes Lina Joy merupakan satu tamparan pada kita untukkita sedar, bahawa ISLAM ialah satu cara hidup, satu pengabadian, bukan satu perkataan pada IC, bukan satu nama yang ada bin atau binti. Disebalik kemegahan kita berdakwah menarik orang lain menganut ISLAM, jangan lupa untuk kita berdakwah pada orang ISLAM sama. Itulah yang sebenarnya kita leka, itu yang sebenarnya kita lupa. Kita umpama berdakwah pada kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan.
Cegah? bagaimana? Dengan membunuh semua orang yang murtad? Adakah itu satu pencegahan yang terbaik. Sekian lama agama yang tersebar dengan kasih sayang dan kebenaran ini, kita mengambil langkah ke belakang dengan membunuh. Adakah itu sahja cara penyelesaian kita. Janganlah mencemarkan agama dengan satu sisistem atau cara yang tidak di redhai olehnya. ALlah sendiri tidak menghukum dengan cara begitu, apatah lagi kita manusia. Adakah kita rasa diri kita lebih besar dariNya, hingga mengabaikan apa yang di firman?
Mengapa kita tak tunjukkan wajah ISLAM yang sebenar? mengapa kita tak berterusan berdakwah kepadanya? Mengapa kita tak tunjukkan keikhlasan kita untuk membawanya kembali ke jalan yang benar. Mengapakita tak tunjukkan akhlak dan nilai-nilai murni Nabi yang berdakwah dengan kasih sayang dan bukannya mata pedang. Ini yang perlu di lihat dan di fahami. Soal akidah bukan semata-mata emosi sahaja, tapi melangkaui jauh dari itu. Kalau kasih sayang manusia pun sedemikain rupa, fahamilah maksud ALLAH LAGI MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.
[ Last edited by zalliza1717 at 30-7-2007 09:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk didasarkn kepada pemberontakan 'semata-mata'...
"Mengisytiharkan diri 'Keluar dari Islam' sampai seluruh negara tahu, malah seluruh dunia pun ambik tau, bukan dikira sebagai 'pemberotakan'?
Mencabar 'perundangan' Islam bukan dikira sebagai 'pemberontakan' ?
Bukan dikira 'memberontak' kah sampai nk fight kat mahkamah semata-mata nk isytiharkan dia tu dh bukan Islam?
http://www.mpf.org.my/articles/20070531%20-%20hukummurtad.doc
Apakah istilah perbuatan nk 'mengisytiharkan diri tu bukan Islam' kita nk levelkan? atas sbb dia ikut prosedur memohon di mahkamah jadi dia kita levelkn sebagai bukan 'pemberontak' lah.....
Benarkah umat Islam kat negara kita ni x cuba nk usaha membawa dia ke jalan yang benar, kompem ke, x ada golongan pendakwah yg berusaha untuk tarik dia semula ke jalan yang benar? Ada...bagi umat Islam Muslimin&Muslimat yg peka dan sedar akan beratnya 'hukum' Murtad ini walau x mampu dari segi 'kekuasaan' pemerintahan, tapi tetap mempertahankn dia dengan selemah-lemah teguran...iaitu 'DOA', agar dia kembali ke jalan Nya.
Jika kita nk kaji faktor atau punca 'kenapa' dia sanggup 'murtad' secara umumnya memang kita tau, pelbagai penagruh luaran...boyfriend, supporter dr bdn agama lain..dan byk lagi yg mgkin kita x tau..
Tapi yg jelasnya dari dalam diri 'dia' sendiri, klu macam2 nasihat dan peringatan dh diberi, tapi dia tetap x boleh terima, APA LAGI usaha yg nk dibuat, hukum Islam sgt Adil, bukan nya murtad je terus 'bunuh', ada peringkat-peringkat yg perlu dilalui..
Mcm la hukum org yg mencuri, bukan dpt tangkap terus potong tangan, di siasat dulu, mencuri sebab apa, klu dh 3 hari x mkn dh nk mati tpaksa curi mknan utk terus hidup, x kn kita nk potong tgn dia, dn ada lg pertimbangannya, klu setakat curi sebuku roti kering, xkan kita nk potong tgn. Semua ada perkiraanya, bukan main hentam je menghukum org buat yg buat salah,buat je... on the spot nk hukum...
Permasalahan disini umat Islam sekarang dh dimomok-momok kan dgn 'kengerian; hukum Islam. nampak hukum Islam ni 'kejam' je xder kasih sayang la dan mcm2 la. sebenarnya bagi org yg jelas dn paham bagaimana satu hukum itu dijalankan hukum Islam ni sangat Adil dan jelas, yg jd x jelas bila byk sgt unsur-unsur syubhat dn malangnya kita umat Islam sendiri x nk mendalami dan menerima perundagan Islam.
Dah jelas 'ada hikmah' dlm kes dia ni, menyedarkn umat Islam bahawa 'kes 'Murtad' dah jadi barah dlm masyarakat Islam,sebelum ni x ramai yg tau bahawa ada org Islam yg murtad dinegara ni. Itu adalah hikmahnya..meminta supaya umat Islam bangkit muhasabah diri sendiri, keluarga, jiran tertangga, supaya peka dgn perubahan sekeliling ank tu solat ke x, tau mengaji A-l-Quran ke x, ditegur bila buat salah ke x, dihukum jikat buat salah ke x, setakat tegur je, kadang2 budak2 ni x takut..satu lagi hikmah dgn kes ni 'hukuman' duniawai baru dh pun terbentuk, sekurang-kurangya x senang lenang bg umat Islam yg nk mengaku Murtad.
Memang kita menang cuma atas kertas, hakikatnya kita kehilangan satu umat, tapi daripada menggalakkan umat Islam lain terpengaruh dan ambik mudah, rasa susah dgn hukum Islam, murtad je la senang, mujurla ada jg undang2 duniawai ni yg back-up sikit, bukan mudah nk isytihar diri tu 'murtad'. Hal dlm diri dia, antara dia dengan Allah s.w.t, tapi kita sbg umat Islam wlu dgn apa carapun x boleh benarkn dia sewenang-wenangnya nk isytihar diri tu 'murtad' secara terbuka.
Kita x boleh benarkan umat islam ambil kesempatan dengan kes ini,apa lagi yg bukan Islam, sbb sepatutnya umat Islam sedar Dunia adalah penjara bg umat Islam, syurga kita di akhirat kelak, berbeza dgn org kafir, dunia syurga mereka. Klu tidak x adala hukum jihad untuk umat Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya ialah adakah kita berjaya menghalang LINA JOY dari murtad? Adakah dia sekarang ni dah menjadi ISLAM hanya kerana kita berjaya menghalang dia menukarstatus agama didalam kad pengenalannya? Adakah kita umat ISLAM akan mengaku akan mengaku bahawa diri dia itu ialah ISLAM, yang sekarang ni dikira bersedudukan, makan babi (wallahuallam). Bagaimana status anaknya pulak? Tidak terfikirkah masyarakat kalau dia ada anak dan di tulis di dokumen nya maknya adalahISLAM sedangkan dialangsung tak megamalkan cara hidup ISLAM? Tidak ini akan lebih mencemarkan agama ISLAM yang di akui kebenaran.
Pemberontakan? Adakah ini di panggil pemberontakan? Dia berjuang menerusi saluran undang-undang atas kepercayaan dirinya sendiri yang mengaku tidak mempunyai faith terhadap ISLAM. Siapa kita untuk menghalang? Jika kita mengambil alasan perundangan untuk menghalang, musibahnya pada umat muslimin di Malaysia ini akan jadi lebih tercabar. Siapa tahu ada musang berbulu ayam di kalangan kita? Yakinkah kita nanti orang yang nak mengahwini anak-anak kita, saudara-saudara kita ini sebenar-benarnya ISLAM atau hanya ISLAM pada nama, seterusnya akan memurtadkan akidah umat ISLAM. Terdapat kes-kes di mana mereka-mereka ini mengahwini janda, wanita ISLAM dan seterusnya mempesongkan mereka ini dari akidah. Mengapa ini bole terjadi? Mudah sahaja, kerana di IC nya tertera perkataan ISLAM. Adakah ini yang kita mahu? Adakah kerana kebodohan dan kebebalan kita untuk mengekalkan nama ISLAM pada mereka yang tidak ada kesungguhan malah menolak agama ISLAM memungkinkan perkara ini berlaku? Tidakkah benda ini telah berlaku sekarang ini? Adakah kita umat ISLAm bole buat bodoh ajer pada gejala ini?
Juga persoalan dakwah di persoalkan.Mengapa tidak di ajar ilmu teologi sebagai benteng kepada muda-mudi ISLAM, agar tidak terpengaruh dengan dakyah agama lain terutamanya Kristian. Kita di fahamkan bahawa misionari Kristian ini mempunyai kepetahan bercakap dan juga mampu untuk mengulas al-quran (mengikut kepercayaa mereka). Mengapa tidak kita di ajar bagaimana untuk mengenalpasti kepalsuan ini? Apakah persedian kita untuk mengukuhkan benteng umat ISLAM ini?
Tentang hukum, tolong berikan nas pada Al-Quran yang menyuruh kita membunuh orang-orangyang murtad? Bukankah hidup kita berpandukan Al-Quran? Bukankah itu sumber yang paling utama, kemudian ialah hadis dan ijmak ulama? Adakah kita nak melampaui Al-Quran dalam membuat hukuman. Sebab itulah ulama-ulama besar banyak yang menolak hukuman bunuh terhadap orang murtad. Jikaperkara ini di terangkan hukuman dalam Al-Quran sebagaimana haramnya arak, judi, nescaya tidak akan ada ulama yang berani menentangnya. Di sinilah terletaknya hikmah yangkebesaran dari Allah.Bukannya kita manusia yang membuat kesilapan, mempunyai emosi dan tidak terlepas dari membuat dosa untuk menetapkan sesuatu,apatah lai berkaitan dengan akidah. Lupakah kita pada kebesaran Allah. Manusia tak perlu beremosi untuk menjatuhkan hukuman, apatah lagi jika hukuman itu melibatkan nyawa manusia.
Fahamilah surah Al-Baqarah ayat 256
" Tiada Paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebenaran".
Apakah maksud umat ISLAM di momokkan dengan kengerian dalam hukum ISLAM? Adakah sekarang ini umat ISLAM berasa ngeri dengan hukum agama sendiri? Adakah umat ISLAM berasa takut dengan apa yg diperintah oleh agama sendiri? benteng yang menghadangi kita ialah hukum. Tidak ada umat yang mempertikaikan hukum bunuh ialah bunuh. Tapi banyak yang mempertikai hukumman bagi murtad ialah bunuh. Mengapa? Sebab tidak ada dalil dalam Al-Quran. Adakah kita berasa diri kita ni terlampau besar sehingga nak melampaui dalil dalam Al-Quran? Bukankah Al-Quran di turunkan pada manusia untuk menjadi pedoman. Bukankah kita perlu menjadikan Al-Quran sebagai sumber dalam kehidupan?
Mengapa kita takut kepada yang bukan ISLAm nak mengambil kesempatan? Adakah kita takut kerana kita tak yakin kepada agama kita sendiri? Bukankah yang satu hilang di ganti dengan seribu? Lupakah kita pada janji ALLAH dimana Allah telah meredai agama ISLAM. Lebih takutkah kita pada yang bukan ISLAM daripada ALLAH? Umat ISLAM bukan umat yang pengecut dan dayus. Kukuhkan iman, kuatkan ummah dan insya-allah, tidak akan ada sesiapa yang mampu mengubah akidah kita. Apa yang kitanak herankan sangat dengan Lina Joy? Apa yg istimewanya sangat dia tu sampai kita nak pertahankan dirinya yang memang dah tak mahu kepada ISLAM. Yang memprotes dan mennunjukkan wajah sebenarnya dengan membawa kes ini ke mahkamah. Hanya kerana apa? Kerana tidak percayakan ISLAM. Dan skrg lihatlah sendiri, ISLAMkah dia? mahukah kita mengaku bahawa itulah Lina JOY, orang ISLAM. DAn bagaimana pula anaknya? Adakah kita nak mengaku anak itu juga orang ISLAM?
Barah dalam masyarakat ialah kerana uamt itu sendiri. Tak perlu salahkan agama lain. Kita ialah pemimpin kepada diri kita sendiri. Kembalilah pada Al-Quran. Kuatkan akidah. Kita tak perlu takut pada Lina Joy. Dia tak mungkin akan menjadi barah. Umat ISLAM yang tak beramal, dan tak beriktikad adalah barah yang sebenarnya. Meraka yang berwajah ISLAM tapi tak mempamerkan ciri-ciri keislaman itulah barah yang perlu kita nak takuti, bukannya orang yang sememangnya tidak ada hati pada ISLAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh baca linkpage, telah jelas dalil dan sokongan huraian Hukum Murtad Dalil Al-Quran yg dihurai oleh Al-Hadith.
Bagi yg mendalami Usul-Fiqh tentu lebih jelas bagaimana terbentuknya 'Hukum' Islam. Apapun kita boleh kongsi maklumat sebagai menambah ilmu pengetahuan masing-masing.
D: Menganalisa Dan Menjawab Beberapa Syubhat Berkenaan Hukum Murtad.
揌ak Asasi Manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Syubhat Kelima: Hadis Arab Badwi Yang Menarik Bai慳hnya.
Dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah hadis seperti berikut:
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعَهُ عَلَى الإِسْلاَمِ فَجَاءَ مِنْ الْغَدِ مَحْمُومًا فَقَالَ: أَقِلْنِي. فَأَبَى ثَلاَثَ مِرَارٍ. فَقَالَ: الْمَدِينَةُ كَالْكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَا.
Daripada Jabir (bin 慉bdillah) radhiallahu 'anh, seorang Arab Badwi datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan membai慳h baginda di atas Islam. Kemudian dia datang pada esok harinya dalam keadaan menderitai demam yang berat, lalu berkata: 揚erkenankan untuk aku menarik bai慳hku. |
|
|
|
|
|
|
|
Syubhat Keenam: Kisah Ahli Kitab Yang Beriman Kemudian Murtad.
Orang yang meragui hukum murtad juga berhujah dengan kisah sekumpulan Ahli Kitab yang beriman pada waktu pagi, kemudian murtad pada waktu petang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menjatuhkan hukuman murtad kepada mereka. Kisah sekumpulan Ahli Kitab tersebut terdapat dalam al-Qur抋n:
وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ.
Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): 揃erimanlah kamu kepada al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu pada sebelah pagi dan kufurlah pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah perhukuman hadis bukannya syubhat. Disini terletaknya apa yang dipanggil perbezaaan pendapat dan pertentangan. Dan adalah manjadi hak kita sebagai Umat Islam untuk memecahkan benteng ini dengan cara yang berilmiah, bukan secara sembrono dan emosi.
Umum mengetahui bahawa isu pembunuhan kepada kaum murtad melangkaui perdebatan yang telah sekian lama. Dan sehingga kini hampir 1,400 tahun selepas mangkat Nabi Muhammad, isu ini masih lagi tiada penghujung. Asal Usul Al-Fiqh iala perundangan didalam ISLAM berpandukan pada 4 sumber, 1) AL-QURAN 2) Hadis 3) Ijma 4) Qias dan ada yang menyebut ijtihad sebagai tambahan. Hadis hanya menerangkan Al-Quran, dan tidak boleh bercanggah denganAl-Quran. Itu ialah ketetapan hadis.
Dalam mencari kebenaran, terutamanya dalam agama, tidak ada pihak yang menang atau kalah. Setiap umat mempunyai pegangan, akidah, tahap intelektual, pengalaman dan ajaran yang tersendiri. Selagi perkara itu tidak termaktub didalam hukum, sebagaimana hukuman Allah yang lain, maka kita ada hak untuk menerima atau menolaknya.
kembali pada kaedah fikah, dua sumber utama yang menjadi pedoman kepada umat ISLAM ialah Al-Quran dan hadis. Disebabkan hadis ialah tidak dijanjikan oleh Allah bahawa dia tidak tercemar dengan tangan yang palsu, maka satu-satunya sumber yang terpelihara dari tercemar ialah Al-Quran. Bukankah kesimpulan sesuatu hadis itu tidak bole bercanggah dengan Al-Quran? Dalam Al-Quran sendiri mengatakan dilarang membunuh, mengapa perlu kita tentang? Adakah anda pasti seratus-pertaus bahawa hadis-hadis itu tidak dicemari? Bukankah jika ada pertentangan perlu balik pada AL-Quran, bukannya hadis.. Hadis menerangkan tentang perbuatan dan perkataan Nabi yang tentunya tidak akan terpesong dari ajaran Al-Quran.. Mengapa tidak diketemukan dalil yang menerangkan halalnya membunuh orang murtad? jika ini ialah hukuman takzir, maka malangnya umat ISLAM yang melanggari perintah AL-Quran.
Bila membicarakan tentang agama, jangan sabitkan emosi. Tidak ada siapa yang mengungkapkan HAk Asasi Manusia ialah agama. Agama ialah akidah, kepercayaan, keimanan kepada Tuhan yang Esa berpandukan kepada ajarannya iaitu Al-Quran. Jangan menyamakan akidah umat ISLam dengan golongan yang kafir. Ukuran dan pedoman kita Al-Quran. Mudah sahaja. Kalam Allah, kitab suci yang dijanjikan Allah tidak akan tercemar sehingga hari kiamat.
Terdapat banyak contoh yang saudara sebutkan. Dan amat jelas sekali Nabi Muhammad SAW tidak menghukum dengan perkataan membunuh. Jangan lupa hadis ini ditasirkan oleh ulama yang tidak hidup di kalangan Nabi, jadi peristiwa itu tidak jelas di mata dan fikiran mereka. Nabi Muhammad yang maksum tidak sesekali akan melanggar perintah ALLAH.
Hukum bunuh ini sebenarnya hanya terdapat dalam Taurat. Ianya tidak pernah didapati pada mana-mana dalil Al-Quran. Jika di halusi kalam Allah, Allah membenarkan prinsip kebebasan beragama.
Tolong fahami ayat ini sebaik-baiknya:-
"DAN (BUKANLAH TANGGUNGJAWABMU WAHAI MUHAMMAD MENJADIKAN SELURUH UMAT MANUSIA BERIMAN), JIKA TUHANMU MENGKEHENDAKI NESCAYA BERIMANLAH SEKELIAN MANUSIA YANG ADA DI BUMI INI. (JANGANLAH ENGKAU BERSEDIH HATI TENTANG KEDEGILAN ORANG-ORANG YANG INGKAR ITU, KALAU TUHAN TIDAK MENGKEHENDAKINYA) MAKA PATUTKAH ENGKAU PULA MEMAKSA MANUSIA SUPAYA MENJADI ORANG-ORANG YANG BERIMAN"
Surah Yunus : 99
Tolong baca, dan kaji maksud firman Allah ini. Dan fikirkan :-
1. Lupakah kita pada kekuasaan Allah. Tidakkah Allah mampu memberikan cahaya keimanan pada sekelian umat manusia, JIKA DIKEHENDAKINYA... Adakah kita menolah ketetapan ini, jika dia kehendaki maka seluruh manusia di muka bumi ini akan beriman? Di serulah jadilah, maka ia akan terjadi. Kalau tak terjadi, ada hikmahnya sesuatu yang Allah lakukan. bukankah Allah itu Maha Mengetahui.
2. Jika Nabi Muhammad pun di firmankan PATUTKAH ENGKAU MEMAKSA, siapakah taraf kita yang nak memaksa orang beriman dengan menghukum? Siapa? Adakah kita merasakan diri kita lebih hebat dari NAbi Muhammad SAW?
3. Bukannya tugas kita hendak menpersoalkan tentang keimanan seseorang. Hukum Allah itu maha adil. Dia memberikan petunjuk dan hidayah kepada menurut peraturannya sendiri. Setiap apa benda yang terjadi ada hikmahnya. Janganlah dibandingkan akal kita yang umpama setitik air di lautan jika dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH. Percayalah bahawa setiap satu adalah petunjuk darinya, bukan kita perlu mempersoalkan. buangkan sifat emosi dan bebal dalam diri umat ISLAM dan kembalilah kepada Al-Quran. Bukankah Al-Quran itu benar...
Dan seperkara lagi, hanya ada satu surah yang menghalalkan membunuh orang-orang yang murtad. Surahnya da dibawah ni..
6. If thy brother, the son of thy mother, or thy son, or thy daughter, or the wife of thy bosom, or thy friend, which is as thine own soul, entice thee secretly, saying, Let us go and serve other gods, which thou hast not known, thou, nor thy fathers;
7.Namely, of the gods of the people which are round about you, nigh unto thee, or far off from thee, from the one end of the earth even unto the other end of the earth;
8 Thou shalt not consent unto him, nor hearken unto him; neither shall thine eye pity him, neither shalt thou spare, neither shalt thou conceal him:
9 But thou shalt surely kill him; thine hand shall be first upon him to put him to death, and afterwards the hand of all the people.
10 And thou shalt stone him with stones, that he die; because he hath sought to thrust thee away from the LORD thy God, which brought thee out of the land of Egypt, from the house of bondage.
(Deuteronomy 13:6-10)..
Janji Allah itu tetap benar, dan ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.
[ Last edited by zalliza1717 at 1-8-2007 11:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
encik_hyper This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|